Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
BAB 3 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK
3.1 Pembentukan Negara Islam Madinah
:<3: Pelbagai kaum disatukan melalui
Perlembagaan negara (Sahifah Madinah)
:<3: Antara kaum yang disatukan :-
Arab ('Aus, Khazraj, Muhajirin) + yahudi (Bani Qurayzah + Bani Qainuqa') + Kristian (Najran)
Surah Al-Hujurat ayat 12
:<3: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Hujurat ayat 13
:<3: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Pengajaran berdasarkan kedua-dua ayat tersebut
:<3: Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan tetapi adalah untuk saling berkenalan (taaruf), saling melengkapi dan kuat menguatkan satu sama lain.
:<3: Islam ialah agama pendamaian dan tersebar dengan penuh kasih sayang rahmat kepada seluruh alam.
:<3: Islam menganjurkan konsep persaudaraan sejagat tanpa membataskan bangsa dan keturunan, warna kulit, kedudukan sosial dan melampaui sempadan geografi.
:<3: Perbezaan manusia mengingatkan manusia kepada kekuasaan dan keagongan Allah SWT.
Mekah dan Madinah dikenali sebagai
2 tanah haram (al-Haramain)
Pengkhususan tempat sebagai rumah ibadat orang Islam (Khusus untuk tempat itu sahaja)
Di tempat lain boleh hidup harmoni antara masyarakat majmuk
Asas-asas Hubungan Etnik Dalam Islam
:<3: Berkenal-kenalan (Al-Taaruf).
:star: Berkenalan secara mendalam yang boleh menimbulkan kasih sayang.
:star: Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara satu sama lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera.
:<3: Faham-memahami (Al-Tafahum)
:explode: Suatu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jama'ah dan disusuli dengan nasihat menasihati di antara saudara.
:explode: Memahami dan menghormati konsep agama masing-masing.
:explode: Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan.
:<3: Bekerjasama (Al-Ta'awuri)
:fire: Bermaksud tolong-menolong atau saling membantu.
:fire: Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampaui batas sempadan agama dalam bentuk sumbangan tenaga, harta dan masa.
:fire: Perkongsian ilmu dan kerjasama dalam penukaran segala bidang ilmu pengetahuan antara manusia yang berbeza keturunan dan bangsa dapat mewujudkan kemajuan masyarakat sejagat.
:<3: Persaudaraan (Al-Ukhuwwah)
:pencil2: Persaudaraan bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat.
:pencil2: Pendekatan Islam menganjurkan persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa. Ukhuwah dalam Islam meliputi seluruh golongan masyarakat.
:pencil2: Harta, kedudukan, nasab atau status sosial atau apa pun tidak boleh dijadikan sebagai satu kayu ukur sombongnya manusia atas sebahagian yang lain. Ini disebabkan hubungan atas dasar iman dan takwa lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat keduniaan.
:<3: Berkasih-sayang (Al-Mahabbah)
:lock: Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hari dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain.
:lock: Tahap mahabbah yang paling rendah adalah bersihnya hati dari perasaan yang negatif sepertu hasad, membenci, dengki dan apa-apa yang menyebabkan permusuhan dan pertengkaran.
:<3: Jamin-menjamin (Al-Tadhamun)
:pen: Saling jamin-menjamin sesama Islam dari segi akhlak dan akidah iaitu maruah sesama agama Islam bagi mewujudkan tamadun yang kuat untuk menjadi contoh kepada agama yang lain.
Prinsip-prinsip Berkaitan Dengan Nilai Kemanusiaan
:!: Al-'Illm (Berilmu)
:check: Dengan adanya ilmu, sesebuah masyarakat itu tegak dan bersatu padu antara ilmu pengetahuan dan keimanan.
:!: Al-Syura (Permesyuaratan)
:check: Membawa maksud bahawa seseorang itu tidak menyendiri pendapatnya dalam persoalan atau permasalahan yang memerlukan pendapat orang lain.
:check: Musyawarah dapat membuka segala pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat penyelesaian dalam pelbagai sudut.
:check: Kebaikan musyawarah adalah manusia akan mendapat lebih ilmu pengetahuan dari perbincangan selain idea sendiri.
:!: Al-Adalah (Keadilan)
:!:
Sosial
:check: Semua etnik bebas untuk menganut agama dan kepercayaan masing-masing.
:!:
Pemerintahan
:check: Orang bukan Islam yang bermastautin di Negara Islam wajib dipelihara darah dan hartanya.
:!:
Undang-undang
:check: Membela nasib mereka yang kurang upaya seperti yatim piatu, ibu tunggal dan golongan miskin.
:!: Al-Hurriyyah (Kebebasan)
:check: Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.
:check: Ia adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam Islam.
--> merangkumi kebebasan beragama, berfikir, politik dan lain-lain.
:check: Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan kebebasan melakukan beribadat.
--> Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelaan individu tersebut.
:!: Al-Musawah (Kesamarataan)
:check: Kesamarataan manusia adalah berlandaskan
konsep kesejagatan Islam
:check: Islam mengajar semua manusia adalah
sama dan setaraf
dari sudut pandangan Allah dan faktor yang membezakan mereka adalah
ketakwaan di sisi Allah
:!: Al-Mas'uliyyah (Bertanggungjawab)
:check: Tanggungjawab itu akan dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak.
:check: Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada kita di dalam hadisnya unsur-unsur penting bagi tanggungjawab manusia di dunia iaitu
masa, kerja, harta dan ilmu