BAB 2 TEORI PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.1 PERMINTAAN

MENTAKRIF PERMINTAAN
-Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan perkhidmatan pada pelbagai tingkat harga dan pada suatu tempoh tertentu.

Hukum permintaan
Menyatakan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah secara songsang (negatif).


Apabila harga sesuatu barang meningkat kuantiti yang diminta jatuh, sebaliknya apabila harga sesuatu barang jatuh maka kuantiti yang diminta akan meningkat, dengan andaian ceteris paribus.
Ceteris paribus. ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri diandaikan tidak berubah/ malar.

2.1.4. Fungsi permintaan
Persamaan permintaan menunjukkan hubungan
antara kuantiti yang diminta dengan harga dalam
bentuk persamaan matematik.

Qd = a - bP

Qd =Kuantiti diminta
a = Pemalar yang menunjukkan kuantiti diminta pada harga kosong
b =Kecerunan keluk pemintaan
P = Harga

Permintaan individu:
Keluk permintaan individu ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta oleh seseorang pengguna terhadap sesuatu barang pada suatu tingkat harga tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu

Permintaan pasaran:
Keluk permintaan pasaran ialah keluk yang menunjukkan hubungan jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu


Faktor yang mempengaruhi permintaan


Harga barang itu sendiri
Harga barang lain (barang pengganti dan penggenap)
Citarasa
Pendapatan
Jumlah penduduk
Jangkaan masa depan
Kemudahan kredit
Dasar kerajaan
Musim


a hingga d untuk permintaan individu e hingga i untuk permintaan pasaran

a. Harga barang itu sendiri


 Ceteris Paribus, semakin tinggi harga barang, semakin kurang kuantiti barang yang diminta.  Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang semakin banyak kuantiti barang yang diminta 
(Keluk permintaan itu sendiri- pergerakan sepanjang keluk)

b. Harga barang lain
Barang pengganti
Barang yang mempunyai fungsi yang sama dan mudah diganti antara satu sama lain dalam penggunaan untuk mendapat kepuasan yang hampir sama.
Sebagai contoh: Getah asli dan getah tiruan.
Andaikan harga getah asli adalah sama dengan getah tiruan. Apabila harga getah asli meningkat maka pengguna akan mengurangkan pembelian getah asli dan membeli getah tiruan walaupun harga getah tiruan tidak berubah.


C. Barang penggenap
Barang penggenap ialah barang yang perlu digunakan bersama-sama / serentak. Jika tiada satu barang, barang yang satu lagi tidak berfungsi. Contohnya kamera dan filem.



Apabila harga kamera turun, kuantiti diminta terhadap kamera akan naik. Ini akan meyebabkan permintaan terhadap filem akan meningkat juga (harga filem tidak berubah) keluk permintaan filem bergerak ke kanan. Keadaan sebaliknya berlaku.



Citarasa


Pengguna sekarang banyak dipengaruh oleh pengiklanan melalui pelbagai media dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo.
Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan kuantiti diminta bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih ke kanan.
Keadaan adalah sebaliknya dimana keluk permintaan akan beralih ke kiri jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

PendapatanPerubahan pendapatan pengguna boleh mempengaruhi permintaan pengguna ke atas barang-barang dan perkhidmatan dalam 3 kategori:


 i. Barang biasa 
Apabila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barang biasa bertambah. Keluk permintaan berpindah ke kanan. Ini kerana pada tingkat harga yang sama, semakin banyak kuantiti barang yang mampu dibeli. Sedangkan apabila pendapatan berkurangan, keluk permintaan akan beralih ke kiri. Ini kerana pada tingkat harga yang sama, semakin sedikit kuantiti yang 

Barang bawahan


 Barang bawahan mempunyai hubungan negatif antara tingkat pendapatan dengan kuantiti barang yang diminta . Bila pendapatan pengguna meningkat, permintaan barang bawahan akan menurun dan keluk permintaannya berpindah ke kiri. Contohnya beras hancur

Barang Mesti
barang yang diperlukan oleh pengguna dan permintaan terhadap barang ini tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat pendapatan. Kuantiti barang diminta tetap sama walaupun tingkat pendapatan pengguna berubah. Contoh barang mesti ialah gula, garam dan beras.



E.Jumlah Penduduk
Semakin banyak jumlah penduduk di sesebuah negara semakin banyaklah permintaan terhadap barangan dipasaran

f. Jangkaan masa depan
Sekiranya pengguna menjangkakan harga akan meningkat pada masa depan, mereka akan didorong akan membeli lebih banyak pada masa sekarang. Ini akan menyebabkan keluk permintaan berpindah ke kanan.

g. Kemudahan kredit
Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit dari institusi kewangan maka permintaan barang dipasaran akan meningkat.

h. Dasar Kerajaan
Dasar Kerajaan akan mempengaruhi permintaan pasaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya apabila kerajaan megenakan cukai pendapatan, pendapatan individu akan berkurangan. Ini akan mengurangkan permintaan barang di pasaran .

i. Musim
Pada musim hujan, permintaan terhadap baju hujan bertambah.

2.1.3 Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan
Perubahan dalam kuantiti diminta bermaksud
pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan yang sama disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri sementara faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan adalah tetap.


Kenaikan harga akan menyebabkan penurunan dalam kuantiti diminta. 
Penurunan harga akan menyebabkan kenaikan dalam kuantiti diminta. 

Perpindahan atau peralihan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan selain daripada harga barang itu sendiri.



Ia disebabkan oleh faktor-faktor seperti:

perubahan harga barang lain,
citarasa pengguna,
pendapatan pengguna,
jumlah penduduk,
jangkaan masa depan,
kemudahan kredit,
dasar kerajaan dan
musim.



Permintaan luar biasa
Keluk permintaan luar biasa tidak mematuhi hukum permintaan. Ia tidak mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.


Ia berlaku kepada 3 jenis barang:
1. Barang Mewah
2. Barang Giffen
3. Barang Mesti

Barang Mewah.
Barang mewah pengguna merasakan semakin tinggi harganya, barang itu semakin berprestij.


Pengguna akan merasakan ia memberi taraf sosioekonomi yang tinggi kepada pengguna. 
Contohnya kereta mewah 

Semakin tinggi harga kereta ini semakin tinggi kuantiti yang diminta oleh pengguna yang kaya




Barang Giffen.
Merupakan barang bawahan yang berharga sangat murah, bermutu sangat rendah dan biasanya diminta oleh golongan berpendapatan rendah.
Contohnya beras hancur. Apabila harga beras hancur jatuh, pendapatan benar pengguna meningkat.
Maka pengguna mampu menggantikan sebahagian beras hancur dengan makanan yang lebih bermutu tinggi

Barang Mesti


Merupakan barang keperluan harian yang penting dalam kehidupan masyarakat. Contoh garam.


Keluk permintaan bagi barang mesti berbentuk
garis tegak (tidak anjal sempurna). Menunjukan
Perubahan harga tidak memberi kesan kepada
kuantiti.


PENAWARAN

Teori penawaran
a. Takrifan Penawaran


Penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu dijual/ditawarkan oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.

Keluk penawaran ditakrifkan sebagai keluk yang menunjukkan kuantiti yang ditawarkan oleh seseorang pengeluar pada pelbagai tingkat harga.
Keluk penawaran bercerun positif. Ini menunjukkan hubungan positif antara harga sesuatu barang dengan kuantiti barang yang ditawarkan.
Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

Hukum penawaran menerangkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah langsung (positif).

Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti ditawar akan meningkat dan apabila harga      sesuatu barang jatuh, kuantiti ditawar akan  jatuh dengan andaian ceteris paribus. 

Ceteris paribus. 
ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri diandaikan tidak berubah/ malar.

Hukum ini menunjukkan wujud hubungan positif antara tingkat harga dan kuantiti ditawar.
Ini disebabkan:-
Harga yang tinggi memberi keuntungan yang lebih kepada pengeluar, jadi pengeluar akan menawarkan lebih banyak barang.


Harga yang tinggi , menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat diminta oleh pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.


Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.

d. Fungsi dan persamaan penawaran



Persamaan penawaran menunjukkan hubungan antara tingkat harga dan kuantiti yang ditawarkan.




Qs = a + bP



Q= Kuantiti ditawar
a= Pemalar yang menunjukkan kuantiti ditawar pada harga kosong
B= kecerunan keluk penawaran
P=Harga

Penawaran Pasaran


Penawaran firma:


Penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan oleh sebuah firma pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.


Penawaran pasaran:


Penawaran semua firma dalam pasaran yang dicampurkan pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.

2.2.2. Faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran

a) Harga barang itu sendiri
b)Harga barang lain
(penawaran bersama dan penawaran bersaing)
C) Kos pengeluaran
d) Matlamat pengeluar
e)Teknologi
F)Dasar kerajaan
g)Bilangan firma
H) Musim


a hingga e untuk firma sahaja f hingga h untuk pasaran

a. Harga barang itu sendiri


Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang ditawarkan. Sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang semakin kuranglah kuantiti barang ditawarkan.
( Keluk penawaran sendiri/ pergerakan disepanjang keluk penawaran)

b. Harga barang lain
i . Penawaran Bersama
ii. Penawaran Bersaing



i. Penawaran Bersama
Melibatkan barangan yang akan dikeluarkan secara bersama-sama dengan pengeluaran barang lain.
Contohnya: Daging lembu dan kulit lembu merupakan penawaran bersama. Kenaikan harga daging lembu menyebabkan pertambahan penawaran kulit lembu.
(Keluk Penawaran beralih)

Penawaran bersaing melibatkan barangan yang pengeluarannya dapat diganti dengan mudah untuk mengeluarkan barang lain yang menggunakan faktor-faktor ekonomi yang sama.


Contohnya:
Sayur bayam dan sayur sawi. Kedua-dua ini dapat dikeluarkan dengan faktor yang sama. Kenaikan harga bayam menyebabkan penawaran barang bersaing (sawi) berkurang.

c. Kos pengeluaran


Kenaikan kos pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh menyebabkan keuntungan firma terjejas. Sekiranya harga barang yang dijual dipasaran tetap. Maka untung firma akan berkurang. Seterusnya firma akan cuba mengurangkan bilangan penawaran barang dan perkhidmatan.

d. Matlamat Pengeluar Memaksimumkan keuntungan:
Jika pengeluar bertujuan memaksimumkan keuntungan, maka ia akan mengurangkan penawarannya.


Memaksimumkan pengeluaran: 

Ia akan menawarkan barang seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang dimiliki oleh kerajaan

e.TeknologiPenggunaan teknologi moden dan canggih dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah firma. Melalui teknologi moden, penghasilan barang secara besar-besaran dapat dilakukan. Oleh itu keupayaan penawaran dapat ditingkatkan.

f. Dasar KerajaanCukai :
Untuk menggalakkkan penawaran tempatan kerajaan mengenakan cukai keatas barang diimport. Kenaikan harga barang diimport menyebabkan permintaan barang tempatan meningkat. Seterusnya penawaran dalam negara bertambah
Subsidi :
pemberian subsidi kerajaan terhadap firma tempatan akan menyebabkan kos pengeluaran berkurang. Keadaan ini dapat menggalakkan firma mempertingkatkan pengeluaran sesuatu barang.


Kempen , undang-undang

g. Bilangan firmaSecara umumnya semakin ramai pengeluar dalam sesuatu barang, semakin tinggi kuantiti penawaran barang tersebut.

h. Musim Pada musim tengkujuh, penawaran ikan atau getah akan berkurangan.

2.2.3 Perubahan Kuantiti yang ditawarkan (Perubahan pada satu keluk
penawaran)


Perubahan dalam kuantiti ditawar disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri. Faktor-faktor lain diandaikan tetap. Ia merupakan pergerakan titik disepanjang keluk penawaran yang sama.


Kenaikan harga menyebabkan kuantiti ditawarkan bertambah.


Penurunan harga menyebabkan kuantiti ditawarkan jatuh.

Ia merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor lain selain daripada perubahan harga barang itu sendiri.
Contohnya : Peningkatan teknologi akan menambahkan penawaran. Peralihan ini dipanggil pertambahan penawaran
Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran. Peralihan ini dikenali sebagai pengurangan penawaran.

2.2.4 Penawaran Luar Biasa : Keluk Penawaran BuruhPenawaran luar biasa berlaku keatas penawaran buruh. Pada peringkat awal apabila upah meningkat penawaran jumlah jam bekerja sehari akan meningkat kerana buruh ingin meningkatkan pendapatan.
Sehingga satu peringkat, apabila bayaran upah meningkat jumlah jam bekerja yang ditawarkan jatuh kerana buruh lebih mementingkan masa rehat.
Keluk penawaran luar biasa buruh regresif dibahagian atas dan bertentangan dengan hukum penawaran.

2.3 Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan pasaran ialah keadaan harga dan kuantiti tidak berkecenderungan untuk berubah apabila harga dan kuantiti diminta sama dengan harga dan kuantiti ditawar pada tingkat harga tertentu.



Secara persamaan
Qd = Qs


Secara keluk:
Titik persilangan antara keluk permintaan
dan keluk penawaran


2.3.2 Perubahan Keseimbangan pasaran
a) dalam permintaan sahaja
b)Perubahan dalam penawaran sahaja
C) Perubahan dalam permintaan dan penawaran secara serentak

 Keseimbangan pasaran  tercapai apabila kuantiti 
 diminta sama dengan kuantiti ditawarkan  pada  
 satu tingkat harga iaitu Qd = Qs. 

 Persamaan permintaan dan penawaran boleh      
 ditulis seperti berikut:-


Persamaan permintaan  :   Qd = a – bP

Persamaan penawaran   :   Qs = a + bP

a. Perubahan dalam permintaan sahaja
Peningkatan permintaan akan menyebabkan berlaku kenaikan harga dan kuantiti keseimbangan serentak.
Penurunan permintaan akan menyebabkan penurunan harga dan kuantiti keseimbangan serentak.

b. Perubahan dalam Penawaran sahaja

Peningkatan penawaran menyebabkan harga keseimbangan jatuh dan kuantiti keseimbangan meningkat.
Kejatuhan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan berkurangan.

2.3.2. c. Perubahan dalam permintaan dan penawaran

1)Kenaikan dalam permintaan adalah sama kadar dengan kenaikan dalam penawaran.
2)Kenaikan permintaan melebihi kenaikan dalam penawaran
3)Kenaikan dalam penawaran melebihi kenaikan dalam permintaan.
4)Pengurangan permintaan melebihi pengurangan penawaran
5)Pengurangan penawaran melebihi pengurangan permintaan.

2.4 Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar Lebihan pengguna ialah faedah yang diperoleh oleh pengguna apabila terdapat perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan harga keseimbangan pasaran.



Lebihan pengeluar ialah faedah yang diperoleh oleh pengeluar apabila terdapat perbezaan antara harga keseimbangan pasaran dengan harga yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar.

2.5 PERANAN KERAJAAN DALAM PASARAN

2.1 Kegagalan Pasaran
2.2 Dasar Kawalan Harga
Cukai Dan Subsidi

A) Ketakcekapan peruntukan sumber
i) barang awam
ii) kesan eksternaliti
iii) kewujudan monopoli
iv) maklumat tak sempurna


B) Ketakstabilan ekonomi
i) inflasi
ii) pengangguran
iii) imbangan pembayaran


C) Ketakadilan agihan pendapatan

A) Ketakcekapan peruntukan sumber: i) Barang awam
-- Barang awam tidak mendatangkan keuntungan yang banyak kepada pengeluar.
-- Justeru, dalam sistem pasaran bebas yang sentiasa bermotifkan keuntungan persendirian, barang awam kurang dikeluarkan.
-- Hanya golongan berpendapatan tinggi yang diberi perhatian kerana lebih banyak barang mewah dikeluarkan.
-- Oleh itu, golongan miskin akan tertindas kerana mereka terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.

ii) Kesan Eksternaliti Eksternaliti negatif ialah kesan sampingan negatif yang dialami masyarakat akibat aktiviti pengeluaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan.
-- Contoh: Pencemaran alam sekitar
Kesesakan lalulintas
-- Oleh sebab matlamat individu adalah memaksimumkan kepuasan dan matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata maka kebajikan masyarakat akan terabai .

iii) Kewujudan monopoli


-- Dalam pasaran monopoli, biasanya barang akan dijual pada harga yang lebih tinggi, manakala kuantiti barang yang dijual adalah terhad.
-- Kebajikan pengguna terjejas.(lebihan pengguna semakin berkurang)




iv) Maklumat Tidak Sempurna
Penjual dan pembeli tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang keadaan di pasaran.
Pengetahuan yang tidak sempurna di kalangan pengguna dan penjual menyebabkan pasaran boleh dimanipulasi.

i)Inflasi
Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan dan penawaran yang sentiasa turun naik.
Oleh itu keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan wujud kenaikkan tingkat harga secara umum.
Ekonomi mengalami masalah inflasi

ii) Pengangguran
Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan dan penawaran yang sentiasa turun naik
Oleh itu keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan wujud kejatuhan dalam tingkat harga, output dan permintaan.
Ekonomi akan mengalami masalah deflasi dan berlaku pengangguran.


iii) Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran akan mengalami defisit apabila permintaan terhadap barang import melebihi daripada jumlah barang yang di eksport.
Defisit dalam imbangan pembayaran yang berterusan akan menyebabkan ketakstabilan ekonomi.

c. Ketidakadilan agihan pendapatan
Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara golongan kaya dan berpendapatan rendah.
Golongan yang kaya semakin kaya kerana memiliki sumber yang lebih banyak dan mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Golongan berpendapatan rendah memiliki sumber yang terhad dan mempunyai kuasa beli yang rendah.

2.2.1 (a) Dasar Harga Maksimum
2.2 Dasar Kawalan HargaDasar harga maksimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
Merupakan tindakan kerajaan menetapkan had maksimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang bagi tujuan menjaga kebajikan pengguna.
Dasar ini sesuai digunakan untuk mengurangkan inflasi.

Kesan dasar harga maksimum
Permintaan melebihi penawaran:
-- Lebihan permintaan yang berlaku di pasaran akan menggalakkan berlakunya pasaran gelap.
-- Untuk mengelakkan daripada berlakunya pasaran gelap, kerajaan boleh mengadakan dasar pencatuan.
-- Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan denda dan hukuman berat ke atas pihak-pihak yang terlibat dengan pasaran gelap.
-- Selain itu, bagi mengatasi masalah lebihan permintaan, kerajaan akan mengimport.

2.2.1 (b) Dasar Harga Minimum Dasar harga minimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
Tindakan kerajaan menetapkan had minimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang bertujuan menjaga kebajikan pengeluar.

Kesan dasar harga minimumPenawaran melebihi permintaan


-- Bagi mengatasi masalah lebihan penawaran, kerajaan akan membeli lebihan penawaran tersebut dan disimpan dalam stok penimbal.
-- Sekiranya ada permintaan untuk barang tersebut dengan harga yang berpatutan, kerajaan akan menjual @ mengeksport lebihan tersebut.
-- Dasar harga minimum telah berjaya meninggikan harga dan meningkatkan pendapatan pengeluar.

2.3 Cukai Dan Subsidi

2.3.1 (a) Cukai Jualan


-- Cukai jualan ialah cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang dan ia hanya dibayar pada masa jual beli barang tersebut berlaku.
-- Cukai jualan yang dikenakan akan menyebabkan kos pengeluaran pengeluar meningkat. Kesannya pengeluar akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut kepada pengguna.
-- kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran .
-- Keluk penawaran akan akan beralih ke kiri menyebabkan harga pasaran akan meningkat.

2.3.1 (b) SubsidiSubsidi ialah bantuan kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran.
Kesannya kos pengeluaran akan berkurangan menyebabkan pengeluar akan menambahkan keluaran.
Keluk penawaran akan beralih ke kanan.

) -- Fungsi penawaran sebelum subsidi
QS1 = a + bP
-- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran
berubah menjadi
QS2 = a + b (P + Subsidi)
ATAU
2) -- Jika fungsi penawaran sebelum subsidi
PI = c + dQ
-- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran
berubah menjadi
P2 = c + dQ - subsidi