Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kemahiran mengambil dan membuat nota, 500 patah perkataan - Coggle Diagram
Kemahiran mengambil dan membuat nota
Cara-cara membuat nota
Outlines note
Nota boleh dilakukan dalam bentuk nombor, tajuk, dan juga tajuk kecil dengan hanya menggunakan kata kunci atau frasa.
Penggunaan sengkang, bullet atau angka roman juga termasuk dalam kategori nota outlines.
Nota rumusan
Merupakan pernyataan atau kesimpulan tentang persoalan yang dinyatakan secara ringkas dan tepat.
Difokuskan kepada isi penting dan isi yang difahami sahaja.
Digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri atau simbol-simbol yang mudah untuk difahami.
Annotation
Nota boleh dibuat dalam bentuk garisan, highlight, tanda soal, bulatan, tampalan dan juga pelekat.
Catatan atau contengan ringkas yang dibuat di dalam buku, artikel atau modul.
Nota Kolum
Kolum sebelah kiri ialah untuk idea utama, tajuk atau subtajuk.
Kolum sebelah kanan ialah untuk penerangan, atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.
Catatan akan disusun mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum dengan format berbentuk lajur.
Nota ini lebih sesuai digunakan bagi subjek sains dan matematik.
Alat-alat berfikir dalam membuat nota
Pengurusan Grafik
Jenis-jenis pengurusan grafik
membanding dan membeza
membuat kategori
meneliti bahagi dan keseluruhan
membuat turutan
menerangkan sebab
membuat ramalan
menyusul periksa andaian
membuat inferens
mengesahkan sumber maklumat
menjana idea
mencipta analogi
mencipta metafora
membuat keputusan
menyelesaikan masalah
Satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun bertujuan memantapkan pemikiran.
Peta minda
Suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untukmenggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.
Jenis-jenis peta minda
alir
tulang ikan
cabang
kitaran
pokok
Pemetaan I-think
Alat berfikir yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar serta menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.
Jenis-jenis pemetaan I-think
Peta Buih
Peta bulatan
Peta buih berganda
Peta pelbagai alir
Peta alir
Peta dakap
Peta titi
Peta pokok
CoRT 1
Digunakan untuk meningkatkan kualiti seseorang.
Dapat membantu murid dalam mengambil kira faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan, melihat kesan, meneroka kepentingan dan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut dalam membuat keputusan.
Elemen CoRT 1
Alternatif, kemungkinan, pemilihan (APC)
Pandangan pihak atau individu lain (OPV)
Prioriti utama (FIP)
Kesan dan Akibat (C&S)
Tujuan, matlamat, objektif (AGO)
Mempertimbangkan semua faktor (CAF)
Baik, Buruk, Menarik (PMI)
CoRT IV
Digunakan untuk memperluas dan mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti bagi memperolehi pelbagai idea dan persepsi baharu.
Elemen CoRT IV (Pemikiran Kreatif)
Takrifkan Masalah
Kombinasi
Idea Dominan
Ya Tidak PO
Penilaian
Cabaran Konsep
Keperluan
Input Rawak
Singkirkan Kecacatan
Batu Loncatan
Teknik penyoalan aras tinggi
Penyoalan sokratik
Guru perlu mengutarakan pelbagai jenis soalan bagi mendorong para murid untuk berfikir dan mengwujudkan interaksi dengan guru, penelitian pembacaan, pemikiran dan mampu memberikan hujah dengan contoh yang relevan.
Soalan bertumpu dan mencapah
Soalan bertumpu: Memerlukan jawapan yang tepat dan jawapan selainnya dianggap salah.
Soalan mencapah: Jawapan tidak terdapat secara langsung dan para murid perlu menggunakan daya pemikiran yang kreatif, kritis dan rasional.
Lingkaran soalan
Memberi tumpuan hanya kepada 3 skop tertentu.
Individu: merujuk kepada individu yang terlibat
Luar Individu: merujuk kepada masyarakat, daerah, negeri, negara dan luar negara
Perkara: merujuk kepada idea, isu, tema, peristiwa atau teks
500 patah perkataan