Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 3: Islam & Hubungan Etnik - Coggle Diagram
Bab 3: Islam & Hubungan Etnik
3.1 Pembentukan Negara Islam Madinah
Pelbagai kaum disatukan melalui Perlembagaan negara (Sahifah Madinah)
Arab ('Aus, Khazraj, Muhajirin) + Yahudi (Bani Qurayzah + Bani Qainuqa') + Kristian (Najran)
Surah al-Hujurat ayat 12-13:
'Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha teliti.
Surah al-Rum, ayat 22:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan
3.2 (Menjawab persoalan semasa) Mekah & Madinah hari ini dikenali sebagai 2 tanah haram (al-Haramain)
Pengkhususan tempat sebagai pusat ibadat orang Islam (khusus untuk tempat itu sahaja)
Di tempat lain boleh hidup harmoni antara masyarakat majmuk spt Andalusia, Cordova yg diperintah Turki Uthmaniyyah, kaum Yahudi & Kristian boleh hidup bersama.
Dinasti Mughal di India merupakan pemerintah Islam yang di dalam negaranya terdapat penganut Hindu & Sikh.
3.3 Menghina rupa & warna kulit seseorang juga dilarang dalam Islam berdasarkan larangan Nabi SAW kepada Abu Dzarr yang memanggil Bilal sebagai 'Anak orang hitam'
Islam adalah ideologi awal yg menghalang pemisahan manusia menerusi warna kulit (Apartheid)
3.4 Nilai Kemanusiaan dalam Islam
3.4.1 Al-'Ilm : Berilmu
3.4.2 As-Syura : Mesyuarat
3.4.3 al-'Adalah: Adil (Berlaku baik) kepada sesiapa
3.4.4 al-Huriyyah: Kebebasan selama mana tidak melanggar syariat (orang Islam) & undang-undang negara
3.4.5 al-Musawah : Kesaksamaan
3.4.6 al-Mas'uliyyah : Kebertanggungjawaban
3.5 Maqasid Shariah (Tujuan Kewujudan Hukum Syarak)
1) Menjaga Agama (halang orang Islam keluar dari agama Islam)
2) Menjaga Nyawa (halang seseorang mencederakan diri, bunuh diri, serta tindakan yang sama ke atas orang lain)
3) Memelihara Akal (Haram arak & dadah)
4) Menjaga Keturunan (haram zina & hukuman sebat kepada penzina bujang & rejam kepada penzina sudah berkahwin)
5) Menjaga Harta (hukuman terhadap pencuri & perompak)
3.6 Kepentingan (Maslahah) Manusia (Islam berada pada pertengahan antara 2 tempat ekstrim)
1) Dharuriyyat (Perkara asasi yang diperlukan untuk hidup) seperti nyawa (kesihatan), agama, makanan, pakaian, rumah, kenderaan
2) Hajjiyyat (Keperluan) Hajat seperti makanan sedap, pakaian cantik, kenderaan yang bagus
3) Tahsiniyyat (Kesempurnaan @ lebih baik) rumah mewah, kereta mewah, pemakanan kesihatan tambahan dsb..