Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA, NORFATIHAH BINTI SYED ALI - Coggle Diagram
JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIF
Merupakan ujian penilaian yang dibuat secara berterusan iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Ujian Formatif juga adalah bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau su kemahiran bahasa yang diajar.
Ujian dijalankan dalam bentuk pemerhatian, soal jawab, latihan bertulis dalam kelas dan ujian mingguan.
Skop pengajaran dan pembelajarannya tidak meluas dan terhad.
CIRI-CIRI
Dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran dikuasai.
Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian formatif diadakan dari semasa ke semasa apabila guru selesai mengajar sesuatu unit pelajaran.
Keputusan penilaian tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid yang lain.
PROSEDUR PELAKSANAAN PENILAIAN FORMATIF
Menentukan tajuk pengajaran.
Menentukan aspek dan tahap penguasaan.
Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk.
Membina soalan ujian.
Mencadangkan tindakan sususlan.
UJIAN SUMATIF
DEFINISI
Merupakan proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap dalam kalangan murid.
Diasaskan dan dibina secara meluas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek tatabahasa.
CIRI-CIRI
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian akhir semester atau tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain.
Sering kali digunakan untuk membuat pemilihan dan pengredan.
Sebagai petunjuk kepada pelajar sama ada akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atatu tidak.
LANGKAH PELAKSANAAN PENILAIAN SUMATIF
Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Membina soalan.
Mengumpul soalan secara sistematik.
Menguji soalan melalui kajian rintis.
Menyiapkan skema pemarkahan.
UJIAN BAKAT
DEFINISI
Mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh murid-murid dalam pelajaran atau bahasa asing yang dipelajari.
Melibatkan data-data bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata.
KEPENTINGAN
Pelbagai aktiviti bahasa boleh dijalankan.
Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat.
Digunakan untuk meramal pencapaian pelajar pada masa akan datang.
Penempatan pelajar serta pemilihan pengkhusususan.
Mendiagnosis masalah pelajar.
Membuat telahan bakat.
Sesuai diadakan melalui kaedah temuduga.
UJIAN PENCAPAIAN
DEFINISI
Menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa.
Berbeza dari ujian-ujian lain yang dibina oleh pihak institusi sahaja.
CIRI-CIRI
Soalan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar.
Dijalankan pada akhir akhir kursus, mengikut penggal persekolahan ataupun setelah tamat sesuatu unit pembelajaran.
Merupakan ujian umum dan lebih rasmi seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain.
Merupakan peperiksaan untuk menempatkan jenis sekolah atau jurusan pelajar.
Lebih menekankan aspek kognitif.
TUJUAN
Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran.
Menentukan kesediaan murid untuk memulakan tapak baru.
Mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar untuk memulakan tajuk yang diuji.
NORFATIHAH BINTI SYED ALI
D21012081