Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan faktor perkembangan sektor perindustrian di Jerman pada abab ke…
Jelaskan faktor perkembangan sektor perindustrian di Jerman pada abab ke-19 hingga abad abad ke-20.
Pengenalan
Jerman menjadi negara perindustrian agak lewat berbanding negara-negara Eropah yang lain.
Fasa pertama Revolusi Perindustrian di Eropah menyaksikan England, Perancis, dan Belgium muncul sebagai negara-negara perindustrian.
Berikutan dengan perkembangan sektor perindustrian di Eropah pada abad ke-19, negeri-negeri Jerman turut mengambil inisiatif memajukan bidang tersebut.
Jerman hanya muncul sebagai negara perindustrian pada Fasa Kedua Revolusi Perindustrian.
Berikut adalah antara faktor yang membawa kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman.
Faktor Penyatuan Jerman
Pada awal abad ke-19, Jerman adalah sebuah negara pertanian yang berasakan sistem feudal.
Negara Jerman jauh ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain seperti Britain, Perancis dan Belgium.
Tambahan pula, antara tahun 1830-an hingga 1840-an, negara Jerman masih berpecah belah kepada negari-negeri yang berasingan.
Hasil ekonomi jerman bergantung kepada sektor pertanian. Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain merupakan pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi kentang, ubi bit dan lain-lain.
Pada dekad 1830-an, perindustrian di Jerman dimulakan dengan pembuatan tekstil secara kecil-kecilan. Perkembangan ekonomi berlaku antara tahun 1850 hingga 1870 apabila Jerman mengalami revolusi perindustrian.
Berikutan penyatuan negara Jermna pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk menjadikan Jerman sebagai sebuah negara perindustrian telah membawa era baru dalam sektor perindustrian.
Perkembangan terbaru itu, tealh menjadikan sektor perindustrian di Jerman bertambah pesat dan dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Kedua. Kerajaan Jerman bukan sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraf dan aktiviti aktiviti perdagangan.
Faktor Dasar Kerajaan Jerman.
Mulai tahun 1867, kerajaaan Jerman telah memulakan usaha membangunkan sektor ekonominya. Kerajaan Jermna memberi keutamaan kepada sektor perindustrian dan menjadikannya sebgai salah satu dasarnya.
Lombong-lombong arang batu dan baesi tealh dibuka untuk memajukan sektor perindustrian di jerman. Jalan-jalan kereta api dibina bagi memudahkan pengangkutan.
Kilang-kilang kain dan peralatan elektrik didirikan. Kerajaan jerman juga mendirikan sekolah dan kolej teknik vokasional bagi melahirkan tenaga mahir.
Usaha membentuk Jerman menjadi negara perindustrian menyebabkan kerajaan menggubal dasar-dasar yang memberi keutamaan kepada sektor perindustrian. Pada tahun 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman pada tahun 1872.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk menjaga kebajikan masyarakat industri Jerman. Otto Von Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan.
Fungsi undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Undang-undang tersebut menyediakan satu peruntukan kelamatan nasional yang lengkap bagi pekerja kilang menghadapi risiko kehidupan kota iaitu penyakit, kemalangan dan umur tua.
AKta-akta bagi mengatasi masalah-masalah tersebut telah diluluskan pada tahun 1883, 1884 dan 1889. Ini bermakna masyarakat industri Jerman dilindungi oleh insuran serta tabung pencen dan sakit. Penggunaan tenaga buruh kanak-kanak cuba dibanteras oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 1839 satu undang-undang telah diluluskan pengambilan buruh kanak-kanak bawah 9 tahun dan menghadkan masa kerja kanak-kanak kepada 10 jam.
Faktor Tenaga Buruh
Pada abad ke-19, penduduk di Jerman bertambah dan mengatasi penduduk Britain. penduduk Jerman meningkat dari 23 juta orang kepada 56 juta orang, berbanding Britain dari 10 juta kepada 37 juta orang dan Perancis yang bertambah dari 27 juta kepada 39 juta oarang.
Dengan itu, Jerman mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah. Masyarakat industri Jerman menyediakan sumber manusia yang besar kepada sektor perindustrian. Mereka merupakan tenaga mahir yang mendapat pendidikan dari sekolah-sekolah pertukangan, teknik dan vokasional.
Tenaga mahir disalurkan ke kilang-kilang bagi mengendalikan jentera-jentera di kilang-kilang. Mereka merupakan tulang belakang kepada industri elektrik, kimia, pertoleum, kenderaan, tekstil dan lain-lain.
Kekayaan Bahan Mentah
Perindustrian di Jerman turut dijana dengan adanya sumber bahan mentah yang banyak. Contohnya, pengeluaran bijih besi di Saxony dan Silesia yang berjumlah 1.5 juta tan pada tahun 1871 dan meningkat kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
Ini membolehkan industrialis seperti Alferd Krupp menjadi pengusaha barangan besi yang terkemuka di dunia.
Syarikat Krupp telah mengeluarkan barangan besi dan keluli yang berkualiti tinggi . Pada tahun 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.
Selain tiu, Jerman juga kaya dengan sumber arang batu terutamanya di kawasan Lembah Rhine serta Alsace dan Lorraine. Kawasan-kawasan yang kaya dengan bahan mentah ini menjadi tumpuan pengusaha kilang untuk mendirikan perindustrian mereka.
Peranan Institusi Kewangan Modal.
Kemunculan institusi perbankan memainkan peranna yang penting dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman.
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan.
Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia berfungsi sebagai " joint stock" dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan bebrapa buah bank utama yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stugard, Deutsche Bank, Darmstadter Bank dan Dresdener Bank.
Dengan bantuan dan peranan bank memberi bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman sekitar tahun 1870-an.
Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
Pembentukan Sistem Pengangkutan.
Penggabungan syarikat-syarikat membentuk kartel merancakkan lagi perkembangan sektor perindustrian di Jerman .
Penubuhan kartel membolehkan pengawalan harga barangan kilang yang dikeluarkan bagi menjamin keuntungan syarikat-syarikat yang berkenaan.
Pada tahun 1900, lebih banyak syarikat telah membentuk lebih kurang 200 buah kartel.
Penghapusan Sistem Guild
Sistem guild menghalang perkembangan perindustrian kerana seseorang yang ingin menceburi bidang perindustrian memerlukan pengalaman selama beberapa tahun dalam kesatuan guiid.
Penghapusan sistem ini membolehkan penghapusan monopoli oleh guild dalam bidang perindustrian.
Oleh itu, sistem guild telah dihapuskan pada 1811.
Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keret api dibina denga pesat pada tahun 1870, hasil pembangunan industri besi dan keluli.
Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kerata api yang murah untuk menghantar besi ke negara-negara Eropah yang lain.
Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negara Eropah.
Kemajuan Sains Dan Teknologi (Penyelidikan)
Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang banyak dalam penyelidikan terutama dalam bidang kimia, autonatif, dan elektrik.
Penyelidikan itu telah melahirkan inovasi baru seperti yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang kejuteraan elektrik.
Pewarna tiruan juga berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam industri tekstil.
Kesimpulan
Pada abad ke-19 dan 20, negara Jerman mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi.
Kemajuan teknologinya membawa Jerman menjadi sebuah negara yang mempunyai industri berat terutamanya perusahaan besi keluli.
Menjelang abad ke-20, Jerman menjadi pemimpin dalam bidang perindustrian di samping Britain dan Amerika Syarikat.