FUNGSI GRAFIK DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Penggunaan grafik mudah difahami oleh murid.Pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit.

Menjadi pendorong interaktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta mencabar.

CONTOH GRAFIK

Murid dapat mempelajari sesuatu topik pembelajaran dengan lebih efektif.:
i) grafik dipersembahkan dalam bentuk imej
ii) paparan video tidak bergerak

Memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat pengajaran.

Gambar

Lukisan

lakaran

gambarfoto

ilustrasi

Penggunaan grafik dalam pembelajaran dapat mendorong murid untuk berfikir, membuat analisis, konsep dan idea yang mungkin sukar untuk difahami menerusi teks semata-mata.

Murid dapat memproses secara aktif dan berfikir secara aktif kerana menggunakan alat bantuan menerusi bahan grafik dapat memberi kesan yang lebih efektif kepada murid untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang.

Memberi kesan efektif kepada pengucapan guru apabila guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas berdasarkan visual.

Guru dapat memperkenalkan topik baharu, menjelaskan, menginterprestasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip serta meningkatkan keyakinan guru dan mengurangkan tekanan ke atas guru apabila murid dapat memfokuskan pembelajaran terhadap bahan visual.

Meningkatkan pengekalan maklumat dan ingatan seseorang.

Meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Grafik menjadi agen pemujuk dan lebih berkesan daripada kaedah syarahan.

Meningkatkan kebolehpercayaan guru dan murid. Objektif dan hasil pembelajaran dapat dicapai apabila guru dan murid dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa prejudis.

Menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dalam kalangan murid kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan.

CIRI-CIRI GRAFIK YANG BERKESAN

:

Memilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama

Memilih grafik yang seseuai dengan keperluan, dan tugas.

Memilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran, mengikut tahap murid.

Memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi supaya ada tarikan yang memadai, mudah dan jelas untuk difahami.

Menggunakan grafik yang boleh digunakan tanpa masalah.

Menggunakan grafik yang mendorong interaksi yang aktif dalam kalangan murid, guru dan maksud yang terdapat dalam visual.