RINGKASAN JURNAL INOVATIF PELAKSANAAN KURIKULUM DALAM KALANGAN GURU SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH LEMBAH KLANG
Pengenalan Kajian
Intipati transformasi penilaian ini ialah penekanan kepada integrasi dalam proses pengumpulan informasi dalam aspek perkembangan individu, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, informasi penilaian dan pentaksiran, melakukan inferens dan membuat keputusan untuk memperbaiki proses pembelajaran individu (KPM, 2012)
Pernyataan Masalah
TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran Secara Konstruktivisme (PSK)
Kajian CLES dan Lapan Syarat Ely
METODOLOGI KAJIAN
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Faktor yang menghalang dan Faktor yang menggalakkan kewujudan persekitaran PSK
Analisis Data Temu Bual
Kesimpulan
Hasrat KPM untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid melalui pedagogi terbeza dilaksanakan oleh guru secara berkesan di setiap bilik darjah akan tercapai. Dengan usaha meningkatkan keberkesanan latihan praperkhidmatan di IPG dan pelaksanaan pembangunan professional secara berterusan oleh Bahagian Pendidikan Guru (KPM, 2013), data dan hasil penyelidikan seperti dapatan kajian ini perlu disebarluaskan. Kualiti guru melambangkan kualiti pendidikan di sesebuah negara.
Kualiti pendidikan perlu dipantau dan dipertingkat setiap masa demi keberhasilan murid. Kesedaran KPM (2013) bahawasistem pendidikan negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik adalah tepat pada masanya sekiranya ingin melahirkan modal insan yang mampu berkembang maju dan bersaing pada peringkat global.
Penerokaan dan penambahbaikan kajian lanjutan bagi pengkaji yang berminat untuk mendalami kewujudan persekitaran PSK ke arah suatu inovasi PdP dalam sistem pendidikan Malaysia
Penekanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dalam bilik darjah, kemenjadian murid dapat dilonjak ke puncak yang paling tinggi, seterusnya melahirkan generasi anak Malaysia bertaraf antarabangsa. Maka, strategi PdP yang berlandaskan tahap kemajuan murid harus dititikberatkan oleh guru agar memperolehi hasil pembelajaran yang maksimum. Selaras dengan kajian lalu, persekitaran pembelajaran bilik darjah yang berlandaskan amalan teori konstruktivisme seharusnya ditinjau demi melahirkan murid yang memperolehi ilmu pengetahuan yang maksimum dan berterusan. Penyelidikan ini ditumpu kepada pembelajaran Sains dan Teknologi kerana bidang ini telah menjadi suatu kemestian dalam kehidupan kita seharian atau alam pekerjaan
Reformasi pendidikan yang tersebut tadi merupakan suatu inovasi dalam pendekatan kurikulum, yang mana suatu model kurikulum berasaskan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru harus dititikberatkan. Takrifan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti antara pihak sekolah dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) amat berbeza, yang mana 63% sekolah menyatakan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah baik atau cemerlang, tetapi penaziran JNJK melaporkan hanya sebanyak 13% daripada sekolah yang dikaji itu mencapai tahap tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)
Faktor yang menghalang dan menggalakkan pelaksanaan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme perlu ditinjau dan dikenal pasti demi mempergiat dan memotivasikan amalam jenis pembelajaran ini dalam kalangan guru. Dengan kesedaran ini, maka cabaran mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme (PSK) dalam proses PdP perlu dipikul dan sanggup diterima oleh para pendidik dalam proses mentransformasikan pendidikan kita.
Tujuan Kajian
1.Meninjau faktor yang menghalang kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru Sains dan Teknologi.
2.Meninjau faktor yang menggalakkan kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru Sains dan Teknologi.
3.Meninjau faktor lain terhadap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru Sains dan Teknologi.
Pembelajaran secara Konstruktivisme merujuk kepada suatu persekitaran pembelajaran iaitu murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada (Briner, 1999)
proses PdP Sains dan Teknologi dalam bilik darjah yang berfokus kepada lima aspek dalam suatu instrumen
Perkaitan Individu (Personal Relevance),
Ketidakpastian (Uncertainty)
Suara Kritikal (Critical Voice),
Berkongsi Kawalan (Shared Control)
PerundinganMurid (Student Negotiation)yang diamalkan dalam kalangan guru sains dan matematik
Proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan konstruktivisme akan memastikan murid menganalisis pengalaman mereka dan menggalakkan murid lebih bertanggungjawab kepada pembelajaran
:
Scheer, Noweskidan Meinel (2012) yang menekankan bahawa satu transformasi pembelajaran secara konstruktivisme diperlukan dalam situasi sebenar dengan mempraktikkan Design Thinkingdalam bidang pendidikan demi mempertingkatkan kepakaran dan keyakinan dalam kalangan guru yang mengimplementasikannya. Hanya dengan guru yang berfikiran positif dan bersedia dengan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan Matematik, kelemahan pelaksanaan konstruktivisme dapat diperbaiki dengan lebih menyeluruh (Norazilawati et al., 2013).
Che Nidzam et al.(2015) menggunakan instrumen CLES untuk mengenal pasti pengintegrasian persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kelas sains di tiga buah sekolah di Bidor, Perak. Seramai 150 orang murid terlibat dalam soal selidik mengenai persepsi murid terhadap pembelajaran sebenar dan yang digemari dalam bilik darjah sains.
Ujian-t menunjukkan murid lebih menyukai persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme daripada persekitaran yang sebenar dalam kelas sains (p<.05). Pengkaji telah mencadangkan bahawa guru sains perlu memperbaiki PdP dengan merujuk kepada kegemaran persekitaran pembelajaran murid iaitu mempertingkatkan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kelas sains
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru sukar membentuk
persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme terutamanya bagi skala kawalan berkongsi, menentukan aktiviti pembelajaran dan berkongsi tanggungjawab pembelajaran dengan guru dalam kalangan murid. Dengan lain perkataan, murid sukar untuk membiasakan diri mereka dalam menentukan apa-apa dan bagaimana untuk belajar
persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam bilik darjah tidak mencapai tahap yang tinggi, maka adalah wajar untuk penyelidik mencungkil dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi amalan jenis pembelajaran ini terutama dari sudut persepsi guru sebagai pelaksana
Pendekatan kualitatif digunakan berdasarkan protokol temu bual yang dicadangkan oleh Piantanida dan Garman (1999) dengan menggunakan soalan membimbing dan soalan mengumpul data agar tujuan kajian serta data yang dikumpulkan adalah seiringan.
Instrumen
Responden
Sebanyak 376 orang guru yang memberi komen bertulis dikumpul dalam ruangan akhir soal selidikEly’s Eight Conditions-Technology Acceptance Model(EEC-TAM)dan hasil temu bual empat orang guru sains dan teknologi telah dianalisis.
Instrumen Constructivist Learning Environment Survey-Persepsi Guru (CLES-G)digunakan sebagai rujukan untuk mengenal pasti tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam bilik darjah
EEC-TAMpula digunakan sebagai rujukan faktor yang menghalang dan faktor yang menggalakkan inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu implementasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru sains dan teknologi.
Faktor yang menghalang
kekurangan masa pelaksanaan
Fakktor yang menggalakkan
ketersediaan sumber/bahan yang tidak mencukupi
pencapaian TMK di sekolah/rumah tidakmemuaskan
persediaan awal guru
pendekatan/kemahiran guru kurang
tiada sokongan/kumpulan dirujuk
murid menjadi lebih aktif dan seronok dalam pembelajaran sains dan teknologi
kemudahan TMK yang lebih sempurna
4 faktor yang menghalang yang tidak dikategorikan:
kekangan sukatan pelajaran
beban kerja pengkeranian/tugas tambahan guru
sistem pendidikan tidak selari PSK (pembelajaran secara konstruktivisme)
program sekolah yang lain mengganggu
sokongan pentadbir
kerjasama rakan sekerja. Hal ini sesuai dengan program pembudayaan Profressional Learning Community(PLC) yang sering dipertengahkan untuk meningkatkan kerjasama antara guru demi semangat bekerja berpasukan.
click to edit
1.Faktor Masa Guru telah meluahkan pendapat bahawa kesuntukan masa dalam mewujudkan persekitaran PSK dalam kelas sains dan teknologi. Misalnya, masa diperlukan untuk persediaan awal, kekuranganmasa kerana guru dan murid terlibat dalam banyak aktiviti lain di sekolah, masa untuk mengejar sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh tertentu sebelum peperiksaan berpusat.
3.Faktor MuridPenglibatan murid dalam PdPc menjadi faktor penting dalam kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme. Jenis pembelajaran yang berpusatkanmurid ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan aktif. Murid yang melaksanakan aktiviti pembelajaran secara konstruktivisme perlu melibatkan diri mereka secara aktif dan sepenuhnya di bawah pimpinan guru.Inisiatif murid menjadi faktor penting dalam mempertingkatkan tahapkewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kelas sains dan teknologi.
2.Faktor KepimpinanBarisan pentadbir sekolah yang memberi galakan dalam kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dapat dilihat dalam pencerapan PdPc guru yang dilakukan sebanyak dua kali setahun. Guru yang ditemu bual memberi penekanan bahawa barisan pentadbir memang menggalakkan persekitaran PSK di mana markah pencerapan yang lebih tinggi akan diberi dan komen yang diberi amat menggalakkan.