Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJUK 4: KEMAHIRAN BERFIKIR, image, image, image, image, image, image,…
TAJUK 4: KEMAHIRAN BERFIKIR
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
PEMIKIRAN KRITIS
DEFINISI
Menurut Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan aktivitti mental secara analisis, sintesis dan penilaian.
Kebolehan dan kemahiran menggunakan minda untuk menilai sesuatu idea dengan munasabah dan wajar, mampu memberikan kewajaran, alasan dan bukti dan melihat kesesuaian idea yang diberi dengan situasi.
Menurut Nik Aziz (1994), pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan.
STRATEGI PEMIKIRAN KRITIS
Penilaian
Menilai idea yang diberikan dengan fakta
Analisis
Kemampuan untuk menganalisis, menyusun semula dan menjelaskan fakta dan idea.
Refleksi
Berfikir untuk menambah baik idea sedia ada.
Kenal pasti
Mengenal pasti idea dan fakta sama ada relevan dan sahih atau tidak.
Rasionaliti
Mengambil kira bukti yang ada dan kesahihannya
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
Meningkatkan pemahaman individu tentang maklumat yang sedang dikaji.
Meransang individu untuk membuat penilaian yang lebih rasional.
Menilai sesuatu idea sama ada berkaitan atau tidak, betul atau salah.
Membuat keputusan yang tepat dan boleh memberikan justifikasi terhadap keputusan yang telah dibuat.
Mengumpul maklumat dan idea sebanyak yang mungkin untuk menghasilkan produk yang terbaik.
PEMIKIRAN KREATIF
DEFINISI
Menurut Chrystyna Mursky (2011), penggunaan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah, menganalisis pelbagai sudut pandangan, menyesuaikan idea dan mencipta yang baru sebagai penyelesaian.
Menurut Edward de Bono (1992), pemikiran kritis boleh dimaksudkan mengahasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya.
Kebolehan menggunakan minda untuk mengembangkan idea, analogi atau definisi atau mencipta sesuatu yang asli, baharu tanpa mengira ia sesuatu konkrit, abstrak atau konsep.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF
Perkembangan Idea
Mempunyai pelbagai idea alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Reka Cipta
Menganalisis produk sebelum ini untuk membuat penambah baikan dalam produk yang baharu
Imaginasi
Mempunyai pelbagai idea dan keupayaan untuk mengaitkan idea-idea itu untuk menghasilkan sesuatu.
Keberanian
Berani mengambil risiko, kritikan dan berfikiran terbuka untuk menerima teguran.
Berwawasan
Berupaya mengandaikan pemikiran sesuatu di luar kotak pemikiran orang lain. mempunyai daya fokus yang tinggi dan berterusan.
PROSES PEMIKIRAN KREATIF
Fasa Pengeraman
Menggambarkan penyelesaian dengan cara berfikir.
Proses ini dilakukan di dalam otak sahaja.
Individu befikir dan meneliti semula bahan-bahan dapatan yang diperoleh.
Fasa Ilham/ Inspirasi
Individu menghasilkan produk atau konsep berdasarkan kepada pemikiran individu itu.
Fasa Penyediaan
Mengenal pasti masalah kepada produk atau konsep yang hendak dihasilkan.
Meneroka sumber-sumber yang berkaitan dengan masalah itu.
Fasa Pengesahan
Menyemak dan menilai semula produk yang telah dilakukan.
Individu mungkin menemukan penemuan baharu yang boleh menambah baik produk yang telah dihasilkan.
PEMIKIRAN REFLEKTIF
KEPENTINGAN PEMIKIRAN REFLEKTIF
Berfikir dengan cara abstrak dan konsep. contohnya bagaimana kejadian itu berlaku. kenapa itu boleh terjadi.
Menerapkan strategi dalam menghasilkan produk baharu.
Merangsang individu untuk membuat perkaitan antara pengetahuan baharu dan pengalaman sebelumnya.
Memahami pemikiran orang individu dan strategi belajar.
CARA-CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN REFELKTIF
Menggunakan pengalaman untuk melakukan hipotesis.
Untuk mewujudkan kemungkinan kepada sesuatu penyelesaian.
Menggunakan teknik penyoalan kepada responden
Untuk meningkatkan dan meransang pemikiran reflektif berkaitan isu atau topik yang dibualkan.
Memperkenalkan masalah secra terbuka
Dilakukan dalam bilik darjah supaya murid boleh mengenal pasti masalah secara berkumpulan.
DEFINISI
Aktiviti intelek dan afektif di mana individu itu menggunakan pengalamannya, memahami pengalaman itu dan mencipta idea baharu.
Menurut Birrchall (1992), penggunaan pengalaman sedia ada untuk mengimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
PEMIKIRAN LATERAL
DEFINISI
Penyelesaian masalah yang dilakukan menggunakan daya imaginasi dan bukan menggunakan logik.
FAKTOR PENTING DALAM PEMIKIRAN LATERAL
Mengenal pasti idea-idea utama dalam sesuatu masalah
Melihat masalah dari sudut pandangan berbeza
Tidak berfikir di dalam kotak, melonggarkan pemikiran terkawal untuk menggalakkan pemikiran di luar kotak.
Mempertimbangkan idea-idea orang lain
PENGENALAN
Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward de Bono
TEKNIK PEMIKIRAN LATERAL
Perkaitan Bebas
Individu bebas dalam menyuarakan pendapat dan idea berkaitan tajuk.
Teknik 'Reversal'
Tidak memfokuskan kepada pencarian jawapan, tetapi memfokuskan kepada langkah-langkah yang berbaza dalam menyelesaikan masalah.
Kaedah Objek Fokal
Mengaitkan objek yang dipilih oleh individu dan masalah yang dikaji.
Kaedah Cabaran
Individu menyelesaikan masalah dengan cara-cara atau perkara-perkara yang bukan sedia ada untuk menggalakkan pemikiran di luar kotak.
Menganalisa Masalah
Menyelesaikan masalah menggunakan idea baharu dengan membahagikan soalan itu kepada beberapa bahgian kecil.
PEMIKIRAN KRITIS
TINGGI
Melibatkan proses kognitif dan metakognitif.
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS TAHAP TINGGI
Membuat ramalan
Berupaya untuk menjangkakan idea dan persolan yang bakal timbul di masa akan datang berdasarkan bukti dan kajian.
Membuat generalisasi
Membuat kesimpulan secara umum berdasarkan kajian yang menyeluruh dan konsisten.
Membuat hubung kait
Melakukan hubung kait antara maklumat yang diperoleh dengan teori yang sedang dikaji.
Membuat kesimpulan
Menganalisis dan membuat kajian yang lebih mendalam lagi untuk mebuat kesimpulan yang lebih tepat dan terperinci.
Membuat andaian
Mengesahkan sama ada andaian yang telah dibuat sahih atau tidak.
Membuat inferens
Membuat keputusan atau jangkaan awal berdasarkan maklumat, kajian dan pola yang telah dikaji dan diperoleh.
RENDAH
Melibatkan kemahiran kognitif yang sederhana
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS PERINGKAT RENDAH
Menyusun mengikut urutan. Contohnya, nombor atau abjad.
Penyimpanan dan penyusunan maklumat dengan lebih kemas dan rapi
Melakukan penelitian pada bahagian yang kecil dan keseluruhan.
Meneliti dan melihat kepentingan setiap bahagian dan perkaitan antara bahagian kecil.
Mampu melakukan penkategorian
Maklumat dan kajian diklasifikasikan ke dalam beberapa bahgian mengikut ciri-ciri yang bersesuaian.
Menerangkan sebab.
Berdasarkan bukti dan kajian yang telah diperoleh, individu mampu memberi sebab kejadian menggunakan minda.
Membuat banding dan beza
Melihat, meneliti dan memahami persamaan dan perbezaan antara dua jenis konsep, kejadian atau produk yang berbeza
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Menurut Azizi
et al
(2005) mentakrifkan pemikiran sebagai suatu proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman dalam suatu perkara, meneroka kepelbagaian kemungkinan idea atau hujah, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat refleksi.
Berfikir merupakan proses mental yang memerlukan perkaitan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap seseorang bagi memahami perkara disekelilingnya.
KESIMPULAN
Jenis-jenis pemikiran sama ada lateral, kritis, kreatif atau relflektif adalah saling berkait. Akan tetapi, kaedah yang digunakan bagi setiap konsep itu adalah berbeza-beza.