Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke…
Bincangkan faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
Maju dalam pertanian
Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian.
Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila tercipatanya mesin.
Pengkajian sainstifik tentang tanah misalny, Humparay Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
Kegiatan Ekonomi Berasaskan Perindustrian
Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di Saxony dan Silesia Barat Jerman.
Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun 1860-1670.
Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan baranagn alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi
Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.
Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony, dan Silesia.
Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.
Ciptaan baru berkembang di jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan leh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatkan pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuteraan elektrik.
Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal peneyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji.
Jerman telah menyeragamkan ciptaan taknik dan kesanny, Jerman memimpin dnia dalam industri kimia dan elektrik.
Kemajuan Sistem Pengangkutan
Pembinaa jalan kereta api pada tahun 1870
Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa
Pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan maslaah dalam memasarkan barangan dan mendapat lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Tongoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
Perluasan empayar dilakukan unutk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.
Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pangkalan tentera laut di pinggir kaut China.
Kemajuan Sistam Kewangan.
Pada tahun 1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai " joint stock" dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
Siatem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart(1851), Deutshe Bank(1870), Darmstadter Bank(1870), dan Dresdener Bank(1872).
Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan kelauran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian.
Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.
Dasar Kerajaan Jerman
Menubukan sekolah pertukangan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun 1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
Pada tahun 1884 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichtag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.
Malahan, kerjaan juga boleh menyekat kebebsan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, percetakan dan pengedaran.
Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bak Jerman.
Jerman turut sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.