Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
(Hak Cipta Harta Intelek, Kerahsiaan, Keselamatan, Undang-undang Siber,…
Hak Cipta Harta Intelek
Harta intelek merujuk kepada perlindungan yang diberikan terhadap ciptaan intelektual yang berkaitan dengan karya sastera dan seni, reka bentuk dan simbol, nama dan imej yang mempunyai nilai komersial.
Hak cipta
- Karya seni
- Reka bentuk binaan
- Siaran radio dan televisyen
Hak perindustrian
Reka bentuk Industri
Ciri bentuk, rajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian. Ciri yang wujud hanya pada barang siap. Merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.
Cap dagangan
Tanda yang mampu membezakan barang atau perkhidmatan satu
perusahaan daripada perusahaan lain. Cap dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi elemen-elemen tersebut.
Petunjuk geografi
Tanda yang digunakan pada produk yang mempunyai asal geografi tertentu dan memiliki sifat atau reputasi dari tempat asalnya.
Paten
Hak eksklusif yang diberikan untuk sesuatu ciptaan, sama ada produk atau proses yang menyediakan secara umum cara baharu untuk melakukan sesuatu atau menawarkan penyelesaian teknikal baharu kepada sesuatu masalah
Kerahsiaan
Demi menjaga keselamatan organisasi dan negara, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk pengurusan maklumat yang diperoleh seharusnya terdiri daripada golongan yang bertanggungjawab, amanah dan jujur
Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat/objek, bahan bertulis.
Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi atau negara, teknologi maklumat digunakan untuk membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan
Keselamatan
isu
- menyalin perisian secara tidak sah
- kecurian maklumat
- penyebaran virus
- pengondam/haker
- penipuan
- jangan membuka e-mel yang diragui.
- jangan terlalu mudah memberikan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali.
- menggunkan kata laluan
Undang-undang Siber
Antara undang-undang siber di Malaysia adalah :
- Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
- Akta Perdagangan Elektronik 2006
- Akta Hakcipta 1987
- Akta Jenayah Komputer 1997
- Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
Undang-undang siber ialah bidang undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan internet yang merangkumi unsur unsur teknologi dan elektronik.
Penyebaran Maklumat
Fungsi
- Pelengkap ilmu
- Kolaborasi
- Maklum balas
Melalui platform Teknologi Maklumat dan Komunikasi, guru dapat berkomunikasi dengan murid tanpa batasan masa dan tempat melalui aplikasi seperti:
- Persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment)
- Sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System)
-
Kesediaan guru
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.
- Meneliti latar belakang murid dalam aspek penggunaan teknologi.
- Bersedia daripada aspek pengetahuan, kompetensi, minat dan sikap dalam TMK.
- Berperanan mengoptimumkan semua kemudahan yang terdapat dalam bidang TMK.
- Latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah (Soon&Kooi, 2020).
- Guru memerlukan tiga tahun untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Tahun pertama untuk menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun ketiga untuk memperkemaskan aplikasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Charp, 2003)
Kesediaan Murid
- Pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada Internet oleh pelajar (Sunal, 1996).
- Mengoptimum semua kemudahan teknologi yang terdapat di sekolah.
- Terlibat dalam pembelajaran secara aktif di dalam bilik darjah.
- Minat dan sikap terhadap TMK.
Sokongan Organisasi
- Penggubal dasar dalam pendidikan, Pentadbiran sekolah dan pihak berkepentingan perlu memberikan kerjasama bagi memastikan pengintegrasian dalam bilik darjah dilaksanakan dengan mudah.
- Dasar yang digubal hendaklah menyokong penuh pengintegrasian teknologi di sekolah.
- Pihak kerajaan hendaklah menyediakan peruntukan kewangan.
- Organisasi luar boleh tampil dalam menyumbangkan idea atau peruntukan kewangan.
Insfrastruktur Teknologi
- Kos yang tinggi dalam penyediaan prasarana teknologi.
- Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah di bandar dan luar bandar.
- Bahan habis guna dan peralatan yang rosak tidak dapat diganti kerana isu peruntukan.
- Peralatan teknologi yang mempunyai jangka hayat yang tidak panjang dan usang masih digunakan.
-
-
-
-
- Nama institusi : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
- Program : PDPP (KDC)
- Kod dan nama kursus : EDUP2112 Teknologi Dan Media Pengajaran
- Nama : Lazry Bin Lasius
- Nombor pengenalan pelajar : 930417-12-6081
- Kumpulan / pilihan : PJK2
- Nama pensyarah : Carlmilla Freddie J.Simol
- Tarikh penyerahan : 16 November 2021
-