Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Susun lapis masyarakat Vietnam - Coggle Diagram
Susun lapis masyarakat Vietnam
Maharaja
Menduduki lapisan teratas dalam hierarki susun lapis masyarakat.
Maharaja ii yang memerintah mempunyai kuasa mutlak dlm pemerintahan pusat.
Maharaja mewarisi takhta secara warisan berdasarkan keluarga atau dinasti.
Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati.
Maharaja Vietnam diwajibkan mendapat pendidikan Confucius yang baik.
Dalam majlis pertabalan maharaja, wakil daripada Maharaja China akan melakukan upacara pertabalan dan memberi pengiktirafan kepada maharaja Vietnam yang baru dilantik.
Kesejahtreraan rakyat dan negara bergantung kepada kewibawaan dan kebijaksanaan maharaja.
Jika maharaja tidak bersikap adil dalam pemerintahan serta mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya, maka mandat yang diterima dari tuhan akan hilang.
Quan/Mandarin
Berada di lapisan kedua dalam hierarki sosial masyarakat Vietnam.
Golongan ini membantu maharaja dalam pemerintahan dan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh.
Kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas tugas maharaja.
Mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja, mendapat sokongan dan penghormatan daripada rakyat jelata.
Mereka juga dianggap sebagai penjamin, penegak keadilan, pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.
Quan yang utama dan bertaraf tinggi di Vietnam ialah Quan Awam.
Ketua-ketua Quan merupakan golongan yang berpendidikan tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.
Golongan Quan menjadi perantara di antara maharaja dengan rakyat jelata.
Golongan Quan ditugaskan mengetuai kementerian seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Kehakiman.
Mereka juga bertanggungjawab menguruskan kutipan cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara serta bertanggungjawab mengetuai segala upacara keagamaan.
Golongan pembesar yang paling rendah kedudukannya dalam masyarakat Vietnam ialah pembesar peringkat komun atau kampung.
Pembesar ini dilantik dalam kalangan masyarakat kampung yang terdiri daripada orang tua yang bijak serta berpengalaman.
Petani
Petani Golongan rakyat biasa yang terdiri daripada petani menduduki lapisan ketiga dalam hierarki sosial masyarakat Vietnam.
Golongan petani mewakili golongan terbesar dalam masyarakat Vietnam.
Golongan ini menjalankan aktiviti sara diri terutamanya menanam padi di sawah serta dapat membantu meningkatkan ekonomi Vietnam.
Golongan petani dipandang tinggi dalam masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk.
Meskipun mereka menduduki lapisan yang rendah dalam hierarki sosial masyarakat Vietnam.
Seseorang petani dimestikan membayar cukai dan terpaksa menyumbangkan tenaga dalam urusan kerajaan.
Hamba
olongan hamba menduduki lapisan yang paling bawah.dalam hierarki sosial di Vietnam.
Mereka merupakan bekas penjenayah dan dihantar ka kem-kem tentera di sempadan untuk membuka tanah baru bagi kerja pertanian.
Setelah tamat tempoh hukuman, mereka dibebaskan dan boleh menjadi petani di tanah yang diusahakan oleh mereka.