Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP TAMADUN DAN CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA - Coggle Diagram
KONSEP TAMADUN DAN CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA
Asas Pembangunan Sosiobudaya
Bahasa
Contoh, bahasa Tamadun Romawi yang menggunakan bahasa latin masih digunakan sehingga kini membuktikan tamadun latin mempunyai bahasa yang baik
Contoh lain, penggunaan kata pinjaman bahasa arab dan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu
Bahasa melambangkan kemajuan rakyat
Bahasa dan ilmu pengetahuan saling berkait
Agama
Garis panduan dalam membentuk akhlak sama ada baik atau buruk
Masyarakat yang bertamadun tinggi menitikberatkan agama dalam kehidupan
Nilai dan Adat Resam
Sikap merujuk kepada perlakuan atau amalan seperti rajin dan pemurah
Nilai merupakan suatu yang disukai oleh masyarakat dan ia berbeza mengikut budaya
Nilai membezakan seorang individu dengan individu lain dari aspek perwatakan seperti amanah dan jujur
Sebagai contoh, maysarakat Jepun mengamalkan nilai meminta maaf walaupun sesuatu hal itu bukan daripada kesalahan mereka kerana ia merupakan satu nilai menghormati menurut budaya Jepun
Asas-Asas Pembangunan Kebendaan
Wujud bentuk pemerintahan yang mewakili golongan pemimpin dan rakyat
Sistem pemerintahan yang teratur dalam sesebuah kerajaan menjadikan pembangunan negara semakin baik
Sebagai contoh, kerajaan di Ad, Sumeria pada zaman Neolotik iaitu kira-kira 3500 S.M memulakan sistem pemerintahan yang tersusun rapi di bandar-bandar.
Kesan pemerintahan yang baik
projek-projek pengairan yang besar dapat dijalankan
kawasan pinggiran dapat dieksploitasi dan akhimya cukai dapat dipungut dan digunakan oleh pemerintah
negara bertambah kaya
penduduk semakin bertambah
Terdapat Pembangunan Masyarakat Kota
Kewujudan masyarakat kota menyebabkan tahap kehidupan masyarakat itu lebih baik daripada golongan nomad
Golongan nomad tidak mempunyai masa untuk membangunkan tamadun kebendaan, malah mereka lebih suka hidup secara 'sara diri'
Sebagai contoh, selepas gereja Kristian jatuh, masyarakat Barat telah menganuti fahaman sekular yang sekali gus mewujudkan golongan kapitalis. Golongan ini telah memainkan peranan dalam membina struktur bandar bercorak 'baroque'
Maka timbul revolusi perindustrian di kota-kota dan bandar-bandar yang kini menyumbang kepada kewujudan Eropah sekarang
Masyarakat Menjadi Pengeluar Barangan (Toolmaker)
Tamadun akan wujud melalui jenis alatan yang dihasilkan oleh masyarakat melalui sektor-sektor seperti perindustrian, pertanian, perikanan dan galian
Barang yang dihasilkan mestilah berkualiti dan menepati kehendak pasaran
Sebagai contoh, pada zaman kegemilangan Islam, umat islam telah mengeluarkan kertas bermutu tinggi, menjadi pengeluar utama membuat kapal dan peralatan perang lalu dieksport ke Eropah melalui Andalus
Mempunyai Pembahagian Tugas dalam Kerjaya dan Taraf
Kerjaya yang Berbeza-beza
Masyarakat bekerja dalam bidang yang mereka mahir
Dengan terus berfokus kepada pekerjaan yang kita mahir, maka tahap keprofesionalan dalam suatu pekerjaan akan semakin meningkat
Membina Bangunan Unik dun Berseni
Bangunan tinggi dan hebat yang dibina menunjukkan kemegahan, keagungan dan kebesaran bagi sesuatu tamadun
Sebagai contoh: Piramid yang dibina oleh kerajaan Firaun yang mewakili tamadun Mesir dan Tembok Besar Cina yang dibina oleh kerajaan Cina Tua
Pakaian
Golongan yang bertamadun mencipta dan mengubah pakaian daripada bulu binatang atau bahan-bahan berkualiti yang lain yang sekali gus membawa masyarakat kurang bertamadun menggunakan pakaian mereka
Mereka sering dijadikan model dan mengakibatkan berlakunya penguasaan dan kemasukan pengaruh pemakaian.
Sebagai contoh, Mustafa Kamal Artartuk sanggup menukar identiti tradisional Turki iaitu dengan menukar topi tradisi dengan topi Barat berikutan oleh beliau kagum dengan pakaian dan kemajuan Barat
Kemajuan Material dan Hubungan dengan Manusia
kemajuan kebendaan menjadi kekuatan dan ketinggian sesuatu bangsa
bangsa yang berteknologi tinggi boleh menguasai bangsa yang mundur untuk menyerapkan bahasa, budaya dan pemikiran mereka
aspek teknologi dalam sejarah nabi sulaiman : kisah mahligai puteri balqis dilaihkan ke negeri nabi sulaiman. kehebatan ini membolehkan nabi sulaiman menguasai negeri saba' dan puteri balqis tunduk kepadanya.
kini, bangsa yang ketinggalan kemajuan kebendaan, dibuli serta diperhamba oleh bangsa yang maju
bangsa maju menguasai, memerintah dan berinteraksi dengan bangsa mundur dengan tipudaya, mendabik dada dan mendakwa mereka sebagau penentu arah orang lain
mereka mengatakan, supaya umat islam mencapai kemajuan perlu merungkai ikatan agama
perkara yang perlu ada bagi sesuatu masyarakat atau bangsa ialah ILTIZAM atau CEKAL.
apabila sesuatu masyarakat mampu menyingkap undang-undang sesuatu kemajuan, mereka mampu maju, walaupun sistem sosiobudaya mereka lemah.
Thaqafah yang Sesuai dengan Pembangunan
Thaqafah / sosiobudaya yang berteraskan kepada agama, ibadat dan moral dan akhlak mulia merupakan sosiobudaya yang sesuai untuk memacu kemajuan.
sesuatu agama yang tidak mempunyai ajarah ke arah kemajuan melahirkan masyarakat yang berbudaya mundur
suatu agama yang disaluti kepercayaan tahyul melahirkan masyarakat yang berbudaya tahyul dan mundur
berpaksikan kepercayaan dan mengamalkannya melahirkan masuarakat yang berbudaya mengikuti anutan kepercayaan itu.
Thaqafah masyarakat yang tidak bersandarkan kepada kepercayaan agama membawa keruntuhan nilai-nilai akhlak masyarakat
apabila agama tidak megusulkan nilai akhlak yang sesuai dengan pembangunan masyarakat semasa, berlaku penolakan terhadap nilai akhlak tersebut. akibatnya, tamadun dibangunkan tanpa garis panduan agama
apabila agama berasaskan kepercayaan alam tabii merupakan makhluk yang diperuntukkan
tuhan untuk dibangunkan, ahama dapat diyakini untuk menjadi panduan ke arah kemajuan.
agama diterima kerana sistem nilai dan akhlak sesuai dengan perubahan kemajuan pembangunan.
Thaqafah yang sesuai dengan pembangunan tamadun harus berpaksi kepada kepercayaan agama kerana boleh membangunkan potensi diri manusia.
agama mestilah tidak bersifat mempetuhankan alam tabii kerana ia tidak diyakini boleh membawa kemajuan.
kemajuan sesuatu tamadun bertentangan dengan kepercayaan tahyul terhadap alam tabii
apabila agama tidak dipercayai, maka kemajuan yang dikejar hanyalah kemajuan dalam sudut tamadun kebendaan sahaja yang menyebakan keruntuhan tamadun kerana belaku ketidakseimbangan.
Ciri-Ciri yang membangunkan Sesuatu Tamadun
Menebus guna sumber-sumber alam secara optimum
Sesiapapun tidak kira pangkat yang memaksimumkan penggunaan sumber alam maka mereka boleh maju
Namun, semua kerja-kerja memerlukan alatan yang sesuai disamping usaha yang gigih.
contohnya, bangsa Jepun berjaya memecah monopoli barat dalam bidang ekonomi kerana mereka gigih bekerja. mereka merujuk kepada etika Samurai untuk bekerja kuat.
Terdapat pakar-pakar dalam pelbagai bidang
Bangsa yang maju adalah bangsa yang mampu melahirkan pakar dalam pelbagai bidang. hal ini akan menunjukkan mereka adalah bangsa yang prihatin dengan ilmu.
Memanfaatkan waktu sepenuhnya
Jika sesuatu bangsa itu menjadikan seluruh kehidupan mereka untuk melakukan perkara yang mendatangkan faedah, maka bangsa itu telah memenuhi sebahagian daripada syarat untuk maju.
Terdapat sistem dan perancangan yang mapan dan berwawasan
Kejayaan sebuah tamadun bergantung kepada sistem pengurusan dan sistem hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat.
sistem pengurusan yang baik dan terkini serta produktif dapat membantu membangunkan tamadun dengan cepat.
Misalannya, Apabila Barat dijadikan contoh, maka sistem pengurusan yang diterapkan merupakan sistem pengurusan pragmatis yang berubah-ubah mengikut suasana.
sistem yang mapan dan berwawasan semestinya berasaskan ideologi keagamaan / sistem hidup masyarakat yang boleh buktikan kejayaan mereka
sistem perancangan yang baik akan berkait dengan kestabilan politik negara. Perancangan yang disusun dalam sesuatu negara harus berasaskan kepada konsep keadilan, menegakkan keadilan dan berteraskan syura.
Definisi Tamadun
Sarjana Islam yang lain adad juga menggunakan perkataan Hadharah bukan tamadun ketika berbicara tentang pembangunan peradaban dan kehebatan sesuatubangsa ataupun masyarakat seperti Said Hawwa.
Menurut Said Hawwa, istilah hadharah adalah suatu istilah peradaban ataupun kemajuan manusia yang berupaya menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan kemajuan sosiobudaya.
Hal ini menunjukkan bahawa para sarjana Islam sering menggunakan berbagai istilah yang pada sudut pengertian, kesemuanya adalah sama maksud dengan pengertian tamadun.
Menurut Syirazi, istilah tamadun adalah suatu istilah yang membincangkan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pementahan.
Merujuk kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan perindustrian dan pembangunan ekonomi sesuatu negara.
tamadun juga dikenali sebagai madaniyah dan thaqafah.
Namun demikian apabila diteliti lebih mendalam istilah madaniyah seringkali digunakan kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata. Manakala istilah thaqafah pula lebih merujuk kepada pencapaian umat manusia dalam aspek sosiobudaya.
Gabungan di antara madaniyah dan thaqafah ini membentuk pengertian tamadun atau hadharah yang sebenarnya.