Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faedah Mempelajari Ilmu Ketamadunan - Coggle Diagram
Faedah Mempelajari Ilmu Ketamadunan
Memperkukuhkan disiplin ilmu manusia
Perkataan tamadun mengambarkan kemajuan sesebuah masyarakat dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.
Dari perspektif semasa tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
Asas ilmu tamadun merujuk kepada semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia dan kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruang lingkup disiplin yang memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan.
Memahami lebih mendalam tentang perbezaan agama
Kebudayaan dan bangsa berbeza tamadun akan dipelajari
Seperti tamadun islam, tamadun cina, tamadun india, tamadun asia
Oleh itu, seseorang dapat memahami dan mengetahui secara lebih mendalam tentang perbezaan agama.
Menyemai sifat persefahaman sesama rakyat
Ilmu ketamadunan dapat menyemai sifat persefahaman sesama rakyat
Dalam masa yang sama, nilai hormat-menghormati antara rakyat dapat dipupuk.
Hal ini kerana semasa mempelajari ilmu ketamadunan, seseorang individu dapat mengetahui asal usul sesuatu tamadun, misalnya faktor kelahiran sesuatu tamadun dan faktor kejatuhan tamadun.
Dengan ini, kita juga dapat mengambil iktibar dari perkara negatif masa silam dan boleh mengorak menjadi positif di zaman kita
Maka, dapat melahirkan insan yang berfikiran jauh, berakhlak mulia, berpandangan global dan menghormati antara satu sama lain
Melahirkan sebuah negara yang maju
Ilmu ketamadunan juga mengajar seseorang individu cara mentadbir sesebuah negara dengan berwibawa dan berkesan.
Contohnya, sistem perundangan dan sistem pemerintahan.
Oleh itu, kita dapat meningkatkan lagi sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada pada zaman kini berdasarkan sejarah masa silam.
Hal ini juga dapat mengukuhkan sistem politik sesebuah negara supaya negara sentiasa berkembangan maju dan rakyat hidup aman damai.