Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP TAMADUN & CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA - Coggle Diagram
KONSEP TAMADUN & CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA
KONSEP TAMADUN
Menurut Syirazi:
Istilah tamadun adalah suatu istilah yang membincangkan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pementahan.
Sarjana Islam:
Menggunakan perkataan
hadharah
tanpa menggunakan istilah tamadun ketika membicarakan tentang pembangunan peradaban dan kehebatan sesuatu bangsa ataupun masyarakat.
Madaniyah
(menjurus kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata).
Thaqafah
(pencapaian umat manusia dalam aspek sosiobudaya).
ASAS-ASAS PEMBANGUNAN KEBENDAAN
Wujud bentuk pemerintahan yang mewakili golongan pemimpin dan rakyat
sistem pemerintahan sesuatu kerajaan akan tersusun jika negara membangun dengan baik
Terdapat Pembangunan Masyarakat Kota
tahap hidup masyarakat lebih baik daripada golongan hidup secara nomad
kemudahan yang lebih baik berbanding penduduk yang hidup secara sara diri
Masyarakat Menjadi Pengeluar Barangan (Toolmaker)
masyarakat berusaha menghasilkan barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai sektor : perindustrian, pertanian, perikanan, galian
Mempunyai Pembahagian Tugas dalam Kerjaya dan Taraf
Kerjaya yang Berbeza-beza
tahap kerjaya mereka turut ditingkatkan sehingga menjadi golongan profesional dalam bidang masing-masing
Membina Bangunan Unik dan Berseni
bangunan yang tinggi dan hebat menunjukkan masyarakat memiliki kepakaran dalam aspek seni bina
Pakaian
golongan bertamadun mencipta dan mengubah pakaian daripada bulu binatang kepada pakaian yang berkualiti dan menjadikan bahan komersil
ASAS-ASAS PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
Bahasa
Bahasa amat penting. Masyarakat
yang memiliki bahasa yang maju secara tidak langsung dapat menguasai masyarakat lain. Bukan itu sahaja malah bahasa dan kemajuan ilmu pengetahuan saling kait-mengait antara satu sama lain iaitu penggunaan bahasa dapat diperluaskan di kalangan masyarakat lain apabila sesuatu masyarakat itu menulis ilmu dalam bahasa mereka.
Agama
Agama adalah suatu anutan yang menentukan hubungan manusia dengan Tuhan. Agama memberikan garis panduan baik dan buruk dan panduan untuk membentuk akhlak sesuatu masyarakat itu. Agama yang betul menyebabkan masyarakat itu maju tetapi perkara yang sebaliknya akan terjadi apabila agama yang dianut lemah. Hal ini kerana agama yang mundur menjadi penghalang
kepada kemajuan masyarakat itu. Contoh agama yang mundur ialah agarna yang mempercayai tahyul,
menyembah batu dan alam tabii sehingga penganutnya menjadi sengsara untuk hidup sempurna sebagai manusia.
Nilai dan adat resam
Nilai ialah suatu konsep, dalaman ataupun luaran yang bertujuan untuk membezakan seseorang individu, perwatakan, ciri-ciri sesuatu kumpulan, ataupun keinginan yang mempengaruhi pemilihan sesuatu
cara hidup mereka, matlamat dan tujuan sesuatu perlakuan itu.
Nilai disebut sebagai apa sahaja yang dirasai oleh manusia, kehendak atau hasrat yang ditetapkan oleh pandangan akal dan disimpulkan baik dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh nilai baik adalah amanah manakala nilai buruk adalah berdusta.
Nilai adalah sesuatu yang berharga. Nilai dalam masyarakat bermaksud sesuatu yang dipunyai oleh masyarakat tersebut dan mereka menyukainya dan tentulah nilai tersebut merujuk kepada nilai-nilai yang baik.
KEMAJUAN MATERIAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAMADUN MANUSIA
Sistem yang dianuti oleh negara maju kini bukan satu-satunya sistem yang menentukan kejayaan mereka.
Meskipun sistem itu berkesan untuk menonjah kemajuan, namun sistem yang lain juga tetap boleh maju malah lebih baik apabila difahami dan diikuti oleh masyarakat keseluruhannya.
Apa yang perlu ada kepada sesuatu masyarakat ataupun bangsa itu adalah iltizam atau cekal. Apabila sesuatu masyarakat itu mampu menyingkap undang-undang atau peraturan sesuatu kemajuan, mereka mampu maju, meskipun sistem sosiobudaya mereka lemah.
CIRI-CIRI YANG MEMBANGUNKAN SESUATU TAMADUN
Menebus guna sumber-sumber alam secara optimum
bertujuan untuk memajukan ekonomi dan sosial
Memanfaatkan waktu sepenuhnya
apabila terdapat bangsa yang menjadikan selurh kehidupan mereka untuk melakukan perkara yang bermanfaat, jadi masyarakat akan akan sentiasa maju
Terdapat pakar-pakar dalam pelbagai bidang
bangsa yang melahirkan pakar dalam pelbagai bidang menjadi bangsa yang prihatin terhadap ilmu
Terdapat sistem dan perancangan yang mapan dan berwawasan
sistem pengurusan dan sistem hidup yang baik menjamin kejayaan sesuatu tamadun
THAQAFAH YANG SESUAI DENGAN PEMBANGUNAN
Thaqafah atau sosiobudaya yang berteraskan kepada agama, ibadat dan moral dan akhlak mulia adalah sosiobudaya yang sesuai untuk memacu kemajuan.
Thaqafah yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan dan mengamalkan kepercayaan itu melahirkan masyarakat yang berbudaya mengikut anutan kepercayaan itu.
Suatu agama yang berunsur dongeng dan disaluti kepercayaan tahyul melahirkan masyarakat yang berbudaya tahyul dan mundur.
Contohnya, kepercayaan Fir 'aun sebagai Tuhan oleh masyarakat Mesir kuno, menyebabkan mereka semua mundur setelah Fir'aun meninggal.