Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BIDANG-BIDANG KOKURIKULUM, IZZAH MAISARAH BINTI AHMAD MURAT NUR ADRIANA…
BIDANG-BIDANG KOKURIKULUM
:checkered_flag: BIDANG SUKAN DAN PERMAINAN
Sebagai contoh
Permainan Olahraga
: Murid dapat mempelajari berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat serta dapat memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi
1)Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid mengenai ilmu anatomi.
2)Mewujudkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, berdisiplin dan menjadikan tubuh badan lebih cergas.
Sebagai contoh
Permainan Bola Sepak
: Banyak menitikberatkan semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan murid berikutan oleh ianya dimainkan dalam bentuk pasukan.
CONTOH SUKAN DAN PERMAINAN:
Sebagai contoh permainan Bola Sepak, Bola Baling, Bola Jaring, Ping Pong, Badminton, Takraw
3) Dapat mencegah diri daripada penyakit berbahaya
Sebagai contoh
Permainan Badminton
: Bermain badminton dengan kerap boleh membantu mengekalkan kepadatan tulang lebih awal dan mencegah perkembangan osteoporosis pada usia tua.
:checkered_flag: BIDANG PERSATUAN DAN KELAB
1)Dapat memberi peluang kepada murid untuk menambah ilmu pengetahuan dalam sesebuah mata pelajaran.
Sebagai contoh
Kelab Bahasa Melayu
: Melalui aktiviti pidato dan bahas yang dilakukan dapat memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan hujan.
2) Dapat mengembangkan bakat dalam diri murid-murid
3) Dapat mengembangkan sifat kepimpinan murid
Sebagai contoh, setiap Kelab dan Persatuan mempunyai carta organisasi dalam kalangan murid yang tersendiri. Jawatan yang digalas dalam sesebuah kelab dan persatuan dapat menjadikan murid lebih berdisiplin, berkeyakinan diri dan bertanggungjawab.
Sebagai contoh
Kelab Pendidikan Islam
, murid-murid boleh mengembangkan bakat sedia ada dalam diri mereka melalui aktiviti-aktiviti atau pertandingan yang diadakan seperti Nasyid, Khutbah, Azan dan Iqamah, Hafazan dan sebagainya.
CONTOH PERSATUAN DAN KELAB:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains, Alam Sekitar, Multimedia, Bahasa Arab, Pendidikan Seni.
:checkered_flag: BIDANG UNIT BADAN BERUNIFORM
1)Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan mereka dalam sesuatu perkara yang dipelajari .
Sebagai contoh
Badan beruniform PBSM
: Murid dapat mencuba pengetahuan serta pengalaman mengenai cara-cara memberi rawatan kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam kata pelajaran sains.
2)Mewujudkan sikap disiplin dalam pasukan, semangat berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.
Sebagai contoh
Badan beruniform KRS
: Pelajar dapat menjalankan aktiviti kawad kaki
CONTOH BADAN BERUNIFORM:
Pengakap, Puteri Islam, Tunas Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pandu Puteri.
3) Melahirkan murid yang berakhlak dan seimbang dunia akhirat
Sebagai contoh
Badan beruniform Puteri Islam
memberi peluang kepada murid-murid perempuan menjalankan aktiviti seperti memasak, menjahit dan sebagainya. Selain itu, mereka juga diberi tunjuk ajar tentang hal-hal keagamaan seperti cara solat yang betul bagi seorang perempuan
Aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Ia juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat didalam bilik darjah
Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.
IZZAH MAISARAH BINTI AHMAD MURAT NUR ADRIANA FAREEZA BINTI NORAIZAL