Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP TAMADUN DAN CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA - Coggle Diagram
KONSEP TAMADUN DAN CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA
Definisi Tamadun
Menurut Syirazi, istilah tamadun adalah membincangkan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, dan kemajuan sesuatu bangsa dan pementahan.
Menurut Sarjana Islam. mereka menggunakan perkataan hadharah apabila membicarakan tentang pembangunan peradaban dan kehebatan masyarakat. Istilah yang sinonim dengan ialah madaniyah(pembangunan fizikal) dan thaqafah(sosiobudaya).
Menurut Said Hawwa, istilah hadharah adalah suatu istilah peradaban ataupun kemajuan manusia yang berupaya menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan kemjuan sosiobudaya.
Kesimpulan: Istilah yang digunakan oleh Said Hawwa adalah sama dengan istilah tamadun oleh Syirazi.
Thaqafah Yang Sesuai dengan Pembangunan
Thaqafah / sosiobudaya harus berteraskan agama, moral dan akhlak mulia kerana ia sesuai untuk memacu kemajuan.
Pengamalan agama yang benar mampu melahirkan masyarakat yang berbudaya.
Agama yang berteraskan dongeng dan kepercayaan tahyul melahirkan masyarkat yang mundur.
Amalan mempercayai alam tabii seperti matahari, bulan, bintang, tumbuh-tumbuhan sebagai Tuhan.
Selain itu, sembahan berhala semasa zaman Arab Jahiliyah.
Adapun menjadikan manusia sebagai sembahan seperti pada zaman Firaun.
Kesannya, masyarakat semakin mundur seperti tatkala Firaun meninggal, masyarakat ketika itu seperti tiada tempat pergantungan kerana 'Tuhan' mereka sudah tiada.
Thaqafah yang sesuai dengan pembangunan sesuatu tamadun hams berpaksi kepada kepercayaan agama kerana ianya boleh membangunkan potensi diri manusia.
Ajaran agama menekankan tentang nilai-nilai akhlak seperti berlaku adil, berbuat baik, beribadat, tidak berzina,
mencuri dan sebagainya. Jika masyarakat tidak dapat menghayati nilai-nilai ini maka, runtuhlah suatu tamadun kerana tidak dapat menyeimbangkan kedua-dua aspek pembangunan dengan nilai murni
Asas-asas Pembangunan Sosiobudaya
BAHASA
mempunyai kepentingan dalam menguasai masyarakat yang lain jika memiliki bahasa yang maju dan berkait dengan ilmu pengetahuan
Masyarakat lebih mudah menyerap dan menyampaikan pelbagai ilmu pada kalangan manusia yang lain menyebabkan mereka mudah diterima.
AGAMA
agama yang betul dapat menunjukkan masyarakat lebih maju kerana ia memberi garis panduan yang baik dalam membentuk akhlak
terdapat juga agama yang mundur kerana mempercayai tahyul, menyembah batu dan alam tabii sehingga penganutnya menjadi sengsara untuk hidup sempurna sebagai manusia menyebabkan masyarakat terpaksa menolak ajaran agama tersebut
NILAI DAN ADAT RESAM
sesuatu yang dimiliki oleh masyarakat dan disukai mereka sama ada dipupuk dari ajaran agama mahupun adat resam turun temurun dari nenek-moyang yang berbeza dengan budaya lain
Kemajuan Material dan Hubungannyan dengan Tamadun Manusia
Kemajuan kebendaan adalah penting bagi kekuatan dan ketinggian sesuatu bangsa. Umpamaannya, bangsa yang berteknologi tinggi boleh menguasai bangsa yang mundur untuk menggunakan dan menyerapkan bahasa, budaya dan pemikiran mereka
Sejarah Nabi Sulaiman a.s. mencerminkan sikap al-Quran ketika menyeru umat Islam agar menjadi kuat dan tegal dalam aspek teknologi. Umpamaannya, kisah mahligai puteri Balqis, pemimpin
Hari ini bangsa yang ketinggalan kemajuan kebendaan hidupbangsat, dibuli dan diperhamba oleh bangsa yang maju
Bangsa yang maju ini sebaliknya juga menguasai, memerintah dan berinteraksi dengan bangsa yang mundur dalam bahasa fizikal penuh tipudaya memekik penuh bangga dan mendabik dada mendakwa mereka penentu arah orang lain dan hanya cara gaya mereka adalah yang paling baik.
Tidak hairan apabila bangsa yang maju aspek kebendaannya ini mengatakan sambil mengejek bahawa berlaku kemunduran adalah kerana mereka berpegang dengan sistem agama mereka
Asas-asas Pembangunan Kebendaan
Bentuk Pemerintahan
Masyarakat dianggap bertamadun apabila wujudnya sistem pemerintahan yang tersusun.
Kerajaan Ad, Sumeria; Pada zaman neolitik (3500 SM) memulakan sistem pemerintahan yg tersusun rapi di bandar-bandar. Pemerintahan tersebut menjurus kepada projek pengairan yg besar 7 akhirnya cukai dpt dipungut dan digunakan oleh pemerintah. Apabila bertambah kekayaan, maka berlaku pertambahan penduduk.
Kerajaan Bandar Ur (25 000 orang); Terdapat kota mengelilingi bandar, tempat bersembahyang (ziggurat) & kawasan penyimpanan bijirin makanan.
Kerajaan Islam, Madinah; Dengan kecekapaan Nabi Muhammad SAW maka perkembangan kemajuan menjadi drastik. Seterusnya diteruskan oleh khulafa' ar-rasyidin & mampu mencapai kemakmuran dalam masa yang singkat.
Pembangunan Masyarakat Kota
Masyarakat yang dapat mewujudkan sebuah kota atau bandar adalah
suatu masyarakat yang bertamadun.
Masyarakat yang hidup di kota juga dikaitkan dengan kemudahan yang lebih baik berbanding penduduk yang hidup secara Sara diri.
Golongan Sara diri tidak mempunyai banyak masa untuk membina infrastruktur di bandar-bandar kerana banyak memikirkan tentang diri sendiri
Tamadun Barat boleh dijadikan contoh. Kejatuhan dominasi gereja Kristian membawa masyarakat Barat menganuti faham sekular.
Fahaman ini pula mewujudkan golongangolongan kapitalis yang mempengaruhi sistem politik dan
pemerintahan. Penguasaan golongan tersebut membawa kepada pembinaan struktur bandar bercorak 'boraque' yg mengandungi jalan raya berstruktur lebar & panjang.
Kemakmuran bandar-bandar akhirnya mendorong golongan kapitalis dan pemimpin barat utk membuka cawangan2 perniagaan baru luar dari negara mereka.
Masyarakat Menjadi Pengeluar Barangan (Toolmaker)
Masyarakat yg berusaha menghasilkan barangan tempatan dlm pelbagai sektor dianggap maju & bertamadun.
Kejayaan barangan mesti bertepatan dngn kehendak pasaran semasa & pengeluar harus kreatif inovatif dlm menghasilkan brngn-brngn baru.
Kerajaan Islam; Orang Islam menghasilkan barangan bermutu tinggi dan mereka terkenal serta tiada tandingannya. Barangan mereka dieksport ke Eropah melalui Andalus (jam berkualiti tinggi).
Dengan terbina bandar-bandar industri
maka pelbagai teknologi direka cipta dan ini akhirnya menambah lagi sumber-sumber pengeluaran negara dan pekerjaan baru.
Mempunyai Pembahagian Tugas Dalam Kerjaya & Taraf Kerjaya Yang Berbeza-beza
Terdapat penduduk yang bekerja dalam sektor pertanian dan mengkhusus dalam bidang
tersebut.
Sebaliknya penduduk yang lain pula melibatkan diri dalam sektor-sektor yang lain sehigga akhirnya setiap penduduk mempunyai kerjaya khusus masing-masing.
Bangunan Unik dan Berseni
Bangunan melambangkan keunggulan sesuatu tamadun masyarakat.
Contohnya, pembinaan Piramid mewakili tamadun Mesir. Pembinaan Tembok Besar China mewakili Kerajaan Tua China manakala pembinaan Taman Tergantung mewakili Kerajaan Babylon.
Bukti peninggalan kuil-kuil lama, bangunan-bangunan istana dan bangunan-bangunan di kota-kota adalah gambaran penting tentang keagungan dan kebesaran sesuatu tamadun itu.
Pakaian
Keupayaan menghasilkan pakaian menunjukkan ketamadunan suatu masyarakat. Golongan yang mampu mengubah suai bulu-bulu binatang kepada pakaian berkualiti adalah lebih baik berbanding masyarakat yang menggunakannya secara mentah. Hasil pakaian yang berkualiti kemudian dijual kepada masyarakat yang kurang bertamadun
Pakaian-pakaian dari tamadun lain mampu mempengaruhi tamadun lain. Sebagai contoh, Mustafa Kamal Atartuk menggantikan topi tradisional dengan topi Barat kerana mengagumi pakaian dan kemajuan Barat ketika itu.
Tamadun yang mendominasi akan memberi pengaruh kepada tamadun-tamadun lain.
Masyarakat Barat mengikuti cara pemakaian tamadun Islam. Orang-orang Jepun mengimport budaya dan pakaian orang-orang China dan sebagainya sehingga satu tempoh budaya ini tidak dilakukan.
Menurut Ibn Khaldun, kebiasaannya bangsa yang ditakluk akan meniru bangsa yang menang dalam sesuatu perkara. Hal yang demikian adalah benar kerana dengan mengikut orang yang lebih hebat dan sempurna akan memberi keyakinan kepada seseorang bahawa perbuatannya tepat. Ini dikenali sebagai peniruan terhadap bangsa yang lebih bertamadun.
Ciri-Ciri Yang Membangunkan Sesuatu Tamadun
Menebus guna sumber-sumber alum secara optimum
dapat menentukan masa depan kemajuan mereka
Kesungguhan dan kegigihan bekerja adalah didasari oleh kefahaman terhadap kepentingan untuk memaksimumkan pengeluaran
Bangsa Jepun yang berjaya memecah monopoli Barat dalam
bidang ekonomi adalah bangsa yang gigih bekerja
Memanfaatkan waktu sepenuhnya
menjadikan seluruh kehidupan mereka melakukan perkara-perkara bermanfaat, maka bangsa itu memenuhi sebahagian daripada syarat untuk maju
Terdapat pakar-pakar dalam pelbagai bidang
Sebuah bangsa yang ingin maju harus berupaya melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang.
Apabila mereka berjaya melahirkan pakar-pakar bidang, maka mereka dengan mudah menguasai bangsa yang jahil, mundur
dan yang mengharapkan bantuan mereka.
Terdapat sistem dun perancangan yang mapan dan berwawasan
Kejayaan sesuatu tamadun bergantung juga kepada sistem pengurusan dan sistem hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat itu. Sistem pengurusan yang.baik, terkini dan bersifat produktif.
Sistem yang mapan dan berwawasan tersebut
semestinya berasaskan ideologi keagamaan ataupun sistem hidup masyarakat yang boleh membuktikan kejayaan mereka
Sistem.perancangan yang baik berhubung kait dengan kestabilan politik negara
Perancangan yang disusun dalam sesuatu negara itu mesti berasaskan kepada konsep keadilan, menegakkan keadilan dan berteraskan syura