Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep tamadun dan ciri-ciri ke arah ketamadunanannya, Apabila terdapat…
-
Apabila terdapat bangsa yang menjadikan seluruh kehidupan mereka ditumpahkan untuk melakukan perkara-perkara bermanfaat, maka bangsa itu memenuhi sebahagian daripada syarat untuk maju. Masa adalah penting. Kata pepatah Arab: Masa itu umpama pedang, apabila kamu tidak menggunakannya untuk memotong, dia akan memotong kamu.
Bangsa yang berjaya melahirkan pakarpakar dalam pelbagai bidang dengan sendirinya menjadi bangsa yang
prihatin tentang ilmu. Mereka berjaya melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu dan sanggup berkorban untuk ilmu. Apabila ini terjadi,
maka mereka dengan mudah menguasai bangsa yang jahil, mundur dan yang mengharapkan bantuan mereka.
ilmu dalam Islam meliputi segala ilmu yang dapat membangun masyarakat
dan diperlukan oleh masyarakat sama ada ilmu pengurusan pertanian, ilmu peralatan tentera, ilmu pengurusan perbandaran, ilmu pengurusan petroleum dan ribuan ilmu-ilmu yang lainnya.
Sistem pengurusan yang baik terkini dan bersifat produktif boleh membantu membangunkan tamadun dengan cepat. Misalannya, Apabila Barat
dijadikan contoh, maka sistem pengurusan yang diterapkan merupakan sistem pengurusan pragmatis yang berubah-ubah mengikut suasana. Sistem yang mapan dan benvawasan tersebut semestinya berasaskan ideologi keagamaan ataupun sistem hidup masyarakat yang boleh membuktikan kejayaan mereka.
Sesuatu bangsa yang dapat memaksimumkan penggunaan sumber sumber alam untuk tujuan kemajuan ekonomi dan sosial dapat menentukan masa depan kemajuan mereka. Apabila sesuatu bangsa itu daripadapelbagai peringkat kepimpinan sama ada daripadapemimpin negara hingga kepada petani di ceruk-ceruk desa berusaha memaksimumkan penggunaan sumber-sumber alam maka mereka boleh maju.
Kesungguhan dan kegigihan bekerja adalah didasari oleh kefahaman terhadap kepentingan untuk memaksimumkan pengeluaran.