Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP TAMADUN DAN CIRI-CIRI KE ARAH PEMBANGUNANNYA - Coggle Diagram
KONSEP TAMADUN DAN CIRI-CIRI KE
ARAH PEMBANGUNANNYA
ASAS PEMBANGUNAN KEBENDAAN
Wujud bentuk pemerintahan yang mewakili golongan pemimpin dan rakyat
Masyarakat yang bertamadun mempunyai pemerintahan yang tersusun.Semakin tersusun dan teratur kedudukan sistem pemerintahan sesuatu kerajaan maka semakin baik pembangunan negara itu.Sebagai contoh, kecekapan Nabi Muhammad menguruskan pemerintahan menyebabkan Nabi dapat membangunkan Kota Madinah dalam masa yang singkat.
Terdapat Pembangunan Masyarakat Kota
Masyarakat yang hidup di kota juga dikaitkan dengan kemudahan yang lebih baik berbanding penduduk yang hidup secara Sara diri. Semakin besar kota dan canggih pembangunan infrastruktur maka penduduknya semakin berpotensi untuk membangunkan tamadun mereka dengan lebih baik
Masyarakat Menjadi Pengeluar Barangan (Toolmaker)
Sesuatu masyarakat yang berusaha menghasilkan barangan tempatan dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian, perikanan dan galian akan maju dan bertamadun. Kemajuan yang mereka capai bergantung kepada jenis alatan yang mereka hasilkan. Hasil itu juga bergantung kepada sama ada ia mampu bersaing di pasaran ataupun tidak. Kejayaan barangan yang dikeluarkan juga mestilah selari dengan kehendak, pasaran semasa di samping pengeluar sentiasa kreatif dan inovatif dalam menghasilkan barangan-barangan baru
Mempunyai Pembahagian Tugas dalam Kerjaya dan Taraf Kerjaya yang Berbeza-beza
Pekerjaan sesuatu masyarakat secara khusus menyebabkan mereka boleh menumpukan perhatian terhadap kerja. Terdapat penduduk yang bekerja dalam sektor pertanian dan mengkhusus dalam bidang tersebut. Sebaliknya penduduk yang lain pula melibatkan diri dalam sektor-sektor yang lain sehingga akhirnya setiap penduduk mempunyai kerjaya khusus masing-masing. Ini bermakna penduduk yang bertamadun memfokuskan kerjaya mereka.
Membina Bangunan Unik dun Berseni
Bangunan yang dibina turut melambangkan keunggulan sesuatu tamadun masyarakat itu. Bangunan yang tinggi dan hebat menunjukkan masyarakat itu memiliki kepakaran dalam aspek seni bina. Oleh sebab itu, tamadun yang besar seperti tamadun Greek, tamadun Mesir, tamadun China dan tamadun India memiliki keunggulan bangunan tertentu yang menjadi kemegahan bagi tamadun mereka.
Pakaian
Takrifan pakaian di sini ialah pada sudut bentuk dan kehebatan menghasilkan pakaian itu. Kelompok yang tidak bertamadun tidak mempunyai keupayaan menghasilkan jenis pakaian yang bermutu tinggi. golongan yang bertamadun mencipta dan mengubah pakaian daripada bulu-bulu binatang ataupun pelbagai bahan pakaian secara berkualiti seterusnya menjualkannya kepada masyarakat yang kurang bertamadun.
CIRI-CIRI YANG MEMBANGUNKAN SESUATU TAMADUN
1. Menebus guna sumber-sumber alam secara optimum
Sesuatu bangsa yang dapat memaksimumkan penggunaan sumber-sumber alam untuk tujuan kemajuan ekonomi dan sosial dapat menentukan masa depan kemajuan mereka.
Semua kerja-kerja meliputi menggali sumber bumi, memakmurkan hasil pertanian ataupun merancang strategi perindustrian memerlukan peralatan yang sesuai di samping usaha yang gigih.
Kesungguhan dan kegigihan bekerja adalah didasari oleh kefahaman terhadap kepentingan untuk memaksimumkan pengeluaran.
Contoh : Bangsa Jepun yang berjaya memecah monopoli Barat dalam bidang ekonomi adalah bangsa yang gigih bekerja.
3. Terdapat pakar-pakar dalam pelbagai bidang
Bangsa yang berjaya melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dengan sendirinya menjadi bangsa yang prihatin tentang ilmu.
Islam suatu agama yang mementingkan ilmu.
Contoh : Rujuk kepada kitab fiqh Islam seperti Hasyiah Ibn 'Abidin umpamaannya, terdapat pengelasan ilmu yang cukup nyata, meliputi ilmu fardhu 'ain, ilmu fardhu kifayah, ilmu wajib fardhu kifayat dan ilmu-ilmu yang digalakkan untuk dipelajari.
Ilmu dalam Islam meliputi segala ilmu yang dapat membangunkan masyarakat dan diperlukan oleh masyarakat sama ada ilmu pengurusan pertanian, ilmu peralatan tentera, ilmu pengurusan perbandaran, ilmu pengurusan petroleum dan ribuan ilmu-ilmu yang lainnya.
2. Memanfaatkan waktu sepenuhnya
Masa adalah penting.
Kata pepatah Arab : Masa itu umpama pedang, apabila kamu tidak menggunakannya untuk memotong, dia akan memotong kamu.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang mengingatkan umat Islam agar memanfaatkan masa mereka sebaiknya.
4. Terdapat sistem dan perancangan yang mapan dan berwawasan
Sistem pengurusan yang baik, terkini dan bersifat produktif boleh membantu membangunkan tamadun dengan cepat.
Misalnya : Apabila Barat dijadikan contoh, maka sistem pengurusan yang diterapkan merupakan sistem pengurusan pragmatis yang berubah-ubah mengikut suasana.
Sistem perancangan yang baik berhubung kait dengan kestabilan politik negara.
Perancangan yang disusun dalam sesuatu negara itu mesti berasaskan kepada konsep keadilan.
ASAS PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
BAHASA
Bahasa yang baik dan sentiasa dipertingkatkan kedudukannya
dapat memajukan masyarakat
Masyarakat
yang memiliki bahasa yang maju dapat menguasai masyarakat lain.
Kemajuan bahasa dan
kemajuan ilmu pengetahuan saling kait-mengait
AGAMA
Agama memberikan panduan yang baik dan buruk dan panduan untuk membentuk akhlak sesuatu masyarakat
Agama yang betul menyebabkan masyarakat itu lebih maju dan bertamadun tinggi
Menghormati rasional akal dan ilmu
NILAI DAN ADAT RESAM
Nilai dalam masyarakat bermaksud sesuatu yang
dipunyai oleh masyarakat tersebut dan mereka menyukainya
Nilai yang baik merupakan aspek yang diperlukan dalam sesebuah masyarakat bagi mencapai kemajuan
Nilai orang-orang yang
bertamadun lebih mulia terutama berupa nilai-nilai umum dan sejagat
DEFINISI
Tamadun
adalah suatu istilah yang membincangkan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan.
sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan perindustrian dan pembangunan ekonomi sesuatu negara.
Hadharah
adalah istilah berkaitan pembangunan peradaban dan kehebatan sesuatu bangsa ataupun masyarakat.
Menurut
Said Hawwa
: hadharah adalah suatu istilah peradaban ataupun kemajuan manusia yang berupaya menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan kemajuan sosiobudaya.
Madaniyah
menjurus kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata
Thaqafah
pula lebih merujuk kepada pencapaian umat manusia dalam aspek sosiobudaya.
KEMAJUAN MATERIAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAMADUN MANUSIA
Kemajuan kebendaan adalah penting bagi kekuatan dan ketinggian sesuatu bangsa
kisah mahligai puteri Balqis, pemimpin kerajaan Saba' yang besar ketika itu dialihkan ke negeri Nabi Sulaiman as. pada ketika puteri Balqis sedang mengunjungi negeri Nabi Sulaiman as. itu. KehebatanNabi Sulaiman as. memberi ruang kepadanya untuk menguasai negeri Saba' dan akhirnya dapat memaksa puteri Balkhis untuk tunduk ke bawah kekuasaan Nabi Sulaiman as.
Bangsa yang maju ini sebaliknya juga menguasai, memerintah dan berinteraksi dengan bangsa yang mundur dalam bahasa fizikal penuh tipudaya, memekik penuh bangga dan mendabik dada
bangsa yang berteknologi tinggi boleh menguasai bangsa yang mundur untuk menggunakan dan menyerapkan bahasa, budaya dan pemikiran mereka.
THAFAQAH YANG SESUAI DENGAN PEMBANGUNAN*
Berteraskan kepada :
Agama
Ibadat
Moral
Akhlak mulia
Berpaksikan kepada kepercayaan kepada Tuhan dan mengamalkan kepercayaan itu melahirkan masyarakat yang berbudaya mengikut anutan kepercayaan itu.
Thafaqah masyarakat yang tidak bersandarkan kepada kepercayaan agama membawa keruntuhan nilai-nilai akhlak masyarakat.