Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN TEORI PEMBELAJARAN…
PERBEZAAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI BEHAVIORIS
Tokoh : Pavlov, Watson, Thorndike, Skinner
Pavlov
Model Pelaziman Klasik Pavlov (Anjing, air liur, loceng)
Generalisasi
- Rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contoh: Pelajar menyamakan konsep peneguhan dan dendaan.
Diskriminasi
- Tindak balas terhasil terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Contoh: Dalam kajian Pavlov, anjing hanya bertindak balas terhadap bunyi loceng sahaja dan tidak pada bunyi lain.
Penghapusan
- Rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Contoh: Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan rangsangan tidak terlazim (daging). Lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur dan akhirnya, tindak balas akan terhapus.
Rangsangan Tak Terlazim
- Makanan
Rangsangan Terlazim
- Bunyi loceng
Gerak Balas Tak Terlazim
- Air liur
Watson
Prinsip Kekerapan
- Semakin kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu berlaku, semakin besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa hadapan.
Prinsip Tempoh Kebaruan
: - Semakin tempoh lebih baru kita gunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan menghasilkan gerak balas serupa terhadap rangsangan tersebut.
Thorndike
Hukum Kesediaan
- Kesediaan pelajar untuk menerima proses pembelajaran dari segi psikomotor, afektif & kognitif
Hukum Latihan
- Latihan pengulangan untuk meningkatkan tahap kemahiran
Hukum Kesan
- Kesan yang positif & menyeronokkan akan memperkuatkan lagi hubungan antara stimulus & respon
Skinner
Peneguhan
Peneguhan positif - Ganjaran diberikan agar perbuatan tersebut diulangi
Peneguhan negatif - Rangsangan negatif diberikan agar perbuatan yang lama diulangi
Dendaan - Proses untuk mengelakkan pengulangan tingkah laku yang tidak diingini
Pelupusan - Perlakuan yang tidak diberikan peneguhan akan lupus secara sendiri
Prinsip Premack - Kaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati
Pembelajaran merupakan satu
proses pelaziman
, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal
.
Pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya
tindak balas
terhadap suatu
rangsangan
yang diberi
Tindak balas akan berterusan dengan adanya
motivasi
TEORI SOSIAL
Pembelajaran berlaku dengan
memerhatikan perlakuan
orang lain ataupun menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.
Unsur utama dalam teori pembelajaran sosial
-Individu (motivasi dalaman)
-Persekitaran (rangsangan luaran)
-Tingkah laku ( gerak balas)
Tokoh : Albert Bandura
Teori Pemodelan
1. Perhatian/tumpuan
- Individu akan memerhatikan tingkah laku orang lain/model untuk mempelajarinya
2. Penyimpanan/mengingat
- Tingkah laku model tadi akan disimpan dalam ingatan individu
3. Penghasilan semula/reproduksi
- Individu dapat melakukan semula tingkah laku model yang diingatinya/dipelajarinya
4. Peneguhan/motivasi
- Sekiranya penghasilan semula tingkah laku tadi mendapat peneguhan/reaksi positif daripada orang lain, berkemungkinan individu tersebut akan mengulangi tingkah laku tadi
Kajian menggunakan anak patung
- Kanak-kanak mengulangi perbuatan orang dewasa yang memukul anak patung bernama Bobo
Rujukan :
1) Laila Zakia, Bandingbeza Teori Pembelajaran Behaviouris dengan Teori Pembelajaran Kognitif.
https://www.academia.edu/4575873/Bandingbeza_Teori_Pembelajaran_Behaviouris_dengan_Teori_Pembelajaran_Kognitif
2) Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bin Bahari, Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko .
http://eprints.utm.my/id/eprint/10403/
3) Umam Khoirul, Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura Binti Masluhah.
https://www.academia.edu/17344438/TEORI_PEMBELAJARAN_SOSIAL_ALBERT_BANDURA_BINTI_MASLUHAH