Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5.2 KOS PENGELUARAN - Coggle Diagram
5.2 KOS PENGELUARAN
5.2.1 Konsep Kos Pengeluaran
Konsep Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran ialah perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pengeluar untuk memperoleh faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Kos Eksplisit (kos nyata)
Kos eksplisit ialah perbelajaan firma yang
melibatkan pembayaran dalam bentuk wang
untuk memperoleh f
aktor pengeluaran bukan milik firma
dalam proses pengeluaran
Diambil kira untuk menghitung untung perakaunan
Untung perakaunan= Jumlah hasil - Jumlah kos eksplisit (Kos Perakaunan)
Kos Implisit (kos tersembunyi)
Kos implisit ialah kos lepas yang ditanggung oleh firma apabila firma
menggunakan input pengeluaran milik sendiri
dalam proses pengeluaran
tanpa membuat sebarang pembayaran dalam bentuk wang
Diambil kira untuk menghitung untung ekonomi
Untung ekonomi= Kos eksplisit + kos implisit
5.2.2 Kos Pengeluaran Jangka Pendek
Kos Tetap, Kos Berubah dan Jumlah Kos
Kos Tetap ( FC - fixed cost)
Kos tetap ialah perbelanjaan firma ke atas input tetap yang digunakan dalam proses pengeluaran
Jumlah kos tetap
tidak berubah
dan
tidak bergantung pada tingkat keluaran
. Firma tetap
perlu menanggung
kos tetap walaupun
tingkat keluaran adalah sifar
Kos Berubah (VC - variable cost)
Jumlah kos berubah secara langsung dengan tingkat keluaran iaitu semakin tinggi tingkat keluaran, semkain tinggi kos berubah firma
Firma tidak perlu menanggung sebarang kos berubah apabila tingkat keluaran adalah sifar
Jumlah Kos (TC - total cost)
Jumlah kos ialah semua kos yang perlu ditanggung oleh pengeluar untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Dalam jangka pendek, jumlah kos ialah hasil tambah kos tetap dan kos berubah
Jumlah kos = Kos Tetap + Kos Berubah
Kos Tetap Purata, Kos Berubah Purata dan Kos Purata
Kos Tetap Purata (AFC - average fixed cost)
Kos tetap purata ialah kos tetap bagi setiap unit output
Kos tetap purata (AFC)= Jumlah Kos Tetap / Jumlah Output = TFC / Q
Kos Berubah Purata (AVC - average variable cost)
Kos berubah purata ialah kos berubah bagi setiap unit output
Kos berubah purata (AVC) = Jumlah Kos Berubah / Jumlah Output = TFC / Q
Kos Purata (AC - average cost)
Kos purata ialah kos bagi setiap unit output
Kos purata (AC) = Jumlah Kos / Jumlah Output = TF / Q
AC = AFC + AVC
Kos Sut (MC - marginal cost)
Kos sut ialah
perubahan dalam jumlah kos
kesan daripada
tambahan satu unit output
Kos sut (MC) = Perubahan Jumlah Kos / Perubahan Output
5.2.3 Kos Pengeluaran Jangka Panjang
Kos Pengeluaran Jangka Panjang
Keluk kos purata jangka panjang
(LAC) ialah keluk yang menunjukkan
kos purata minimum
yang mungkin dicapai oleh firma
pada setiap tingkat output
apabila firma mengubahsuaikan output mengikut kehendak pasaran dalam jangka panjang
Firma dapat merancang dan memilih saiz loji yang dapat meminimumkan kos pengeluaran. oleh yang demikian, jangka panjang juga dikenali sebagai jangka masa perancangan
Saiz loji pengeluaran firma digambarkan oleh keluk-keluk kos purata. Perubahan skala pengeluaran mewujudkan satu siri keluk kos purata jangka pendek (SAC)