Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 5 TEORI PENGELUARAN DAN KOS - Coggle Diagram
BAB 5 TEORI PENGELUARAN DAN KOS
5.1 TEORI PENGELUARAN
Pengeluaran ialah proses menukarkan input kepada output yang memenuhi keperluan masyarakat.
FIRMA ialah unit ekonomi yang menggunakan pelbagai faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
LOJI dalam unit pengeluaran merangkumi segala peralatan fizikal yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
INDUSRTI ialah sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang sama atau hampir sama
A. MAKSUD LOJI,FIRMA,INDUSTRI DAN JANGKA MASA PENGELUARAN
JANGKA MASA PENGELUARAN merujuk kepada masa yang diperlukan oleh firma untuk menukarkan input kepada output
JANGKA MASA PENDEK ialah suatu jangka masa di mana firma tidak sempat menyelaraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran kerana terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap
JANGKA MASA PANJANG ialah suatu jangka masa di mana firma sempat mengubah semua input pengeluaran yang diperlukan untuk menyelaraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran.
B. FUNGSI PENGELUARAN SATU INPUT BERUBAH
FUNGSI PENGELUARAN ialah persamaan yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi input pada satu tingkat teknologi tertentu.
INPUT TETAP ialah input yang tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat keluaran dalam suatu jangka masa pengeluaran.
INPUT BERUBAH ialah input yang boleh ditambah atau dikurangkan selaras dengan tingkat keluaran dalam suatu jangka masa pengeluaran.
JUMLAH KELUARAN (TP)
KELUARAN PURATA (AP) jumlah keluaran/jumlah input berubah
KELUARAN SUT (MP) perubahan jumlah keluaran/perubahan input berubah
5.2 KOS PENGELUARAN
KOS PENGELUARAN ialah perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pengeluar untuk memperoleh faktor pengeluaran seperti tanah,buruh,modal dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
KOS EKSPLISIT (Kos Nyata ) ialah perbelanjaan firma yang melibatkan pembayaran dalam bentuk wang untuk memperoleh faktor pengeluaran bukan milik firma dalam proses pengeluaran.
KOS IMPLISIT(Kos Tersembunyi) ialah kos lepas yang ditanggung oleh firma apabila firma menggunakan input pengeluaran milik sendiri dalam proses pengeluaran tanpa membuat sebarang pembayaran dalam bentuk wang
A. KOS TETAP, KOS BERUBAH DAN JUMLAH KOS
KOS TETAP ialah perbelanjaan firma ke atas input tetap yang digunakan dalam proses pengeluaran
KOS BERUBAH ialah perbelanjaan firma atas input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran
JUMLAH KOS=KOS TETAP + KOS BERUBAH
TC=TFC + TVC
B. KOS TETAP PURATA, KOS BERUBAH PURATA DAN KOS PURATA
KOS TETAP PURATA (AFC)=JUMLAH KOS TETAP(TFC)/JUMLAH OUTPUT(Q)
KOS BERUBAH PURATA (AVC)=JUMLAH KOS BERUBAH (TFC)/JUMLAH OUTPUT (Q)
KOS PURATA (AC)=JUMLAH KOS (TF)/JUMLAH OUTPUT(Q)
C. KOS SUT (MC) = PERUBAHAN JUMLAH KOS/PERUBAHAN OUTPUT
5.3 EKONOMI BIDANGAN
A. TAKRIF EKONOMI BIDANGAN DALAMAN DAN TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
EKONOMI BIDANGAN DALAMAN ialah peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata firma apabila firma itu mengembangkan operasi secara besar-besaran
TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN ialah kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada kenaikan kos purata firma apabila firma itu mengembangkan operasi secara besar-besaran
B. PENENTU EKONOMI BIDANGAN
EKONOMI PENGKHUSUSAN
EKONOMI PENGURUSAN
EKONOMI KEWANGAN
EKONOMI PEMASARAN
EKONOMI TEKNIKAL
EKONOMI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
C. PENENTU TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
TAK EKONOMI PENGKHUSUSAN
TAK EKONOMI PENGURUSAN
TAK EKONOMI KEWANGAN
TAK EKONOMI PEMASARAN
TAK EKONOMI TEKNIKAL
5.3.2 EKONOMI BIDANGAN LUARAN
A. TAKRIF EKONOMI BIDANGAN LUARAN DAN TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN
EKONOMI BIDANGAN LUARAN ialah peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata firma apabila industri itu secara keseluruhan berkembang.
TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN ialah kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada kenaikan kos purata firma apabila industri itu berkembangan secara keseluruhan
B. PENENTU EKONOMI BIDANGAN LUARAN
EKONOMI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
EKONOMI PEMUSATAN
EKONOMI BEKALAN BURUH
EKONOMI TEKNOLOGI MAKLUMAT
EKONOMI PENYELIDIKAN
EKONOMI INTEGRASI
C. PENENTU TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN
KEKURANGAN FAKTOR PENGELUARAN
MASALAH KESESAKAN
5.3.3 EKONOMI BIDANGAN DAN KOS PURATA JANGKA PANJANG
EKONOMI BIDANGAN DALAMAN menyebabkan kos purata semakin berkurang seperti yang digambarkan oleh bahagian keluk LAC yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
EKONOMI BIDANGAN LUARAN digambarkan oleh peralihan keluk LAC ke bawah apabila kos purata firma menurun kesan daripada pelbagai faedah perkembangan industri secara keseluruhan.
TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN menyebabkan kos purata semakin meningkat seperti yang digambarkan oleh bahagian keluk LAC yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan
TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN digambarkan oleh peralihan keluk LAC ke atas apabila kos purata firma meningkat kerana kesan negatif perkembangan industri secara keseluruhan.