BAB 5.1 : TEORI PENGELUARAN

Maksud Loji, Firma, Industri dan Jangka Masa Pengeluaran

Loji

Loji dalam unit pengeluaran merangkumi segala peralatan fizikal yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

Firma

Firma ialah unit ekonomi yang menggunakan pelbagai faktor pengeluaran yang dimiliki untuk mengeluarkan dan menjual barangan kepada para pengguna

Industri

Industri ialah sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang sama atau hampir sama

Jangka Masa Pengeluaran

Jangka masa pengeluaran merujuk kepada masa yang diperlukan oleh firma untuk menukarkan input kepada output

Jangka pendek ialah suatu jangka masa di mana firma tidak sempat menyelaraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran kerana terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap

Jangka panjang ialah suatu jangka masa di mana firma sempat mengubah semua input pengeluaran yang diperlukan untuk menyelaraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran

Fungsi Pengeluaran Satu Input Berubah

Fungsi pengeluaran ialah persamaan yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi input pada satu tingkat teknologi tertentu

Fungsi pengeluaran satu input berubah ialah persamaan yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pengeluar dengan mengubah satu input berubah sahaja sedangkan input-input lain adalah tetap pada satu tingkat teknologi tertentu

Input Tetap dan Input Berubah

Input tetap

Input tetap ialah input yang tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat keluaran dalam suatu jangka masa pengeluaran

Input berubah

Input berubah ialah input yang boleh ditambah atau dikurangkan selari dengan tingkat keluaran dalam suatu jangka masa pengeluaran

Jumlah Keluaran (TP, total product)

Jumlah keluaran ialah jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input

Keluaran Purata (AP, average product)

Keluaran purata ialah jumlah keluaran bagi setiap unit berubah

AP= (Jumlah Keluaran) / ( Jumlah Input Berubah)

Keluaran Sut (MP marginal product)

Keluaran sut ialah perubahan jumlah keluaran kesan daripada tambahan satu unit input berubah

MP= (Perubahan Jumlah Keluaran) / ( Perubahan
Input Berubah)

Hubungan antara Jumlah Keluaran dengan Keluaran Sut

Apabila jumlah keluaran bertambah dengan kadar yang bertambah keluaran sut semakin meningkat sehingga mencapai tahap maksimum

Apabila jumlah keluaran bertambah dengan kadar yang perlahan, keluaran sut semakin menurun

Apabila jumlah keluaran mencapai tahap maksimum, keluaran sut adalah sifar

Apabila jumlah keluaran semakin menurun, keluaran sut juga semakin menurun dan bernilai negatif

Hubungan antara Keluaran Purata dengan Keluaran Sut

Apabila keluaran purata semakin meningkat, keluaran sut sentiasa melebihi keluaran purata

Apabila keluaran purata mencapai tahap maksimum, keluaran sut adalah sama dengan keluaran purata

Hukum pulangan berkurang menyatakan bahawa apabila input berubah ditambahkan secara berterusan kepada sejumlah input tetap, jumlah keluaran pada mulanya bertambah dengan kadar meningkat kemudian selepas satu tingkat keluaran tertentu, jumlah keluaran akan bertambah dengan kadar yang semakin berkurangan

Pulangan sut...

bertambah

Apabila tambahan input berubah ke atas input tetap menyebabkan jumlah keluaran bertambah dengan kadar yang meningkat

berkurang

Apabila tambahan input berubah ke atas input tetap menyebabkan jumlah keluaran bertambah dengan kadar yang menurun

negatif

Apabila tambahan input berubah ke atas input tetap menyebabkan jumlah keluaran semakin menurun