Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI BEHAVIORISME - Coggle Diagram
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI BEHAVIORISME
Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis
1) Pelaziman klasik
menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui perkaitan antara rangsangan dengan tindak balas
Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.
contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.
Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu :
1) Generalisasi
Misalnya, setiap kali ujian kimia dijalankan pelajar akan berasa gementar dan rasa gementar ini juga turut wujud semasa ujian biologi diadakan kerana kedua-dua matapelajaran ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Generalisasi boleh berlaku dalam bilik darjah apabila para pelajar menghasilkan tindak balas yang sama.
2) Diskriminasi
Diskriminasi pula boleh berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain
Sebagai contoh, setiap kali guru yang segak bergaya dan kemas masuk ke kelas untuk mengajar biologi misalnya, maka secara tidak langsung rangsangan telah berlaku. Para pelajar akan tertarik untuk belajar. Apabila rangsangan berlaku, akan wujud tidak balas yang positif daripada pelajar. Setiap kali guru tersebut masuk ke kelas mengajar, para pelajar akan meminati subjek tersebut.
Namun sebaliknya jika guru yang mengajar biologi itu bukanlah guru yang segak bergaya atau kemas maka rangsangan tidak akan berlaku. Oleh itiu, setiap kali guru tersebut masuk ke kelas, para pelajar tidak akan minat untuk belajar biologi.
3) Penghapusan
Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja
Sebagai contoh, apabila guru tidak lagi memberikan pujian (rangsangan) kepada pelajar yang rajin di dalam kelas, maka lama kelamaan, sikap rajin tersebut akan hilang dan dihapuskan kerana tiadanya rangsangan.
2) Pelaziman operan
Perkataan ‘operan’ dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas
Pelaziman Operan Skinner ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu bertindak ke atas persekitarannya melalui pilihan
Teori ini dapat diaplikasikan dalam bilik darjah melalui tiga cara.
1) Seorang guru boleh melakukan
peneguhan positif
Sebagai contoh untuk peneguhan positif, apabila seorang pelajar mendapat markah peperiksaan tertinggi dalam kelas, guru memberikan penghargaan di khalayak ramai dengan memberikan pujian di hadapan rakan-rakanya dalam kelas
Guru juga boleh memberikan penghargaan secara kebendaan sebagai contoh hadiah berupa duit.
Hal ini secara tidak langsung memberikan motivasi kepada pelajar tersebut untuk mengulangi tingkah laku yang lebih rajin untuk belajar.
Hal ini jelas menunjukkan peneguhan positif perlu diberikan untuk menigkatkan tingkah laku positif.
Peneguhan negatif
peneguhan negatif pula boleh berlaku apabila guru memberikan rangsangan yang menyakitkan dan tidak selesa
Misalnya, apabila seorang pelajar tidak membuat latihan, guru mengambil tindakan dengan menahan pelajar tersebut untuk menyiapkan latihan tersebut sehingga selesai
Bayangkan sekiranya setiap hari dia ditahan untuk tempoh satu jam, tentunya pelajar tersebut akan merasakan terbeban dan tidak lagi seronok untuk melakukan tingkah laku tersebut.
Kesannya, pelajar tersebut akan sentiasa menyiapkan latihan tersebut.
Hukuman
Untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
Hukuman adalah tindakan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Sebagai contoh, guru memberikan hukuman denda berbentuk kewangan dimana setiap kali pelajar bising di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran, hukuman denda 50 sen akan dikenakan ke atas pelajar yang bising
Oleh itu, untuk mengelakkan daripada membayar denda, maka tingkah laku bising yang negatif itu akan dikurangkan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
PENGENALAN TEORI BEHAVIORISME
Mereka berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia boleh diperhatikan, dikawal dan diramal
Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan pada tingkah lakunya.
Menurut teori ini, hal yang paling penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon.
Oleh sebab itu, apa sahaja yang diberikan guru (stimulus) dan apa yang dihasilkan oleh murid (respon) semuanya harus diamati dan diukur
Menurut ahli psikologi behaviorisme, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku seseorang hasil daripada pengalamannya. Segala pengalaman yang dilalui oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah lakunya pada masa akan datang.
Behaviorisme menekankan pada perubahan tingkah laku yang didasari oleh prinsip stimulus dan respon.