Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 5 ;
TEORI PENGELUARAN DAN KOS, TEORI PENGELUARAN, EKONOMI BIDANGAN,…
-
TEORI PENGELUARAN
-
Melibatkan komponen penting iaitu unit pengeluaran, input, output dan jangka masa
**LOJI :
- Unit pengeluaran yang merangkumi segala peralatan fizikal yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Contohnya ialah bangunan dan mesin**
**FIRMA ;
- Unit ekonomi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Contohnya ialah Proton dan KFC**
**INDUSTRI ;
- Sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang sama di pasaran
- Contohnya ialah industri kereta dan industri makanan segera**
**JANGKA MASA :
- Merujuk kepada tempoh yang diperlukan oleh firma untuk menukar input kepada output**
**JANGKA MASA PENDEK :
- Wujud input tetap dan input berubah
- Firma menanggung kos tetap dan kos berubah**
**JANGKA MASA PANJANG :
- Semua input adalah input berubah
- Firma hanya menanggung kos berubah sahaja**
INPUT PENGELUARAN
*INPUT TETAP :
- Input tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat keluaran
- Contohnya ialah kilang**
**INPUT BERUBAH :
- Input boleh ditambah mengikut tingkat keluaran
- Contohnya ialah buruh**
**FUNGSI PENGELUARAN SATU INPUT BERUBAH :
- Fungsi yang menunjukkan hubungan antara input dengan output Q = f (T,B)**
**ANDAIAN :
- Hanya wujud 1 input tetap dan 1 input berubah
- Buruh adalah homogen
- Tingkat teknologi adalah tetap**
**HUKUM PULANGAN BERKURANGAN
- Menerangkan apabila sejumlah input berubah ditambah secara berterusan ke atas input tetap sementara teknologi adalah tetap, pada peringkat awal tambahan jum keluaran meningkat selepas satu tingkat keluaran tertentu tambahan jum keluaran semakin berkurang dan akhirnya menjadi negatif
- Dibahagikan kepada pulangan sut bertambah, pulangan sut berkurang dan pulangan sut negatif**
**KELUARAN SUT (MP) :
- Perubahan jumlah keluaran apabila berlaku perubahan penggunaan satu input berubah ke atas input tetap
- MP = 🔼 TP / 🔼L**
**KELUARAN PURATA (AP) :
- Keluaran bagi satu unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran
- AP = TP/ L**
**JUMLAH KELUARAN (TP) :
- Jumlah keluaran yang dapat dihasilkan dengan menggunakan faktor pengeluaran pada suatu tingkat keluaran tertentu**
EKONOMI BIDANGAN
DEFINISIEKONOMI BIDANGAN
- Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang
TIDAK EKONOMI BIDANGAN
- Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang
EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
- Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila firma itu sendiri berkembang
- Faktor :
- Ekonomi pengkhususan
- Ekonomi pengurusan
- Ekonomi kewangan
- Ekonomi pemasaran
- Ekonomi teknikal
TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
- Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkataan kos purata (LAC) apabila firma itu sendiri berkembang
- Faktor :
- Tak Ekonomi pengkhususan
- Tak Ekonomi pengurusan
- Tak Ekonomi kewangan
- Tak Ekonomi pemasaran
- Tak Ekonomi teknikal
TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN
- Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos purata (LAC) apabila industri berkembang
- Faktor :
- Kekurangan faktor pengeluaran
- Kesesakan
- Menaikkan upah buruh
- Pencemaran
EKONOMI BIDANGAN LUARAN
- Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (AC) apabila industri berkembang
- Faktor :
- Ekonomi penempatan
- Ekonomi integrasi
- Ekonomi teknologi maklumat
- Ekonomi infrastruktur
TEORI KOS
**DEFINISI :
Kos pengeluaran ialah jumlah perbelanjaan yang dibayar oleh firma untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran**
KOS PENGELUARAN Kos eksplisit :
- Perbelanjaan / kos sebenar yang dibayar oleh firma kepada pemilik faktor pengeluaran
- Contohnya ialah upah pekerja, perbelanjaan ke atas bahan mentah
Kos implisit :
- Kos ke atas faktor-faktor pengeluaran milik firma itu sendiri yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
- Contohnya ialah gaji yang diterima sekiranya bekerja dengan orang lain
KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK :
Dalam jangka pendek wujud input tetap (kos tetap) dan input berubah (kos berubah)
KOS BERUBAH PURATA (AFC)
- Kos tetap seunit bagi satu keluaran
- AFC = FC / Q
KOS SUT (MC)
- Perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan satu unit keluaran
- MC = 🔼TC / 🔼Q
JUMLAH KOS (TC)
- Jumlah perbelanjaan / kos yang dibayar oleh firma ke atas input tetap dan input berubah
- TC = FC + VC
KOS BERUBAH PURATA (AVC)
- Kos berubah seunit bagi satu keluaran
- AVC = VC / Q
KOS BERUBAH (VC)
- Jumlah perbelanjaan / kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah
- Contohnya ialah upah buruh
- VC = TC - FC
KOS PURATA (AC)
- Kos seunit bagi satu keluaran
- AC = TC / Q
KOS TETAP (FC)
- Jumlah perbelanjaan / kos yang dibayar oleh firma ke atas input tetap
- Contohnya ialah sewa kilang
- FC = TC - VC
KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG
- Dalam jangka panjang semua input adalah input berubah (kos berubah). Oleh itu, firma boleh mengubahkan skil pengeluarannya menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil pengeluaran.
- Satu prinsip yang penting bagi firma ialah cuba mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling rendah bagi setiap tingkat keluaran
KOS PURATA JANGKA PENDEK (SAC) DAN KOS PURATA JANGKA PANJANG (LAC) https://3.bp.blogspot.com/-YPEj9zXdcSw/W2MdLi2za8I/AAAAAAAAAP8/N45Ttw79D2ACnXfde8czaWOPCHrdx-MXwCEwYBhgL/s1600/Keluk%2BSAC.png
- Diandaikan firma memiliki tiga loji iaitu SAC, SAC1 dan SAC2
- Pada output Q, firma akan mengunakan loji SAC pada kos purata iaitu aQ pada titik a.
- Pada output Q1, firma boleh memilih loji sama ada SAC atau SAC1. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC kerana kos purata lebih rendah iaitu cQ1 pada titik c berbanding SAC1 iaitu bQ1.
- Pada output Q2, firma akan mengunakan loji SAC1 pada kos purata iaitu dQ2 pada titik d.
- Pada output Q3, firma boleh memilih loji sama ada SAC1 atau SAC2 kerana kos purata adalah sama iaitu eQ3 pada titik e. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC2, sekiranya firma ingin menambahkan keluaran, kos purata akan menurun berbanding menggunakan SAC1 yg menyebabkan kos purata akan meningkat.
- Pada output Q4, firma akan mengunakan loji SAC2 pada kos purata iaitu fQ4 pada titik f.
-