Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 5 TEORI PENGELUARAN DAN KOS - Coggle Diagram
BAB 5 TEORI PENGELUARAN DAN KOS
TEORI PENGELUARAN
loji
Alat-alat fizikal yang digunakan dalam pengeluaran barang/perkhidmatan
Firma
Unit ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang/perkhidmatan.
Industri
sekumpulan firma yang mengeluarkan barang/perkhidmatan yang sama atau hampir sama
Jangka masa pengeluaran
Jangka pendek
firma tidak dapat menyesuaikan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran.
Jangka panjang
Dapat menyelaras tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran
Fungsi pengeluaran satu input berubah
Satu fungsi yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi satu input berubah dengan input tetap pada satu tingkat teknologi tertentu.
Input tetap dan input berubah
Input tetap
Input yang tidak dapat diubah dari segi kuantiti atau saiz dalam jangka pendek .
Input berubah
Input yang dapat diubah dari segi kuantiti atau saiz selaras dengan tingkat keluaran
Hubung kait jumlah keluaran , keluaran purata dan keluaran sut.
Pada mula-mulanya, semakin banyak buruh digunakan , TP semakin meningkat sehingga mencapai keluaran maksimum pada buruh ke 6.
Tambahan buruh seterusnya akan mengurangkan jumlah keluaran
Jumlah keluaran TP ( total product)
Jumlah output yang dihasilkan dengan menggunakan sejumlah input
Hukum Pulangan Berkurangan
Andaikan tingkat teknologi tidak berubah pertambahan unit input berubah secara berterusan ke atas input tetap akan menyebabkan :
-Pada mulanya TP bertambah dgn kadar bertambah
-kemudian TP akan bertambah dengan kadar yang berkurang dan
-akhirnya TP menjadi berkurang
3 Bentuk Hukum Pulangan Sut
-Pulangan Sut Bertambah
Pulangan Sut Berkurang
-Pulangan Sut Negatif
TEORI KOS PENGELUARAN
Definisi
Jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh firma untuk memperoleh input-input pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
Kos Lepas
Pilihan kedua terbaik yang dilepaskan bagi memperoleh pilihan terbaik.
Kos Implisit (tersembunyi)
Kos yang ditanggung oleh firma apabila firma menggunakan input pengeluaran milik sendiri dalam proses pengeluaran
Kos implisit = kos lepas.
Kos Eksplisit
perbelanjaan tunai sebenar yang dibayar oleh firma untuk membeli input-input pengeluaran
Pembayaran wang untuk penggunaan input dalam proses pegeluaran
Kos Sosial
Kos yang ditanggung oleh seluruh masyarakat akibat eksternaliti negatif yang wujud daripada aktiviti ekonomi firma
b Kos –kos pengeluaran jangka pendek
Kos tetap (FC)
Perbelanjaan atas input tetap
Tidak bergantung kepada tingkat keluaran
Tetap ditanggung walaupun output kosong
Contoh : sewa kilang
Kos berubah (VC)
Perbelanjaan atas input berubah
Berkadar langsung dengan tingkat keluaran
Tidak perlu ditanggung jika output kosong
Contoh : kos buruh
Jumlah kos TC = TFC + TVC.
Semua kos yang perlu ditanggung oleh pengeluar untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Kos tetap purata ialah kos tetap bagi setiap unit keluaran.
AFC = TFC / Q
AFC semakin menurun apabila output betambah.
Keluk AFC mencerun ke bawah dan
sentiasa bernilai positif
Kos berubah purata ialah
Kos berubah bagi setiap unit output.
AVC = TVC / Q
Kos pengeluaran jangka panjang
i. Konsep
Jangka panjang : firma mempunyai masa yang mencukupi utk mengubahkan kuantiti semua faktor pengeluaran yg digunakan selaras dengan perubahan pasaran.
Semua input adalah input berubah.
Firma hanya menanggung kos berubah, tiada kos tetap.Dalam jangka panjang firma dapat merancang dan menentukan saiz loji yang dapat meminimumkan kos .
Kos jangka panjang ialah kos pengeluaran paling minimum pada sesuatu tingkat output.
Oleh sebab semua input dapat diubah, jangka panjang juga dikenali sebagai jangka masa perancangan.
Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LRAC)
Perubahan skil pengeluaran firma menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek.
Setiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil pengeluaran .
Utk setiap tingkat keluaran , firma akan mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling rendah.
EKONOMI BIDANGAN
Ekonomi bidangan dalaman
Pelbagai faedah yg dinikmati firma itu apabila firma itu mengembangkan skala pengeluaran sehingga membawa kepada kejatuhan kos purata firma
PENENTU/FAKTOR
Ekonomi Pengkhususanpembahagian kerja & pengkhususan meningkatkan kecekapan pekerja & daya pengeluaran, maka AC semakin rendah apabila output bertambah
Ekonomi Pengurusan
perkembangan firma meningkatkan kecekapan pengurus, melicinkan pentadbiran serta pengeluaran. Bilangan pengurus sama untuk menjalankan kerja pentadbiran yg bertambah. Kos perunit pengurus berkurang.
Ekonomi Kewangan.
memperoleh pinjaman bank dgn kadar bunga rendah & tempoh yg lebih panjang. Memudahkan firma menambahkan modal bagi meningkatkan keluaran.
Ekonomi Pemasaran
Membeli bahan mentah secara pukal pada harga murah. Kos pengiklanan dapat dibiayai kerana AC semakin kurang
Ekonomi Teknikal.
Penggunaan mesin & peralatan secara optimum & tidak berlaku pembaziran. Firma mampu membeli mesin lebih canggih, jimat kos dan meningkatkan daya pengeluaran.
Tak Ekonomi Bidangan.
kemerosotan kecekapan firma yang menyebabkan kenaikan kos purata kesan daripada pembesaran skala pengeluaran firma itu sendiri atau perkembangan industri itu secara keseluruhan .
PENENTU/FAKTOR
Ekonomi Pengkhususan
pekerjaan berulang akan menjemukan pekerja, kepuasan kerja menurun & sumbangan mereka diabaikan seterusnya prestasi kerja merosot
Ekonomi Pemasaran
ketidakcekapan dalam penyelarasan antara jabatan dalam organisasi menyebabkan pemasaran terjejas
Ekonomi Pengurusan
pengurus tidak berupaya mengawal kakitangan yg terlalu ramai, beban kerja pentadbiran bertambah, kawalan semakin tidak cekap dan kualiti keluaran juga terjejas seterusnya kos pengeluaran naik.
Ekonomi Teknikal
Masalah kerosakan atau kehausan apabila mesin terus digunakan untuk mengeluarkan keluaran yang banyak. Perbelanjaan pembaikan atau pembelian mesin baru akan meningkatkan kos pengeluaran firma.
Ekonomi Bidang Luaran
Pelbagai faedah yg dinikmati firma itu apabila industri itu berkembangan secara keseluruhan sehingga membawa kepada kejatuhan kos purata firma.
PENENTU/FAKTOR
Pembangunan Tenaga Buruh
Pengembangan industri menyebabkan pembangunan tenaga buruh yang mahir di kawasan perindustrian
Perubahan Teknologi
Perubahan teknologi dalam industri menyebabkan perkembangan firma-firma dalam industri.
Kemajuan Infrastruktur
Pemusatan firma-firma di satu kawasan perindustrian memudahkan kerajaan membina infrastruktur yang memungkinkan firma-firma menikmati ekonomi bidangan luaran.
Bekalan Input Dan Modal
Pembangunan sesuatu industri membolehkan firma memperoleh bahan mentah dan barang modal pada kos yang murah
Maklumat Dan Perbandingan Perdagangan
Pengembangan industri memudahkan firma mendapat maklumat akibat dari sebaran am dan kemajuan dlm infrastruktue. Pameran perdagangan dapat diadakan pada AC yang rendah
Faktor yang menyebabkan tak ekonomi bidangan luaran
Kekurangan Faktor Pengeluaran
kekurangan bahan mentah, kesukaran pekerja mendapat tempat tinggal. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran di kawasan industri tersebut
Kos Sosial
masalah kesesakan, pencemaran alam sekitar dan masalah-masalah sosial akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
Ekonomi Bidangan dan Kos Purata Jangka Panjang
Ekonomi bidangan dalaman menyebabkan kos purata semakin berkurang, bahagian keluk LAC mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Ekonomi bidangan Luaran digambarkan oleh peralihan keluk LAC ke bawah apabila kos purata firma menurun kesan daripada pelbagai faedah perkembangan industri secara keseluruhan
Tak Ekonomi bidangan dalaman menyebabkan kos purata semakin meningkat, bahagian keluk LAC mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Tak Ekonomi bidangan luaran digambarkan oleh peralihan keluk LAC ke atas apabila kos purata firma meningkat kerana kesan negatif perkembangan industri secara keseluruhan