Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PENGELUARAN DAN KOS - Coggle Diagram
TEORI PENGELUARAN DAN KOS
5.1 TEORI PENGELUARAN
5.1.1 MAKSUD LOJI, FIRMA, INDUSTRI DAN JANGKA MASA PENGELUARAN
TAKRIF PENGELUARAN
Pengeluaran ialah proses menukarkan indput kepada output yang dapat memenuhi keperluan masyarakat.
LOJI
Loji dalam unit pengeluaran merangkumi segala peralatan fizikal yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
FIRMA
Firma ialah unit ekonomi yang menggunakan pelbagai faktor pengeluaran yang dimiliki untuk mengeluarkandan menjual barangan kepada para pengguna.
INDUSTRI
Industri ialah sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang sama atau hampir sama.
JANGKA MASA PENGELUARAN
Jangka masa pengeluaran merujuk kepada masa yang diperlukan oleh firma untuk menukarkan input kepada output
JANGKA PENDEK
Wujud input tetap dan input berubah
Firma menanggung kos tetap dan kos berubah
JANGKA PANJANG
Semua input adalah input berubah
Firma hanya menanggung kos berubah shj
5.1.2 FUNGSI PENGELUARAN SATU INPUT BERUBAH
TAKRIF FUNGSI PENGELUARAN
Fungsi pengeluaran ialah persamaan yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi input pada satu tingkat tertentu.
Fungsi yang menunjukkan hubungan antara input dengan output
Q = f (T,B)
Input Tetap dan Input Berubah
INPUT BERUBAH
Input boleh ditambah mengikut tingkat keluaran
INPUT TETAP
Input tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat keluaran
Jumlah Keluaran (TP, Total Product)
Jumlah keluaran yang dapat dihasilkan dengan menggunakan faktor pengeluaran pada suatu tingkat keluaran tertentu.
Keluaran Purata (AP, Average Product)
Keluaran bagi setiap unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran
AP = TP/L
Keluaran Sut (MP, Marginal Product)
Perubahan jumlah keluaran apabila berlaku perubahan penggunaan satu input berubah ke atas input tetap
MP = ∆TP/ ∆L
Hukum Pulangan Berkurangan
Menerangkan apabila sejumlah input berubah ditambah secara berterusan ke atas input tetap sementara teknologi adalah tetap, pada peringkat awal tambahan jum keluaran meningkat selepas satu tingkat keluaran tertentu tambahan jum keluaran semakin berkurang dan akhirnya menjadi negatif.
Dibahagikan kpd pulangan sut bertambah, pulangan sut berkurang dan pulangan sut negatif.
HUKUM PULANGAN BERKURANGAN
TAHAP PENGELUARAN
HUBUNGAN ANTARA AP DAN MP
5.2 TEORI KOS
5.2.1 KONSEP KOS PENGELUARAN
TAKRIF KOS PENGELUARAN
Kos pengeluaran ialah jumlah perbelanjaan yg dibayar oleh firma untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran.
Kos Eksplisit
Perbelanjaan/ kos sebenar yang dibayar oleh firma kepada pemilik faktor pengeluaran
Kos Implisit
kos ke atas faktor-faktor pengeluaran milik firma itu sendiri yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
5.2.2 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK
Kos Tetap
Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input tetap
FC = TC - VC
Kos Berubah
Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah
VC = TC - FC
Jumlah Kos
Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah dan input tetap
TC = FC + VC
Kos Tetap Purata
Kos tetap seunit bagi sesuatu keluaran
AFC = FC / Q
Kos Berubah Purata
Kos berubah seunit bagi sesuatu keluaran
AVC = VC / Q
Kos Purata
Kos seunit bagi sesuatu keluaran
AC = TC / Q
Kos Sut
perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan satu unit keluaran
MC = ∆TC / ∆Q
5.2.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG
Dalam jangka panjang semua input adalah input berubah (kos berubah). Oleh itu, Firma boleh mengubahkan skil pengeluarannya, menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek yang mana tiap-tiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil pengeluaran.
Satu prinsip yang penting bagi firma ialah, cuba mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling rendah bagi setiap tingkat keluaran
5.3 EKONOMI BIDANGAN
5.3.1 EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
PENENTU
Ekonomi Bidangan Dalaman
Ekonomi pengurusan
Ekonomi kewangan
Ekonomi pemasaran
Ekonomi teknikal
Ekonomi pengkhususan
Ekonomi tak bidangan dalaman
Tak Ekonomi pengkhususan
Tak Ekonomi pengurusan
Tak Ekonomi kewangan
Tak Ekonomi pemasaran
Tak Ekonomi teknikal
TAKRIF EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila firma itu sendiri berkembang
TAKRIF EKONOMI TAK BIDANGAN DALAMAN
Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkataan kos purata (LAC) apabila firma itu sendiri berkembang
5.3.2 EKONOMI BIDANGAN LUARAN
TAKRIF EKONOMI BIDANGAN LUARAN
Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (AC) apabila industri berkembang
TAKRIF EKONOMI TAK BIDANGAN LUARAN
Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos purata (LAC) apabila industri berkembang
PENENTU
Ekonomi Bidangan Luaran
Ekonomi penempatan
Ekonomi integrasi
Ekonomi teknologi maklumat
Ekonomi infrastruktur
Ekonomi tak bidangan luaran
Kekurangan faktor pengeluaran
Kesesakan
Kenaikkan upah buruh
Pencemaran