Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANALISIS ELEMEN DALAM REKA BENTUK FESYEN - Coggle Diagram
ANALISIS ELEMEN DALAM REKA BENTUK FESYEN
Elemen 1: Bentuk
Bentuk segi empat/
tubular
: Ukuran pinggul dan bahu yang seimbang serta pinggang yang tidak jelas
Bentuk jam pasir/
hour glass
: Ukuran pinggul yang seimbang dengan lebar bahu dan pinggang yang ketara.
Bentuk tiga segi terbalik
: Ukuran bahu lebih besar daripada bahagian pinggul.
Bentuk tiga segi
: Ukuran bahu yang kecil daripada bahagian pinggul.
Elemen 2: Garisan
Garisan menegak
memberi kesan panjang, tinggi atau langsing kerana tumpuan mata bergerak dari bawah ke atas.
Garisan mendatar
memberi kesan lebar atau gempal kerana tumpuan mata bergerak kiri dan kanan.
Garisan menyerong
boleh memberi kesan rendah atau tinggi.
Elemen 3: Warna
Putih
melambangkan kesucian dan membuat pemakai berasa yakin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Merah jambu dan Ungu
melambangkan kasih sayang dan tumpuan. Aura positif warna ini akan membuat si pemakai berasa tenang dan gembira.
Biru
merupakan sebuah warna yang mampu atau memudahkan komunikasi serta mendorong si pemakai untuk berfikiran secara rasional.
Kuning dan Jingga
akan memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis, memberikan keceriaan serta membuatkan si pemakai bergerak aktif.
Hijau
merupakan sebuah warna yang melambangkan ketengan dan keseimbangan dalam kehidupan.
Merah
membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah serta mendorong si pemakai agar berani mencuba sesuatu yang baharu.
Hitam
merupakan warna kedukaan. Warna ini mempunyai kekuatan yang menarik semua tenaga bagi menjadikan diri si pemakai lebih kuat dan berkeyakinan.
Elemen 4: Tekstur
Tekstur lembut
: Penggunaan fabrik yang lembut seperti sutera dapat memberi penekanan kepada bentuk badan dan menampakkan ciri kelembutan dan menarik.
Tekstur berkilat
: Tekstur berkilat memantulkan cahaya dan memberi efek yang lebh elegan.
Tekstur kasar
: Penggunaan fabrik yang kasar seperti denim akan membuatkan suatu reka bentuk kelihatan lebih lasak dan ranggi.
Tekstur legap
: Menyerap cahaya dan memberi kesan kecil kepada si pemakai.