Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat pada…
Faktor-faktor perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-19 Masihi.
KEKAYAAN SUMBER ASLI
Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat
menjadi pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan oleh Pennsylvania. Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitahisme di Amerika Syarikat.
TENAGA BURUH YANG RAMAI
Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang ramai merangsang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai. Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk basil keluaran negara
IMIGRASI BURUH DALAM NEGARA DAN KEHADIRAN BURUH ASING
Kehadiran buruh dan luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan tenaga buruh yang mencukupi.
Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan kedatangan buruh ke Amerika Syarikat. Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari Chinayang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.
Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dan luar bandar ke kawasan bandar. Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti New York, Chicago dan Boston
KEMAJUAN TEKNOLOGI
Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baru muncul di Amerika Syarikat oleh pencipta-pencipta terkenal di Amerika Syarikat. Antara pencipta terkenal dan hasil ciptaan mereka adalah seperti Samuel F. B. Morse (telegraf), Graham Bell (telefon), Thomas Alva Edison (elektrik), Henry Ford (kereta) dan Wilbur dan Orville Wright (kapal terbang).
Pada tahun 1900, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu, muncul kaedah baru untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar- besaran.
PENGANGKUTAN JALAN AIR
Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan kapal wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun 1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.
PEMBINAAN TERUSAN
Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerika Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya.
Kerajaan berperanan mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian seperti melindungi industri tempatan dengan mengenakan duti yang tinggi bagi barangan import, menstabilkan mata wang
Antara terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York.
Terusan ini dibina pada tahun 1825 yang berkeluasan 40 kaki dan 360 batu
Terusan ini mengurangkan kos untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 hari kepada 6 hari. Terusan ini menjadikan kota New York sebagai pelabuhan terkemuka di Amerika Syarikat. Negeri-negeri lain seperti Pennsylvania, Ohio dan Indiana juga melabur dalam pembinaan terusan.