Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor perkembangan sektor perindustrian di Jerman pada abad ke 19 hingga…
Faktor perkembangan sektor perindustrian di Jerman pada abad ke 19 hingga 20
FAKTOR PENYATUAN JERMAN
Pada awal abad ke-19, Jerman adalah sebuah negara pertanian yang berasaskan sistem feudal. Negara Jerman jauh ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain seperti Britain, Perancis dan Belgium.
Antara tahun 1830-an hingga 1840-an, negara Jerman masih berpecah belah kepada negari-negeri yang berasingan. Hasil ekonomi Jerman bergantung kepada sektor pertanian. Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain merupakan pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi kentang, ubi bit dan lain-lain.
Perindustrian di Jerman dimulakan dengan pembuatan tekstil secara kecil-kecilan. Perkembangan ekonomi Jerman berlaku antara tahun 1850 hingga 1870 apabila Jerman mengalami revolusi perindustrian
Berikutan penyatuan negara Jerman pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk menjadikan Jerman sebagai sebuah negara perindustrian telah menbawa era baru dalam sektor perindustrian. Perkembangan terbaru itu, telah menjadikan sektor perindustrian di Jerman bertambah pesat dan dikenali sebagai Revolusi Perindustrian kedua. Kerajaan Jerman bukan sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraf dan aktiviti perdagangan.
FAKTOR DASAR KERAJAAN JERMAN
Kerajaan Jerman telah memulakan usaha membangunkan sektor ekonominya. Kerajaan Jerman memberi keutamaan kepada sektor perindustrian dan menjadikannya sebagai salah satu dasarnya. Lombong-lombong arang batu dan besi telah dibuka untuk memajukan sektor perindustrian di Jerman. Jalan-jalan kereta api dibina bagi memudahkan pengangkutan. Kilang-kilang kain dan peralatan elektrik didirikan. Kerajaan Jerman juga mendirikan sekolah dan kolej teknik vokasional bagi melahirkan tenaga mahir.
Usaha membentuk Jerman menjadi negara perindustrian menyebabkan kerajaan mengubal dasar-dasar yang memberi keutamaan kepada sektor perindustrian. Pada tahun 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman pada tahun 1872.
Otto Von Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Fungsi undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Undang- undang tersebut menyediakan satu peruntukan keselamatan nasional yang lengkap bagi pekerja kilang menghadapi risiko kehidupan kota iaitu penyakit, kemalangan dan umur tua.
Akta-akta bagi mengatasi masalah-masalah tersebut telah diluluskan pada tahun 1883, 1884 dan 1889. Ini bermakna masyarakat industri Jerman dilindungi oleh insuran serta tabung pencen dan sakit. Penggunaan tenaga buruh kanak-kanak cuba dibanteras oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1839 satu undang- undang telah diluluskan; pengambilan buruh kanak-kanak bawah 9 tahun dan menghadkan masa kerja kanak-kanak kepada 10 jam.
FAKTOR TENAGA BURUH
Pada abad ke-19, penduduk di Jerman bertambah dan mengatasi penduduk Britain. Penduduk Jerman meningkat dari 23 juta orang kepada 56 juta orang,
Jerman mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah. Masyarakat industri Jerman menyediakan sumber manusia yang besar kepada sektor perindustrian. Mereka merupakan tenaga mahir yang mendapat pendidikan dari sekolah-sekolah pertukangan, teknik dan vokasional.
Tenaga mahir disalurkan ke kilang-kilang bagi mengendalikan jentera-jentera di kilang-kilang. Mereka merupakan tulang belakang kepada industri elektrik, kimia, petroleum, kenderaan, tekstil dan lain-lain.
PEMBENTUKAN SISTEM KARTEL
Penggabungan syarikat-syarikat membentuk kartel merancakkan lagi perkembangan sector perindustrian di Jerman. Penubuhan kartel membolehkan pengawalan harga barangan kilang yang dikeluarkan bagi menjamin keuntungan syarikat-syarikat yang berkenaan. Pada tahun 1900, lebih banyak syarikat telah bergabung membentuk lebih kurang 200 buah kartel.
PENGHAPUSAN SISTEM GUILD
Sistem guild menghalang perkembangan perindustrian kerana seseorang yang ingin menceburi bidang perindustrian memerlukan pengalaman selama beberapa tahun dalam kesatuan guild. Penghapusan system ini membolehkan penghapusan monopoli oleh guild dalam bidang perindustrian. Oleh itu sistem guild telah dihapuskan pada 1811.
KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870, hasil pembangunan industri besi dan keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan keretapi yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah yang lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negara Eropah.
i
KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI
Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang banyak dalam penyelidikan terutama dalam bidang kimia, automotif, dan elektrik. Penyelidikan itu telah melahirkan inovasi baru seperti yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang kejuruteraan elektrik. Pewarna tiruan juga berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam industri tekstil