Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke 19 dan…
Faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke 19 dan awal abad ke-20
MAJU DALAM PERTANIAN
Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
KEGIATAN EKONOMI BERASASKAN PERTANIAN
pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di Jerman.Saxony dan silesia barat Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi
Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.o Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman
Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji.o Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.
KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN
Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.
PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884
Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.
KEMAJUAN SISTEM KEWANGAN
Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut
Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian
.
Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.
DASAR KERAJAAN JERMAN
Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja
Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.