Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBELAJARAN BERASASKAN KES - Coggle Diagram
PEMBELAJARAN BERASASKAN KES
Definisi PBK
Satu kaedah pengajaran dimana pelajar-pelajar diberi maklumat mengenai satu situasi yang mana mereka dikehendaki membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan situasi tersebut.(Ahmad Fuad Muhd, Pensyarah JabatanPengajian AM, FPE, KUSTEM)
Menurut Slavin (1997) Pembelajaran berasaskan kes ini adalah pemikiran dan pembelajaran aktif , menggalakkan dan melatih minda mengenali dan memberi fokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.
Komponen
Permasalahan yang dikemukakan : Peristiwa / rentetan peristiwa
Konteks di mana kes itu berlaku : Latar belakang peristiwa
Huraian lanjut : Huraian tentang peristiwa
Refleksi : Pengkaji analisis dan membuat renungan kendiri tentang kes
Reaksi : Komen dan pandangan daripada pihak-pihak yang berkenaan
Ciri-ciri PBK
Objektif pembelajaran difokuskan mengikut situasi
Dapatan kajian dibentangkan di dalam kelas
Tertumpu kepada masalah/ situasi
Berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan kes yang diberi
Kes mengandungi maklumat yang terperinci dan mencukupi. Contohnya: dialog
Kes hendaklah "diolah" supaya dapat merangsang penganalisisan dan perbincangan
Pelaksanaan PBK
1) Menyediakan satu kes/situasi yang berkaitan
dengan pelajaran
2) Guru hendaklah memberi penerangan tentang peranan pelajar
3) Guru hendaklah membimbing dan memantau penyelesaian kes
4) Mencari cara menyelesaikan kes
5) Membuat pembentangan dan refleksi
Kelebihan PBK
Membantu pelajar untuk memahami suatu topik khusus dengan lebih baik.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea
Menggalakkan pelajar untuk aktif dan berkongsi pendapat masing-masing
Membantu pelajar untuk lebih memahami pengetahuan yang diperoleh dan dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang diberi.