Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN - Coggle Diagram
FAKTOR PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN
Maju dalam
pertanian
• Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
• Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
• Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
Kegiatan ekonomi
berasaskan perindustrian
• Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman
• Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.
• Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
• Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.
• Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
• Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.
Kemajuan sistem
pengangkutan
• Pembinaan jalan kereta
api pada tahun 1870
• Firma Jerman di Borsing menjadi
pengeluaran utama kereta api di Jerman.
Kemajuan sistem
kewangan
o Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
o Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
o Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
o Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian
.
Perluasan Perdagangan
Antarabangsa
o pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
o Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
o Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
o Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.