Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN EKONOMI PERTANIAN DI ENGLAND PADA ABAD KE-17 DAN 18 M. -…
PERKEMBANGAN EKONOMI PERTANIAN DI ENGLAND PADA ABAD KE-17 DAN 18 M.
PENGENALAN
Revolusi pertanian yang berlaku di England merupakan satu fenomena yang berlaku apabila apabila kegiatan pertanian di sana telah mengalami perubahan secara mendadak. Ia berlaku secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Proses ini memakan masa yang agak lama dan berterusan, malah revolusi ini telah menjadi asas kepada berlakunya Revolusi Perindustrian kelak. Perubahan ini bukan sahaja menyebabkan skala pengeluaran semakin besar, malah pengurusan kaedah pertanian turut mengalami perubahan-perubahan yang amat ketara apatah lagi munculnya tokoh yang kreatif dan inovatif pada masa tersebut.
PENGELUARAN MAKANAN
Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. Selepas revolusi pertanian, berlakunya perubahan apabila pengeluaran makanan secara besar-besaran telah berlaku. Perubahan ini disebabkan oleh perubahan dalam sistem pemilikan tanah, penggunaan kaedah saintifik dalam penanaman dan kaedah pemasaran produk yang berkesan.
SISTEM PEMILIKAN TANAH
Sebelum revolusi pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah, iaitu Sistem pemilikan tanah persendirian dan Sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh golongan tuan-tuan tanah yang kaya. Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan.
Rakyat biasa dibenarkan menggunakan tanah awam untuk bercucuk tanam, memelihara ternakan, memburu binatang dan memancing
KEADAAN PERTANIAN BAHARU
Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan dalam bidang pertanian. Kaedah yang diperkenalkan ialah sistem penanaman bergilir. Kaedah ini diperkenalkan oleh Lord Townshend. Perubahan ini menyebabkan kaedah pertanian dapat digunakan secara berterusan sepanjang tahun. Melalui kaedah baharu ini, kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang berlainan.
Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu diperkenalkan. Antara tanaman baharu yang diperkenalkan di England termasuklah turnip dan ubi kentang. Thomas William Cake telah memperbaik sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil pertanian semakin meningkat berlipat kali ganda.
AKTA PEMAGARAN TANAH
Akta pemagaran tanah telah diwujudkan berikutan desakan oleh golongan tuan tanah untuk tujuan pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran. Perubahan mendadak ini disebabkan oleh pertambahan penduduk di England. Menjelang tahun 1801, bilangan penduduk di England dan Wales adalah 9 juta orang. Tahun 1831, bilangan penduduk meningkat secara mendadak mencapai 14 juta orang. Pertambahan penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran dan mendapat kelulusan parlimen untuk memagari tanah awam. Tahun 1761 hingga 1792, hampir 500 000 ekar tanah dipagari melalui akta tersebut, membentuk ladang-ladang yang diusahakan secara intensif berikutan peningkatan harga gandum dan permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian.
Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul ladang pertanian.
KAEDAH PENTERNAKKAN BAHARU
Usaha dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam bidang penternakan. Robert Bakewell telah memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Hasil penyelidikannya, Robert Bakewell telah berjaya menghasilkan biri- biri baka baharu yang dikenali sebagai biri-biri Durham Shorthorn yang mempunyai berat sebanyak dua kali ganda lembu biasa. Perkembangan dalam kaedah ini menyebabkan binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan lebih cepat. Bekalan daging dan bulu binatang bertambah menerusi kaedah baharu ini dan binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada para petani untuk tanaman mereka.
PENGENALAN PERTANIAN CAMPURAN
Sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend, petani terlibat dalam penanaman rumput. Rumput yang ditanam oleh petani digunakan sebagai sumber makanan kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.
Petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan tanaman dan ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan mereka.
CIPTAAN BAHARU
Revolusi pertanian menyebabkan peralatan baharu dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Jethro Tull telah mencipta alat yang digunakan untuk menggali dan menugal tanah pertanian. Penciptaan alat ini membolehkan
penugalan dan penanaman bijih benih dapat dilakukan dengan lebih pantas. Tahun 1730-an,sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai Rotterham telah direka yang dikendalikan oleh kuda
Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah dilakukan dengan lebih berkesan. Antara alat pertanian yang telah direka ialah alat mengetam, alat memukul, dan alat menumbuk bijirin. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap menyebabkan kerja dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.
PENGGUNAAN BAJA DAN SISTEM SALIRAN
Menjelang pertengahan abad ke-19, ahli-ahli Sains berjaya menghasilkan baja tiruan. Di samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Selain itu, langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem saliran. Pembinaan sistem saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah dapat disalirkan untuk tujuan pertanian.
KESIMPULAN
Perubahan-perubahan yang berlaku ini, walaupun banyak impak positifnya dari segi pengeluaran, namun keadaan sebaliknya berlaku kepada petani-petani yang kehilangan tanah apabila Akta Pemagaran Tanah diperkenalkan. Petani tidak mampu memagarkan tanah mereka dan ada pula yang tidak dapat membuktikan bahawa tanah ladang yang diusahakan adalah kepunyaan mereka. Malah, jentera- jentera pertanian yang baru diperkenalkan pula sangat mahal dan mereka tidak mampu membelinya. Dengan itu, mereka tidak dapat menyaingi peladang-peladang kaya dan akhirnya terpaksa menjual ladang mereka. Kadar pengangguran juga berlaku apabila jentera-jentera yang baharu diperkenalkan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Oleh itu, penghijrahan secara besar-besaran dari desa ke bandar- bandar perindustrian berlaku secara meluas.