Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi - Coggle Diagram
Sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi
EKONOMI PERTANIAN
70% hasil pertanian sumber pendapatan ekonomi Jepun. Dianggarkan 80 % hingga 85 % rakyat Jepun ialah petani
Tanaman utama ialah padi.
Pengairan semulajadi iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai yang mengandungi nutrient yang sesuai untuk padi. Ia dapat mengurangkan penggunaan baja dan menyuburkan tanah
Selain padi tanaman lain ialah buah-buahan, gandum, barli teh, sayur-sayuran.
Teh dan kapas merupakan tanaman yang diusahakan secara besar besaran
Kuda digunakan untuk membantu petani bercucuk tanam
PERUSAHAAN TEMPATAN
Perusahaan tempatan berasaskan pengeluaran daerah dan pemasaran antara daerah
Hasil kraftangan merupakan antara perusahaan tempatan yang utama dan melahirkan tukang-tukang mahir. Di antaranya ialah barangan perak, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran, dan perusahaan membuat pedang
Perusahaan kain kapas merupakan perusahaan tekstil yang utama. contoh kawasan perusahaan kain kapas ialah Kinai
Perusahaan ulat sutera menghasil industry kain sutera contoh nya di Fukushima dan Yamanashi
Perusahaan tembikar pesat di Seto dan menjadikannya pusat pengeluaran tembikar di Jepun
PERIKANAN
Sifat negara kepulauan / kelautan menjadikan perikanan penting di Jepun
Kedudukan Jepun di persimpangan arus hitam yang panas dengan arus kamchatka yang sejuk menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan
Kelebihan ini membolehkan kegiatan perikanan menjadi sumber kedua kepada masyarakat.
Ikan menjadi sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun .Perikanan di jalankan laut dalam dan persisiran pantai
Masyarakat Jepun mempunyai kemahiran membina kapal – membantu perikanan laut dalam
PERLOMBONGAN
Aktiviti perlombongan utaama ialah emas, perak dan tembaga
Oda Nabunga telah memajukan perlombongan emas, perak dan tembaga
Perlombongan telah memajukan Bandar Osaka
PERDAGANGAN
Perdagangan telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang
Orang Jepun mengimport barangan tropika dari Asia Tenggara dan India
Jepun juga mengimport barangan mentah dari China seperti sulfur, papan, emas, mutiara, merkuri dan ibu mutiara
Barangan eksport utama ialah pedang, kipas berlipat dan pemidang