Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBELAJARAN BERASASKAN STEM - Coggle Diagram
PEMBELAJARAN BERASASKAN STEM
Konsep STEM dalam pembelajaran
STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
Contoh bidang mata pelajaran STEM ialah Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian dan Sains Komputer.
Pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM menerusi p&p STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat, dan alam sekitar ke arah membudayakan amalan STEM
Kemahiran
Penerokaan, Penyelesaian masalah
Nilai
Objektif, Inovatif, Berani Mencuba
Pengetahuan
Konsep, idea, prinsip teori dan pemahaman
Ciri-ciri pembelajaran STEM
Memberi pelbagai jawapan/penyelesaian dengan justifikasi
Inkuiri/projek/penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar
Peka terhadap isu dan masalah dunia sebenar
Kerja berpasukan yang produktif
Mengaplikasikan pemahaman kandungan STEM
Mengaplikasikan kemahiran proses reka bentuk
Memberi peluang menambah baik idea atau produk
Peranan Guru
Membimbing dan menggalakkan murid murid mencari maklumat dari pelbagai sumber yang betul
Memberi cadangan untuk menggalakkan murid menambahbaik produk/rumusan agar murid mencuba sesuatu yang baharu
Menerapkan amalan STEM dalam PdP seperti mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks kehidupan
Membimbing dan membangunkan kemahiran berfikir murid
Memberi cetusan minda dan inspirasi kepada murid
Strategi PdP STEM
Penyelesaian Masalah
Kaedah pembelajaran berasaskan masalah, di mana murid dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri secara kolaboratif dan berpusatkan murid
Berasaskan Projek
Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang spesifik.
Inkuiri
Pendekatan ini merangsang sifat ingin tahu dalam diri murid sehingga membawa naluri ingin menyiasat bagi mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu persoalan
Manfaat P&P STEM
Melahirkan masyarakat yang mempunyai literasi STEM
Membekalkan tenaga kerja STEM yang berkemahiran tinggi
Menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan negara melalui inovasi
Contoh aktiviti STEM
Bina model mikroorganisma
Solar Oven Challenge
DIY Enzim Sampah
Amalan STEM
Menyoal dan mengenalpasti masalah
Membangunkan dan menggunakan model
Merancang dan menjalankan penyiasatan
Menganalisis dan mentafsir data
Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasi
Menjelaskan dan merekabentuk penyelesaian
Melibatkan diri dalam perbahasan, dan perbincangan dengan berdasarkan eviden