FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

FIZIKAL fizikal

Contohnya ada yang mempunyai kemahiran mendengar yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran

Kanak kanak secara semulajadi mempunyai kemahiran yang normal sejak ia dilahirkan

Peringkat kemahiran ini berbeza bagi setiap orang

GANGGUAN BUNYI gangguan bunyi

Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh mendengar dengan baik dan berkualiti

Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh menganggu kebolehan mendengarnya

Misalnya bunyi bising kenderaan ,bunyi alat-alat pembinaan dab sebagainya

SOSIOEKONOMI sosioekonoi

Latar belakang keluarga,termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kemahiran mendengar kanak-kanak

Hal ini membuktikan latar belakang keluarga boleh menganggu kemahiran mendengar kanak-kanak

Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar

MENTAL mind-yourself-during-mental-health-awareness-month-722x406

Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar

Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk bertindak balas

KEBOSANAN kuving bosan

Apabila murid-murid bosan semasa proses pembelajaran maka mereka akan gagal memberikan perhatian kepada perkara yang diujarkan

FIKIRAN TERTUTUP fikiran tertutup

Mendengar dengan fikiran yang tertutup hingga menyebabkan murid-murid kehilangan maklumat penting yang perlu diketahui

PERUBAHAN RESPONS respons

Perubahan respons yang berbeza-beza antara seorang individu dengan individu yang lain boleh menganggu pendengaran dalam sesuatu perbualan

TERLEKA terleka

Fikiran murid menerawang hingga apa yang disampaikan oleh penutur tidak dapat diserap

JANTINA jantina

Misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-8 tahun lebih lemah kefahaman mendengar mereka berbanding kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya

Terdapat perbezaan penguasaan kemahiran mendengar bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan

Gangguan Bahasa ppg-2018-3-18

 Gangguan Bahasa merujuk kepada kefahaman pendengar terhadap bahasa yang disampaikan penutur .

Pendengaran boleh terganggu sekirannya terdapat perbezaan dari segi Bahasa yang dituturkan.

Jika kanak-kanak itu adalah seorang yang ‘slow learner’ atau kurang cerdas mentalnya ,mungkin pendengarannya juga agak terhad dan perlahan berbanding kanak-kanak normal.