Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Galurkan perkembangan perdagangan dan perniagaan Belanda pada abad ke-16…
Galurkan perkembangan perdagangan dan perniagaan Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-18.
Pengenalan.
Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang utama di Eropah. Ekonomi Belanda mengalami kemajuan ekonomi yang pesat disebabkan perkembangan aktiviti perkapalan sehingga Belanda muncul sebagai juasa perkapalan yang menguasai perdagangan di Eropah.
Kemajuan itu juga disebabkan oleh kemajuan aktiviti perladangan komersial, berikutan dengan kemajuan dalam teknologi pertanian dan tenaga buruh yang murah. Ekonomi yang pada mulanya berteraskan pertanaian sara diri berkembang ekonomi komersial.
Pusat Kewangan Eropah.
Pada abad ke-16, Belanda muncul sebagai pusat kewangan Eropah.
Bandar pelabuhan Anterp muncul sebagai pusat kewangan yang menjadi tumpuan para saudagar dan pedagang asing seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali.
Ahli-ahli pembankan Belanda telah terkemuka di Eropah.
Banyak institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp.
Pasaran saham yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1531.
Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang akan melakukan pelayaran. Insuran itu diperkenalkan sebagai langkah menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagnag maritim.
Pusat Perdagangan
Bandar pelabuhan Antwerp menjadi penting sebagai pusat perdagangan. Antwerp sibuk keluar masuk kapal yang membawa barang dagangan seperti rempah,teh dan sutera. Para pedagang dan saudagar menjadi sangat kaya.
Amsterdam (pesat pentadbiran) menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat perdagangan dan perbankan.
Pada tahun 1609, Wissel Bank berperanan sebagai institusi pertukaran mata wang dan penggarup wang. Bnak-bank itu berperanan sebagai meningkatkan pelaburan Belanda dalam perdagangan antarabangsa.
Aktiviti penjelajahan
Pada abad ke-17, Belanda telah mengatakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapal-kapal Belanda mula belayar merentasi Atlantik.
Awal abad ke-17, pedagang Belanda semakin tersebar sehingga ke Afrika, Amerika dan Asia.
Dengan itu, banyak koloni-koloni Belanda telah dirubuhkan di seluruh dunia seperti di Jepun(1641), Duth Brazil(1649), dan Cape Town di Afrika(1652).
Belanda juga menguasai tempat-tempat yang strategik dalam aktiviti perdagangan dan membentuk empayar Belanda.
Vereenigde Oost-Indische Companie(VOC)
Pada 20 Mac 1602, Belanda menubuhkan Vereenigde Oost-Indische Companie(VOC). VOC atau Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan untuk memonopoli perdagangan rempah di Timur.
VOC menjadi syarat perdagagan pertama yang menjual saham kepada orang awam.
Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa kepada VOC untuk memonopoli aktiviti-aktiviti perdagangan yang penting pada masa itu.
Di samping itu, VOC juga telah diberi kebenaran untuk mengadakan perjanjian dengan pemerintah-pemerintah temoatan, menakluki serta menubuhkan koloni.
Di Asia, Belanda bersaing dengan Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika.
VOC bersaing dengan Portugis tetapi mereka tidak bersaing dengan Eropah bagi mengekalkan kestabilan.
Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila British menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Menjelang tahun 1609, Belanda menjadi kuasa perdagangan utama di Timur mengatasi kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Portugis, Sepanyol dan British.
Ladang-ladang komersial.
Menjelang pertengahan abad ke-17 hingga abad ke-18, Belanda giat membuka ladang-ladang komersial. Belanda membuka ladang-ladang komersia di koloni-koloninya.
Di Hindia Timur, Belanda mengeksploitasi tanaman tempatan seperti kopi, tebu, beras, indigo dan lada hitam. Manakala di Suriname selain mendapat emas, Belanda juga mendapat hasil gula, dan tembakau.
Pelabuhan Antwerp dan Amsredam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau menjadi penting pada abad ke-17 kerana bekalan bruh/hamba dari Afrika Barat.
Perdagangan emas, gula dan tembakau menjadikan Belanda pusat pengedaran baranagn tersebut ke Eropah.
Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak 16000 kapal dagang bagi mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan.
Kesimpulan
Kemajuan aktiviti perdagangan dan perniagaan Belanda terbantut antara tahun 1806 hingga 1813, apabila Belanda telah dijajah oleh Perancis(Perang Napoleon).
Ini menyebabkan kegiatan perdagangan dan perniagaannya terganggu.
Selepas Perang Napoleon tamat Belanda telah mendapat kembali tanah-tanah jajahannya dan memulihkan semula aktiviti ekonomimya.