Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model Pengajaran Tingkah Laku, Sakura (Rafidah, Priya, Dzulaikha) - Coggle…
Model Pengajaran Tingkah Laku
Pengenalan
Tingkahlaku yang dapat diperhatikan dengan jelas dan boleh diukur
Personaliti dipengaruhi oleh interaksi dan adaptasi seseorang dengan persekitaran
Teori
B. F. Skinner
Kaedah pengkondisian operan
Penggunaan kaedah ganjaran dan hukuman untuk mengubah tingkahlaku
Peneguhan Positif
Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Contoh : Memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan
Peneguhan negatif
Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contoh : Guru membebel apabila murid lambat hantar tugasan. Murid selesaikan tugasan sebab tak mahu dileteri.
Hukuman positif
Kemasukan sesuatu yang tidak menyenangkan sehingga tingkah laku awal dapat dikurangkan.
Contoh : Denda tambahan latih tubi apabila pelajar lewat masuk kelas (Maka, pelajar usaha hadir awal supaya latih tubi berkurang)
Hukuman negatif
Penghapusan sesuatu yang menyenangkan sehingga pengulangan tingkah laku tertentu dapat dikurangkan.
Contoh : Waktu rehat dipendekkan apabila pelajar tidak siap kerja rumah. (Nikmat untuk bermain-main, makan sewaktu rehat ditarik)
Bentuk pembelajaran bagi seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas kukuh dan tetap serta dipilih daripada beberapa gerak balasnya.
Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu tersebut akan diberi peneguhan.
Tingkah laku perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum dibuat pengubahsuaian menggunakan prinsip-prinsip asas tingkah laku.
Eksperimen Skinner
Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Menggunakan tikus dan alat penekan(mengeluarkan makanan sebagai ganjaran). Pelaziman apabila tertekan, makanan terkeluar membentuk satu tingkahlaku
Ivan Pavlov
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Kaedah semula jadi yang mendorong tindak balas dan ransangan
Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas
Pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas
Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain
Ali menjadi risau setiap kali ujian sains. Tetapi Ali tidak risau apabila ujian Bahasa Jepun memandangkan kedua-dua subjek tersebut berbeza perkaitannya.
Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.
Contoh: Pada asalnya guru memberi ganjaran setiap kali pelajar mendapat markah yang baik dalam ujian. Lama kelamaan guru sudah tidak memberi ganjaran. Hasilnya, pelajar sudah tidak terdorong lagi untuk mendapat markah yang baik dalam ujian. Tindak balas akhir akan terhapus
Generalisasi
Generalisasi iaitu rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama
Ali risau setiap kali ujian kimia. Ali juga menjadi risau apabila ujian biologi dijalankan kerana kedua dua subjek ini saling berkait, iaitu kedua-duanya subjek sains. Jadi, kerisauan dalam sesuatu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain (biologi).
Personaliti manusia berubah sepanjang hayat, mengikut keadaan persekitaran
Bertentangan dengan konsep Pengajaran teori Psiko-analitik (Mental behaviour)
Sakura (Rafidah, Priya, Dzulaikha)