Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
NOVEL, ., N, A, B, I, N, T, I, I, D, R, I, ., R, O, H, A, M, A, B, I, N, T…
NOVEL
JENIS NOVEL
4) Novel satira– iaitu ceritanya berbentuk sindiran menerusi penggunaan watak amnusia dan watak bukan manusia. contoh : Putera Gunung Tahan (Ishak Hj Muhammmad)
5) Novel pengembaraan – ceritanya berkisar kepada pengembaraan watak. contoh : Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
3) Novel sejarah – ceritanya berdasarkan peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku. contoh : Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)
6) Novel biografi– iaitu ceritanya mengenai riwayat tokoh tertentu dan penceriataannya dilakukan oleh orang lain yang disampaikan dalam bentuk kreatif. contoh : Kanang : Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)
2) Novel kekeluargaan – iaitu ceritanya menyentuh hal- hal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. contoh : Meniti Kaca (Raja Sabarudin Abdullah)
1) Novel sosial – ceritanya menyentuh perkara yang berkaitan dengan masyarakat yang memfokus pada beberapa persoalan seperti pendidikan, pergaulan, pendidikan dan ekonomi. contoh : Panas Salju (Talib Samat)
DEFINISI
Novel dapat berbentuk cerita rekaan (cereka) yang memaparkan peristiwa benar yang berlaku atau dialami oleh pelaku (watak) atau kisah khayalan yang ditulis secara kreatif dan menarik.
Novel biasanya lebih panjang daripada cerpen dan memerlukan latar, watak dan masa yang lebih panjang.
Novel merupakan kisah rekaan yang panjang serta ditulis dalam bentuk prosa serta memaparkan pengalaman hidup manusia sebagai sumber penulisan.
Misalnya novel untuk bacaan remaja, mengandungi antara 25 000 hingga 40 000 perkataan, atau antara 120 hingga 299 halaman A4.
Contoh : Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said (Teks Komsas Tingkatan 4) hanya setebal 134 halaman.
WATAK & PERWATAKAN
Perwatakan pula, bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak.
-
Watak-watak ini boleh dipanggil watak utama, watak sampingan, watak putih, watak hitam, watak pipih, watak bulat, watak dinamik atau statik.
Maksudnya, dalam novel terdapat pelaku yang baik, jahat, yang mulanya jahat kemudian menjadi baik, yang bercampur sekejap baik atau sekejap jahat dan sebagainya.
-
NILAI MURNI & PENGAJARAN
-
2) berdikari – kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung pada orang lain.
3) kasih sayang – iaitu perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap sesuatu.
-
4) kebebasan – boleh melakukan sesuatu tanpa batasan. Misalnya. Kebebasan di sisi undang- undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.
GAYA BAHASA
Matlamat pengarang untuk menghasilkan karya yang guna kosa kata betul, mudah, tepat dan ringkas serta sopan, tidak bergaya bahasa Inggeris atau Arab yang keterlaluan.
Pengarang novel juga kerap menggunakan bahasa harian atau dialek untuk mewujudkan kesan ‘sebenar’ terhadap penceritaan watak-watak tertentu dalam novelnya.
Pengarang yang bertanggungjawab memilih kosa kata (sejumlah perkataan) yang sesuai dengan keadaan dan penceritaan serta menggunakan perkataan pilihan dengan wajar dan berhati-hati.
Misalnya, Shahnon Ahmad menerusi novelnya Ranjau Sepanjang Jalan, menggunakan banyak unsur dialek Kedah.
Gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya
LATAR
Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan ruang, waktu, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam novel.
Novel Terminal Tiga oleh Othman Puteh, misalnya menggunakan latar masa di antara tahun 1994 hingga 1995, di samping menggunakan latar negeri Sabah dan Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) sebagai latar tempat penceritaan.
Contohnya, Marwilis Haji Yusuf menggunakan masyarakat binatang seperti arnab dan pelanduk sebagai latar novelnya, Perlumbaan Kedua.
latar tidak terbatas pada masyarakat manusia, sebaliknya terdapat pengarang yang menggunakan binatang sebagai latar penceritaan.
TEMA NOVEL
Misalnya, tema peperangan, percintaan atau
penyelewengan.
-
Dalam novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, tema utama ialah kesan buruk yang timbul akibat peperangan melahirkan pelbagai persoalan lain seperti masalah sosial, ekonomi, dan politik.
PLOT (URUTAN PERISTIWA)
Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara tertib atau secara songsang, bergantung pada daya kreativiti dan kemahiran pengarang berkenaan.
Dalam hal urutan peristiwa, pengarang kerap menyelitkan unsur ketegangan (suspens) untuk menimbulkan minat pembaca.
Plot ialah susunan peristiwa dalam novel atau cereka yang menunjukkan cara pengarang menyusun ceritanya.
TEKNIK PENCERITAAN
Teknik penceriataan yang biasa termasuklah teknik dialog, teknik monolog dalaman, teknik imbas kembali, teknik pemerian dan teknik laporan.
Misalnya, Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, memperlihatkan pelbagai teknik penceriataan.
Pengarang mungkin menggunakan teknik penulisan yang tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada khalayak pembaca.
SUDUT PANDANGAN
Dalam penulisan, pengarang mungkin menggunakan beberapa sudut pandangan untuk menggambarkan pemikiran dan tindak-tanduk watak.
Misalnya, sudut pandangan objektif, sudut pandangan serba tahu dan sudut pandangan terhad.
Sudut pandangan ialah cara pengarang mempersembah bahan cerita atau kedudukan pandangan pengarang dalam hal menggambarkan aksi atau perlakuan sesuatu watak dalam cerita.
SUBPLOT
-
Kebanyakan penulis novel menerapkan unsur ini dalam novel mereka untuk menjadikan cerita lebih menarik.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-