Pendekatan pengajaran Bahasa Melayu

INDUKTIF

EKLEKTIK

BINAAN DAN CERAKINAN

DEDUKTIF

NATURAL

KOMUNIKATIF

PENGALAMAN BAHASA

memerlukan seseorang guru menegaskan hukum sesuatu teori atau peraturan tertentu diperingkat awal pengajarannya sebelum menganalisis

 pembentukan kebiasaan

 menggunakan deria untuk memperoleh pengalaman

 mementingkan ulangan pelbagai konteks dan situasi untuk kuasai kemahiran

 selaras dengan linguistik structural

 murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru

 menekankan penglibatan murid secara aktif

 mementingkan aspek lisan

Prinsip

Guru perlu menyediakan satu struktur kognitif yang hendak disampaikan

Sediakan contoh-contoh yang sesuai untuk memahami konsep dan kemudian membuat kesimpulan

Pembentukan konsep, interpretasi dan aplikasi

BBM disediakan bagi membentuk pembelajaran konkrit.

Contoh-contoh perlu ada daripada guru dan juga murid

Bimbingan guru sepanjang proses PdP

Melibatkan aktiviti PdP: mencari, memerhati, mengkaji dan mengemukakan contoh

Prosedur Pengajaran

Set induksi -menggunakan contoh yang melibatkan unsur- unsur bahasa dan kaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.

Pembentukan konsep -murid dibimbing melalui aktiviti kumpulan untuk menguasai kemahiran bahasa

Mencuba generalisasi -aktiviti pembentangan/bertulis

Penutup-guru membuat rumusan dan murid diberikan latihan

memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan

 mementingkan pemerolehan struktur kognitif@ pemahaman

 bersifat idealism untuk dapatkan ilmu pengetahuan

 pendekatan ini selaras dengan linguistik tradisional dan trasnformasi generatif

 menekankan aspek penulisan

Prinsip

 peringkat mengemukakan generalisasi, masalah dikemukakan dan ditakrifkan

 hipotesis dikemukakan dan guru dan murid mencari hubungan antara keduanya

 Latihan diberikan dalam pelbagai bentuk

 Kesimpulan dibuat berdarkan bukti yang ada

 Pemahaman generalisasi dinilai

Prosedur Pengajaran

Peringkat awal generalisasi

Peringkat mengemukakan generalisasi

Peringkat menganalisis konsep

Peringkat mencubakan generalisasi

Peringkat Penutup

menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan
deduktif

Ciri-ciri

merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, tidak terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;

guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;

guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

murid-murid, boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak

murid diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas

Prinsip pendekatan
a. Contoh-generalisasi-contoh
b. Generalisasi-contoh-generalisasi

Fokus pada pelajar

murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya

Ciri-ciri

makna sangat dipentingkan;

dialog digunakan proses komunikatif bukan untuk hafalan

konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan

pembelajaran bahasa berfokus kepada untuk berkomunikasi

latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan

pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;

BBM perlu sesuai mengikut tahap umur/kemahiran murid dan berfungsi sebagai dorongan kepada murid untuk belajar;

murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan /bertutur

terjemahan boleh digunakan, jika murid memperoleh manfaat daripadanya

kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran

kelancaran bahasa diadili dalam konteksnya

Prinsip

a. PdP bahasa dibuat dalam konteks wacana

b. Pengajaran bahasa mengikut proses komunikatif sebenar

c. Mempelbagaikan aktiviti komunikasi

d. Murid harus memahami tujuan aktiviti dijalankan

kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa

Pendapat tokoh
Kamarudin Hj. Husin (1997)
Mok Soon Sang (2004)

Matlamat Pendekatan
diasaskan kepada tugas yang dapat memenuhi keperluan murid.
guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran dengan berkesan.


Murid mempunyai empat tanggungjawab dalam pendekatan natural iaitu

i.Memberikan maklumat tentang matlamat khusus mereka supaya aktiviti penguasaan bahasa boleh ditumpukan kepada topik atau situasi yang paling relevan dengan keperluan mereka.

ii.Mengambil bahagian yang aktif untuk pemerolehan input pemahaman mereka belajar dan menggunakan teknik perbualan pengurusan untuk mencetuskan input.

iii.Menentukan masa untuk memulakan penghasilan pertuturan dan mempertingkatkannya.

iv.Bagi latihan tatabahasa tentukan masa dengan guru untuk menyempurnakannya atau membentuk latihan sendiri.

Pendekatan binaan dikenali juga sebagai pendekatan sintesis

Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar

Huruf-suku kata-perkataan

Pendekatan cerakinan dikenali juga pendekatan analisis

mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut.

Contoh

Ayat : Buku saya tebal

Perkataan-perkataan : “buku” “saya” “tebal”

Suku kata : “bu + ku”, “sa + ya”, dan “te + bal”

Huruf-huruf : “b”, “u”, “k”, “u”, “s”, “a”, “y”, “a”, “t”, “e”, “b”, “a”,

Kaedah yang bersesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita

4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid

  • latihan menyebut perkataan
  • latihan memisahkan perkataan kepada sukukata
  • latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama
  • latihan membina dan membaca ayat sempurna.

Pendekatan pengajaran yang menekankan pengalaman / pengetahuan sedia ada murid semasa membaca

Murid mudah memahami isi kandungan yang dibaca jika mempunyai pengalaman membaca

Peringkat

i. Lateral

ii. Interpretasi dan inferens

iii. Penilaian makna

Keberkesanan

 Memberi sebanyak mungkin pengalaman kepada murid untuk membantu mereka memahami bahan bacaan.

 Bahan yang dipilih seperti gambar, grafik, bahan maujud perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid.

 Mempelbagaikan bentuk dan laras bacaan dalam PdP

 Melakukan perbincangan mengenai bidang dalam bahan bacaan sebelum pembacaan dimulakan