Coggle requires JavaScript to display documents.
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada ‘verbal’ atau ‘non-verbal’
Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesuatu komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu
Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya
Menurut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit
Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat
Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadapa perkembangan pembelajaran anak berupa fisik dan sosial psikologis
Lingkungan fisik dalam keluarga adalah keadaan rumah, tempat belajar, prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah
Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa
Ibu bapa perlu sering melatih dan mengajar anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik
Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Sebagai contoh, kanak-kanak itu anak tunggal, maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mendapat layanan yang cukup. Manakala, anak yang ramai adik beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit
Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi perkembangan belajar kanak-kanak
Keadaan belajar di sekolah akan mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak
Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mesti menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik
Pendidik atau pengasuh perlu banyak berinteraksi secara lisan dengan lebih kerap