Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN ULAMA' (2), Disediakan oleh: Nurul Kamaliah (PDPP PI…
KAEDAH PENGAJARAN ULAMA' (2)
IMAM HAMBALI
KAEDAH BERCERITA
Teknik bercerita mudah menarik minat seseorang agar dapat menumpukan perhatian mereka dan menjadikan pembelajaran berjalan dengan baik.
Pembelajaran dalam keadaan yang ideal penerimaannya akan menjadi lebih kekal.
Beliau menjelaskan hadis-hadis dan menceritakan tentang rawi-rawinya satu per satu hingga sampai kepada Rasulullah SAW.
KAEDAH BERSYARAH
Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea supaya para pelajar dapat memahaminya.
KAEDAH PENGAJARAN BERKUMPULAN
Digunakan dalam pengajaran di Masjid.
Pengajaran ini amat sesuai dengan suasana masjid yang terbuka.
Dikenali sebagai kelas umum atau terbuka.
KAEDAH HAFALAN DAN LATIH TUBI
Dalam meriwayatkan hadis, teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam pengajaran beliau.
Hafalan bermaksud hafalan secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsip-prinsip yang diperlukan termasuk sepatah demi sepatah.
Ciri hafalan ialah; memikirkan, mengulang, menyebut dan mengingat.
KAEDAH PERBINCANGAN
Teknik pengajaran ini berlaku antara murid dengan penyeliaan guru.
Dalam bidang fikah, beliau lebih gemar mengadakan perbincangan kerana ilmu fikah antara satu tempat dengan tempat yang lain adalah berbeza.
IMAM AL-GHAZALI
KAEDAH PETUNJUK DAN BIMBINGAN
Pendapat-pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi-dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami dalam kehidupannya.
Beliau menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak dengan cara peniruan, iaitu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat-ayat al-Quran dan menerangkannya.
KAEDAH HALAQAH
Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan pendidikan dalam dunia Islam.
Pelajar-pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya.
Beliau mendirikan sebuah sekolah berhampiran rumahnya untuk penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat singgah bagi golongan sufi.
KAEDAH PERBANDINGAN
Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya.
Beliau menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak, dan sebagainya.
KAEDAH DIALOG DAN PERBINCANGAN
Kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantahi lagi.
Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk berbicara tanpa teks.
Disediakan oleh: Nurul Kamaliah (PDPP PI 262)