Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Melayu
PRINSIP BEHAVIORISME
Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.
Golongan ini beranggapan bahawa bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.
Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis.
Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.
Pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.
Pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan
Guru perlu mempelbagaikan situasi rangsangan.
Cara mempelbagaikan tingkah laku.
Cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria,
Cara mempelbagaikan pola interaksi guru
Cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.
Pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.
PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN INTERAKSIONALISME
Pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik.
Menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar.
Penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa.
Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat.
Memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.
PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN KOD-KOGNITIF
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental
Dalam PdP bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.
Pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.
Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.
Guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar.
Kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal.
Guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.
Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa.
Menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu
Tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran.
PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN FUNGSIONALIS
Mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi dan mengkaji bentuk dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi.
Sistem tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.
Variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang.
Bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.
PRINSIP-PRINSIP UMUM
Bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard
Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka.
Perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu.
Pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan
Bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak.
Kemahiran lisan adalah punca kepada segala kemahiran yang lain. Ini bermakna kemahiran mendengar dan bertuutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.
Bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan
Pemilihan bahan-bahan pengajaran
Penyusunan bahan-bahan pengajaran
Kawalan bahan-bahan pengajaran
Pemeringkatan bahan-bahan pengajaran
Penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu mendengar, bertutur, mambaca dan menulis.
Mendengar - Bertutur- Membaca - Menulis
Aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah diadakan.
Menarik minat murid-murid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran guru
Kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik.
Rancangan pelajaran yang kemas dan teratur
Guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun