Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu
Induktif
Pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi.Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960)
Melibatkan proses penaakulan yang tinggi.
Membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi,
Melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat.
Contoh-contoh yang relevan membimbing murid membuat kesimpulan.
Prinsip
Menekankan pengajaran secara urutan yang tepat.
Merancangkan aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada sutu generalisasi atau kesimpulan umum.
Bahan bantu mengajar wajib disediakan
Membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh.
Contoh khusus yang relevan dan sesuai harus dipelbagaikan untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.
Langkah Pengajaran
Perancangan
Pendedahan
Pembentukan konsep dan mentafsir ciri-ciri
Pembentukan kesimpulan
Penutup
Deduktif
Pendekatan deduktif memperlihat hukum – hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum – hukum tadi melalui contoh – contoh yang konkrit ( Kamaruddin Haji Husin, et al.1997:22-24)
murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan
bermula daripada umum kepada spesifik.
Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif
Bersifat ideasionalisme untuk mendapat ilmu pengetahuan
Penyusunan isi, bermula dengan keseluruhan kepada lebih kompleks
Pembelajaran kefahaman lebih utama
menekankan aspek penulisan
Prinsip
Sesuatu masalah atau hipotesisi diperkenalkan dan ditakrifkan. Pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.
Konsep/Teori.Peraturan dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit
Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberi
Contoh digunakan untuk menerangkan konsep/teori/peraturan. Pelajar kan hafal/tiru contoh untuk mengemukakan contoh yang lain.
Langkah Pengajaran
Pendedahan
Mengemukakan Generalisasi
Menganalisis Konsep
Percubahan Generalisasi
Penutup
Eklektik
Gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran.
Guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid
Sifatnya yang mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.
Sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan itu.
Murid diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan
kemahiran berbahasa secara meluas
Prinsip
Menggunakan pelbagai kaedah
Menggalakan daya usaha dan kreativiti guru
Menekankan penglibatan murid secara aktif
Menekan kemahiran kognitif
Langkah Pengajaran
Umum - Spesifik - Umum
Spesifik - Umum - Spesifik
Komunikatif
Penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. (Juriah Long (1985)
Pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
Mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan.
Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari.
Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
BBM perlu sesuai mengikut tahap umur/kemahiran murid dan
berfungsi sebagai dorongan kepada murid untuk belajar;
Kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus
pembelajaran
Prinsip
Komunikatif bahasa
PdP bahasa dibuat dalam konteks wacana
Pengajaran bahasa mengikut proses komunikatif sebenar
Mempelbagaikan aktiviti komunikasi
Murid harus memahami tujuan aktiviti dijalankan
Natural
Berfokuskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif
Pendekatan ini kurang memberikan penekanan terhadap rujukan analisis tatabahasa, latih tubitatabahasa dan teori tatabahasa.
Kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhikeperluan murid. Guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasarandengan berkesan.
Empat tanggungjawab murid
Memberikan maklumat tentang matlamat khusus mereka supaya aktivitipenguasaan bahasa boleh ditumpukan kepada topik atau situasi yang palingrelevan dengan keperluan mereka.
Mengambil bahagian yang aktif untuk pemerolehan input pemahaman merekabelajar dan menggunakan teknik perbualan pengurusan untuk mencetuskan input
Menentukan masa untuk memulakan penghasilan pertuturan danmempertingkatkannya.
Bagi latihan tatabahasa tentukan masa dengan guru untuk menyempurnakannyaatau membentuk latihan sendiri
Cara pendekataan pendekatan natural digunakan untuk menciptakan satu input yang komprehensif
Pelajaran dimulakan dengan arahan TPR(Total physical Response). Mulakan arahanyang mudah seperti pusing ke kanan, berdiri, angkat tangan dan sebagainya
Guru menggunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh danmemperkenalkan nombor dan urutan. Misalnya, letak tangan kanan atas perut danletak tangan kiri di atas tangan kanan. Bilang 1 hingga 5 kemudian tepuk tangansebannyak 5 kali.
Mengajarkan nama-nama dalam kelas dan lakukannya melalui arahan. Misalnyatulis tarikh hari ini di sudut kanan sebelah papan putih dan jumlah murid yang hadirditulis disudut kiri di bahagian atas papan putih
Menggunakan nama dan ciri-ciri fizikal dan pakaian untuk mendeskripsikan rakandalam kelas.
Menggunakan alat visual, misalnya gambar majalah untuk memperkenalkanperbendaharaan kata yang baharu.
Menggunakan beberapa gambar dan meminta murid menunjukkan gambar yangsedang diceritakan
Binaan dan Cerakinan
Pendekatan binaan juga dikenali sebagai pendekatan sintesis iaitu pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar.
Murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.
Pendekatan pengajaran cerakinan mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar tersebut.
Pengalaman Bahasa
Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.
Menurut Lewis (1991) dengan menggunakan bahasa lisan pelajar dapat mencerminkan penguasaan sintaksis dan struktur ayat.
Penggunaan perbendaharaan kata menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar. Perkataan itu mencerminkan kandungan teks bagi memudahkan pelajar membina makna.
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.