Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Pengajaran Ulama' - Coggle Diagram
Kaedah Pengajaran Ulama'
Imam Abu Hanifah
-
-
Kaedah nasihat
Kaedah lain yang sering digunakan oleh beliau ialah kaedah memberikan ajaran dalam bentuk nasihat secara langsung kepada anak- anak muridnya, sama ada yang berkaitan dengan keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya
-
-
-
Imam Malik
Kaedah syarahan
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajarannya. Biasanya, kuliah beliau diadakan di masjid Madinah dan rumah beliau sendiri.
Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun dan beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.
-
Kaedah perbincangan
Murid-murid Imam Malik bukan hanya dari kalangan orang kebanyakan, tetapi juga dari kalangan ulama’ dan golongan pemerintah.
Contohnya, beliau pernah mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyyah, antaranya adalah al-Mansur tentang talak orang yang dipaksa.
Kaedah penulisan
Terdapat dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik, iaitu penulisan kitab dan surat.
Selain penulisan kitab, beliau juga menulis surat khusus kepada pihak berkuasa. Dalam surat tersebut, banyak pengajaran yang diterapkan oleh beliau.
Kitab karangan beliau yang masyhur ialah kitab al-Muwatta, kitab pertama yang menghimpunkan hadis Nabi dan fekah sekali. Kitab ini disusun dalam bab-bab yang berdasarkan tajuk dan masalah yang dibincangkan
Kaedah ulangan
-
Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan oleh beliau, kemudian membacakan semula pengajaran-pengajaran tersebut kepada orang ramai (Munawwar Khalil, 1985).
Kaedah pergaulan
-
Beliau sering bergaul dengan murid-muridnya di mana beliau pernah menjemput muridnya datang ke rumah. Secara tidak langsung, beliau dapat menerapkan banyak perkara baik sebagai panduan untuk mereka (Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978).
Kaedah nasihat
Kaedah nasihat adalah kaedah lazim yang digunakan oleh Imam Malik yang diberikan kepada orang ramai, golongan pemerintah dan golongan ulama’.
Antara nasihat yang masyhur yang pernah diberikan oleh beliau ialah tentang urusan bidaah, taklid, memilih guru dan sumpamanya (Munawwar Khalil, 1985).
Imam Syafie
Secara kuliah
Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram (Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid- muridnya.
Di Mesir , beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengah hari ( setelah selesai solat subuh hingga waktu zohor).
Secara halaqah
Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk halaqah di sebuah masjid di sebelah barat kota Baghdad
Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ulama’, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.
Secara imlak
Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al- Umm. Pernah as- Syafei mengimlakkan kepada murid- muridnya, dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri
-
Kaedah usuli
-
sebagaimana kata- kata al- Karabisi, “Kami sebelum ini tidak mengenal istilah al- kitab, al- sunnah dan ijmak, sehinggalah datangnya as- Syafei , beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab, al- sunnah dan ijmak”
-
Secara perbincangan
Murid- murid Imam as- Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan kerana dalam sesuatu permasalahan yang ditimbulkan, mereka tidak dirantai atau dikekang pendapat
Imam al-Ghazali
Kaedah perbandingan
Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya- karyanya.
Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al- Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak.
Kaedah halaqah
Al- Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut- penuntut ilmu dan sebagai tempat persinggahan bagi golongan sufi.
Imam al- Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut- penuntutnya.
-
-
Imam Hambali
Bercerita
Beliau menggunakan kaedah ini semasa menyampaikan hadis di mana beliau akan menceritakan perawi-perawinya satu persatu sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w.
Hal ini amat dititik beratkan oleh beliau kerana dalam pengajaran hadis, sifat-sifat perawi dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain-lain lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis.
Teknik syarahan
Hal ini dapat dibuktikan dalam buku Pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Membina Hukum, halaman 268 yang menerangkan kaedah pengajaran Imam Ahmad yang dilakukan di masjid. Pengajaran Imam Ahmad di masjid tersebut adalah dalam bentuk kelas terbuka di mana teknik pengajarannya adalah berbentuk syarahan ataupun proses satu hala.
Perbincangan
Dalam merumuskan sesuatu pendapat dalam bidang feqah, Imam Ahmad lebih gemar mangadakan perbincangan kerana beliau menyedari bahawa dalam memahami satu ilmu feqah antara satu tempat dengan tempat yang lain amat berbeza, mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan.
Hafalan dan latih tubi
teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam metod pengajaran Imam Ahmad dalam meriwayatkan hadis.
Hafalan didefinisikan sebagai hafalan secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsip-prinsip yang diperlukan termasuk sepatah demi sepatah.
-
Semua ciri-ciri ini amat penting dalam proses penyampaian hadis di mana latih tubi dilakukan sebagai pengulangan fakta-fakta atau kecekapan dalam bentuk hadis yang dirawikan.
Pengajaran berkumpulan
-
Manakala dalam pendekatan pengajaran berkumpulan, Imam Ahmad telah menggunakannya dalam pengajaran di masjid. Pengajaran ini amat sesuai dengan suasana masjid yang terbuka.