Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN ULAMA' (1), Disediakan oleh: Nurul Kamaliah (PDPP PI…
KAEDAH PENGAJARAN ULAMA' (1)
IMAM ABU HANIFAH
KAEDAH MUJADALAH
Pelajar bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran dan pendapat guru yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis Nabi.
Mendidik pelajar berfahaman merdeka dan tidak bertaklid sahaja.
Digunakan ketika berdepan dengan pelajar dewasa.
KAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH
Digunakan ketika berhadapan dengan golongan pembesar, ketua-ketua dan orang yang datang bersama masalah dan persoalan untuk diselesaikan.
Beliau ijtihad menyelesaikan masalah-masalah baharu berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Bijak menyelesaikan masalah yang rumit.
KAEDAH NASIHAT
Memberi ajaran dalam bentuk nasihat secara langsung kepada pelajarnya dalam pelbagai perkara.
Beliau menunjukkan kepada pelajarnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran.
KAEDAH TELADAN YANG BAIK
Kaedah tidak langsung yang ditunjukkan semasa menyampaikan ajaran kepada pelajar.
Beliau menunjukkan contoh, sikap dan tindakan serta tutur kata yang baik yang dapat dilihat dan dicontohi oleh pelajar.
IMAM MALIK
KAEDAH SYARAHAN / KULIAH
Kuliah diadakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau sendiri.
Kaedah yang paling banyak digunakan dalam menyampaikan pengajaran.
Beliau seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan pengajaran, orang lain mendengar penuh perhatian.
Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang beliau sampaikan.
Beliau mengajar hanya setelah mendapat pengakuan dari 70 orang gurunya.
KAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH
Digunakan khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum.
Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pelajarnya akan dirujuk kepada beliau.
Beliau tidak suka kepada masalah andaian atau khayalan yakni masalah yang direka-reka dan tidak pernah berlaku.
Beliau memikirkan dan mengkaji dengan mendalam sebelum menjawab masalah.
IMAM SYAFIE
KAEDAH KULIAH
Pusat pengajaran di Masjidil Haram.
Beliau mengajar duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid-muridnya.
Beliau menumpukan pemikiran dan kuliahnya dan bersama-sama pelajar-pelajarnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai.
Beliau bersama-sama para ilmuwan yang lain membahas, mengajar mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan persoalan yang bertentangan yang ditemui
KAEDAH HALAQAH
Kaedah pengajaran beliau semasa di sebuah masjid di Baghdad.
Menggabungkan 20 halaqah menjadi 3 halaqah sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam As-Syafie.
Dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat.
KAEDAH IMLAK
Diamalkan ketika beliau menyusun kitab al-Umm.
Sebahagian ditulis oleh beliau, dan sebahagian yang lain beliau mengimlakkan kepada pelajar-pelajarnya.
Kadangkala pelajarnya merombak apa yang ditulis beliau dan dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.
KAEDAH BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN
Dilakukan ketika berhadapan dengan para ulama Baghdad, di mana beliau sering bertukar-tukar fikiran tentang masalah agama
KAEDAH PERBINCANGAN
Beliau menggalakkan pelajar-pelajarnya supaya mengadakan perbincangan dalam sesuatu permasalahan yang ditimbulkan, pendapat mereka tidak dikekang.
Beliau tidak menggemari sifat taklid buta dan pelajar boleh tidak menyetujui pendapat beliau.
KAEDAH USULI
Tegas beliau, kaedah usuli adalah berlandaskan sumber asal rujukan pengajarannya, iaitu al-Kitab, as-Sunnah dan Ijmak’.
KAEDAH MEMBACA
Beliau membaca kitab karangannya dalam khalayak ramai.
Beliau telah mengarang beberapa buah kitab, sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya.
Disediakan oleh: Nurul Kamaliah (PDPP PI 2621)