Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan reaksi masyarakat tempatan Algeria terhadap perjajahan Barat…
Bincangkan reaksi masyarakat tempatan Algeria terhadap perjajahan Barat dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi.
-
Gerakan Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine
Di bahagian Timur Constantine, Ahmad Bey melancarkan gerakan penentangan terhadap penjajahan perancis. Perancis hampir kehilangan seribu tenteranya apabila Clauzel cuba menakluki Constantine yang dikuasai oleh Ahmad Bey.
Apabila angkatan laut Perancis berjaya menyekat angkatan Turki Uthmaniyah yang cuba membantu Ahmad Bey pada tahun 1837, menyebabkan beliau terpaksa menyerah kalah
Namun, Ahmad Bey masih enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine kerana beliau menjangkakan bahawa Perancis akan membiarkan pemerintah tempatan memerintah di sana tetapi situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan
Gerakan Syeikh Abdul Qadir al-Jazairi,Gabenor Mascara 1830-an hingga 1840-an
Masyarakat Islam berhimpun di Masjid Maskar atau Mascara untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan jihad menetang penjajah Perancis
Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir iaitu anak kepada pemimpin Sufi Qadiriyyah sebagai ketua mujahidin dan ulama besar Algeria.
Beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara daripada penjajahan Perancis dan mengisytiharkan negara Islam Algeria
Dalam tempoh 2 tahun, beliau berjaya menyatukan pelbagai puak dan melakukan gerakan penentangan terhadap Perancis. Syeikh Abdul Qadir menggunakan taktik perang Gerila yang hampir sedekad dan berjaya mengalahkan Perancis dalam beberapa pertempuran
Dalam pertempuran di wilayah barat Algeria pula,beribu umat Islam dibunuh dan Syeikh Abdul Qadir gagal menangkis serangan Perancis di pangkalannya iaitu di al-Asnam.
Akhirnya beliau dikalahkan oleh Perancis dan menyerah diri pada Disember 1847 dan tiada pemimpin Islam berpengaruh yang muncul selepas beliau.
Gerakan Abu Ma’zi
Merupakan salah seorang tokoh yang berpengaruh dalam gerakan penentangan di Algeria yang berasal dari Maghribi. Beliau berjaya menggerakan rakyat tempatan Algeria termasuk penduduk Kristian dan Yahudi menentang Perancis di wilayah Selatan Oran
Abu Ma’zi kemudiannya memindahkan gerakan penentangannya di Zawawah dan bergabung dengan Syeikh Abdul Qadir yang kemudiannya melantik beliau menjadi Gabenor di wilayah berkenaan.
Abu Ma’zi dan Syeikh Abdul Qadir berjaya menggerakkan kebangkitan rakyat Algeria dan berjaya menewaskan Perancis dalam pertempuaran di Sidi Ibrahim pada tahun 1845.
Situasi ini telah membimbangkan Perancis dan gabenor jeneral Perancis, Marshall Begeaud telah merekrut 10 000 tentera dan berjaya menewaskan pasukan Abu Ma’zi dan Syeikh Abdul Qadir pada Disember 1847.
Gerakan Kabylia
Penduduk Algeria di kawsan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khusunya soal undang-undang tanah. Penduduk Kabylia melihat bahawa kedudukan ekonomi semakin diancam peneroka Eropah yang menguasai tanah pamah secara kekerasan.
Penjajah Perancis juga merampas tanah penduduk pribumi yang subur serta merampas tanah habus iaitu tanah warisan yang tidak boleh dipindah milik.
Gerakan penentangan besar-besaran dilancarkan dengan anggaran hampir satu pertiga daripada umat Islam Algeria menyertainya.
Menjelang 1872, gerakan penentangan ini berakhir tetapi mengakibatkan kebanyakkan penduduk tempatan jatuh miskin apabila Perancis menuntut rugi besar dan merampas tanah kaum pribumi.
Perancis menggunakan hasil ganti rugi untuk memperluaskan penjajahan dan bukannya membayar pampasan kepada peneroka Eropah yang menjadi sasaran dalam kebangkitan rakyat Algeria.
-