Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD), NURUL AFLAHAH ABD AZIZ - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)
3
Jenis
Pentaksiran
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah aktiviti soal jawab semasa pembelajaran dijalankan. Maklumat yang diperolehi membantu guru meneruskan PdPc seterusnya.
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa. Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar.
Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran Tentang Pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Biasanya berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek.
2 Jenis Penilaian
Penilaian Formatif
Konsep
Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.
Tujuan
Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran dengan kadar segera.
Aktiviti
Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.
Bentuk
Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal (melibatkan ujian kertas pensel dalam masa yang singkat).
Tindakan
Memperbaiki kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas.
Penilaian Sumatif
Konsep
Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.
Tujuan
Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.
Aktiviti
Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan.
Bentuk
Formal (ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.
Tindakan
Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
Merancang dan mengubah suai pelajaran atau kurikulum
Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.
NURUL AFLAHAH ABD AZIZ
TUTORIAL MINGGU 2