Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Falsafah Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Coggle Diagram
Falsafah Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai peduduk-penduduk dan juga mewakili masyarakat yang berbilang kaum dan juga menjadi suatu titik pertemuan antara pelbagai budaya dan kaum yang mempunyai fahaman agama masing-masing.
-
Kedaulatan Undang-undang
mengekalkan kestabilan masyarakat, tidak ada sesiapa boleh mengatasi atau melebihi undang-undang. Hal ini dapat mengekalkan keharmonian dalam masyarakat kerana pertikaian yang muncul atas dasar agama atau bangsa boleh diselesaikan melalui sistem perundangan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ini boleh menjamin dan mengekalkan harmoni hubungan yang baik antara rakyat kerana perasaan bertolak ansur, kesopanan dan kesusilaan dapat melahirkan suatu masyarakat yang lebih harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai rasa hormat dan bersopan dengan orang lain untuk mengekalkan kesusilaan. Ciri-ciri ini penting untuk menjamin kestabilan politik.
Keluhuran Perlembagaan
Pertikaian boleh diselesaikan dengan merujuk kepada prinsip perlembagaan negara. Ini penting bagi memastikan kestabilan dalam sesebuah negara itu kerana dapat mempraktikkan konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order.
-